Malam itu, sebaik sahaja habis segala aktiviti di dalam dewan, mereka menikmati minum malam terlebih dahulu sebelum dibenarkan kembali ke khemah untuk berehat dan tidur.
Hari pertama perkhemahan nyata sungguh memenatkan. Mental dan fizikal mereka teruji sepenuhnya. Mana tidaknya, waktu rehat mereka tersangat terhad kerana padat dengan pelbagai aktiviti yang telah diaturkan sepanjang perkhemahan tersebut.
Untuk melepak dan bersantai mereka memang tidak ada masa. Maka, kesempatan pada malam itu dimanfaatkan oleh Gayathri bersama Nanthini dan Sarvine untuk bersantai mengambil angin malam. Walaupun kepenatan, mata mereka masih belum mahu pejam walaupun lagi 10 minit sebelum pukul 12 tengah malam
Ketika para pelajar yang lain bersiap-siap untuk tidur mereka bertiga sepakat untuk curi-curi keluar daripada khemah dan melepak di dalam kelas mereka memandangkan kunci pendua ada pada salah seorang daripada mereka. Tapak khemah dan kelas mereka terletak bersebelahan sahaja.
Mereka bertiga duduk melepak sambil bersembang di dalam gelap menikmati kuaci yang di bawa oleh Sarvine. Lampu sengaja tidak dinyalakan bagi mengelakkan kegiatan mereka diketahui oleh guru. Hanya kipas angin sahaja dihidupkan, itupun di bahagian hadapan sahaja.
‘’Tak apa ke kita duduk dalam ni lama-lama?” tanya Nanthini sedikit bimbang.
‘’Alaa...rilek la. Cikgu mana tahu pun. Lagipun bukan lama pun kita nak duduk sini.’’
‘’Apa kata kalau kita tidur sini malam ni?’’ cadang Sarvine. Namun cadangan itu disambut dengan gelengan kepala oleh Gayathri.
‘’Mana boleh kita tidur sini. Esok awal-awal pagi bila yang lain bangun tengok kita tak ada dalam khemah, habislah kita.’’ Terang Gayathri.
‘’Kalau macam tu, kita bangun la awal-awal esok. Lepas tu kita menyusup masuk dalam khemah.’’ Cadang Sarvine lagi.
‘’Kalau tak terbangun macam mana? Sudahlah dalam ni ada kipas, nyamuk pun tak berapa nak ada, confirm tidur mati punyalah nanti.’’
‘’Betul jugak tu. Habis tu kita nak duduk lama mana dalam ni?’’ tanya Nanthini pula.
‘’Dah mengantuk nanti kita balik la semula ke khemah. Aku sure la waktu tu semua dah lena. Mudah sikit nak masuk khemah."
‘’Harapnya begitulah. Eh, geng Syazrin dah tidur ker? Tak kan la geng tu tidur awal. Tak caya la aku.’’ Nanthini hairan kerana tidak pula dia dengar suara gelak tawa Syazrin dan kumpulannya.
‘’Entah. Tadi aku lalu tepi khemah mereka, tak ada dengar suara pun. Dah tidur la tu.’’ balas Sarvine.
‘’Ingat tak pesan cikgu Nazir?’’ tanya Gayathri tiba-tiba setelah mereka dia beberapa ketika sambil menguyah kuaci cap bunga.
‘’Yang mana?’’
‘’Pasal tingkap hujung sana.’’
Gayathri menjuihkan bibir ke arah tingkap yang mengadap ke arah padang. Dituruti pula oleh Sarvine dan Nanthini yang memandang ke arah tersebut. Namun, wajah mereka berdua kelihatan binggung. Mungkin kerana gagal menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh Gayathri tadi.
‘’Iskh, hangpa dua ni. Tak kan la tak paham lagi. Ingat tak cikgu Nazir pesan, jangan buka tingkap sebelah sana pada waktu awal pagi kalau gelap lagi.’’ terang Gayathri setelah rakannya itu nampak bingung.
‘’Aha, aku ingat. Tapi kenapa? Jangan kata kau nak.....’’
‘’Yup. Tepat sekali ! Aku nak buka. Lagipun ni kan malam. Bukannya pagi macam cikgu Nazir cakap. So, tak salah kan kalau aku buka. Nak juga aku tahu kenapa.’’ Cepat Gayathri memotong ayat Nanthini.
YOU ARE READING
BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]
HorrorBlok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas tingkatan 4 ini kelihatan biasa sahaja, seperti juga blok-blok lain. Namun, siapa sangka kejadian pagi itu mula merubah suasana. "Tapi, tu buka...