Syazrin, Huda, dan Zahirah sedang asyik menyuap makanan di salah sebuah meja di kantin sekolah. Meja di sudut berhampiran dengan tiang pada bahagian hujung itu sudah menjadi tempat melepak kumpulan mereka. Tidak pula kelihatan kelibat Azimah dan Jiha bersama mereka.
‘’Gebang.’’ Ujar Syazrin tiba-tiba memintas percakapan Zahirah dan Huda. Sedari tadi dia hanya mendengar sahaja perbualan mereka berdua.
‘’Hang ni semua tak percaya.’’ Zahirah kelihatan sedikit berang dengan sikap Syazrin yang suka meningkah percakapan mereka. Apatah lagi Syazrin juga sangat tidak mempercayai perkara karut seperti itu. Mungkin jika disergah pontianak di depan mata baru hendak dia percaya agaknya.
‘’Entah dia ni, hang dengar kan cerita pasal padang tu. Sama kot..’’ Huda mempertahankan perbualan mereka tadi. Cerita cikgu Nazir dilihat ada persamaan dengan kisah yang pernah diceritakan dahulu disekolah mereka. Entah-entah cikgu Nazir mengambil cerita tersebut dan sengaja tidak mengatakan bahawa itu cerita sebenar. Mungkin bimbang mereka akan berasa takut.
‘’Hangpa ni takkan la taktau, cikgu tu gebang je kuat.’’ Syazrin masih dengan pendapatnya. Dia yakin benar cikgu Nazir kuat gebang. Dalam istilah mudahnya cikgu Nazir hanya sekadar mengada-ngadakan cerita. Pengaruh daripada cerita seram di Wattpad maybe?
‘’Gebang-gebang jugak, kena betul kat hang aku tak tau.’’ Ujar Zahirah separuh berang. Mengharapkan sangat Syazrin disakat mana-mana jembalang, baru padan muka.
‘’Tapi kan, aku macam pernah dengar la cerita pasal lorong lumba lari kat padang tu. Betul, aku rasa aku pernah dengar sebelum ni.’’ Tutur Huda perlahan.
‘’Hmm.. dia buat dah budak ni. Mula la nak mereka cerita jugak. Boleh la hang kawan dengan cikgu Nazir tu. Sorang suka baca cerita hantu, sorang lagi suka tengok cerita hantu.’’ Perli Syazrin sambil menghabiskan suapan terakhirnya.
Nasi lemak mak cik kantin ni tak pernah di tolak perutnya. Mungkinkah kerana kesedapannya atau hanya itu pilihan yang ada. Dia tidak tahu. Yang penting perutnya kenyang.
‘’Asyik cerita pasal hantu ja kita nih. Dah la minggu ni kita nak kena tidur kat sekolah.’’ Huda nampak tidak selesa dengan kisah tersebut. Walaupun sebentar tadi dia dengan Zahirah jugalah yang galak bercerita pasal kisah hantu.
‘’Aha la. Cikgu Nazir pun ada pesan tadi kan suruh buat persiapan. Tapi aku tak paham la apa maksud persiapan dia tu.’’ Sampuk Zahirah pula mengalih topik.
‘’Maksud dia, hang bawak bekas tembikar kecik, lilin, limau nipis, pastu kemeyan. Nanti hang bakar la kemeyan tu. Halau hantu. Hahaha.’’ Syazrin ketawa puas dapat menyakat mereka.
‘’Hang ni banyak main betul la Syazrin. Kena kat hang nanti baru hang tau. Demam seminggu terketar-ketar dalam selimut.’’ Balas Huda geram.
‘’Hantu mana berani dengan dia. Dia pun dah perangai macam hantu. Hantu pun takut.’’ Balas Zahirah pula.
‘’Hamboi hang, sedap mengata kat aku. Sumbat cawan ni dalam mulut baru hang tau.’’ Air oren di dalam cawan cepat-cepat dihabiskan oleh Syazrin.
‘’Mana Azimah dengan Jiha ni?’’ Huda melihat sekeliling. Tiada kelihatan lagi kelibat rakan mereka itu.
‘’Entah depa dua ni. Ke dah kena sorok dengan hantu tandas. Dari tadi lagi ni pergi.’’
‘’ Kena sorok dengan hantu tandas ka, atau dok lena dalam tandas tu. Jiha tu bukan boleh harap sangat. Kat mana- mana pun boleh lena.’’ Balas Syazrin selamba.
‘’Ha ah, kan. Aku ingat lagi masa perhimpunan dulu. Waktu tengah berdiri nyanyi lagu Negaraku, boleh pulak dia lena sambil sambil berdiri.‘’
Huda mengiyakan kata-kata Syazrin sambil tertawa.
YOU ARE READING
BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]
HorrorBlok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas tingkatan 4 ini kelihatan biasa sahaja, seperti juga blok-blok lain. Namun, siapa sangka kejadian pagi itu mula merubah suasana. "Tapi, tu buka...