Sabrina bangkit secara tiba-tiba lalu bangun dan terus berjalan menghala ke pintu dewan. Lantai yang sejuk membuatkan dia terasa hendak membuang air kecil. Untuk mengajak rakan yang lain, mustahil ada yang hendak menemannya kerana masing-masing sedang lena tidur. Kasihan pula dia pada mereka. setelah apa yang mereka tempuhi, adalah lebih baik dibiarkan sahaja mereka terus tidur.
‘’Sabrina, kamu hendak kemana tu? ‘’ tanya seorang guru wanita yang baru sahaja bertukar giliran untuk berjaga.
Sabrina berhenti melangkah lalu berpaling. Sangkanya cikgu wanita tersebut tidak sedar apabila dia bangun tadi.
‘’Saya hendak ke tandas sekejap cikgu. Nak buang air kecil.’’ Beritahu Sabrina.
‘’Kamu hendak pergi tandas seorang diri ker? Ajak la kawan kamu seorang untuk teman. Pergilah berdua.’’ Nasihat cikgu wanita tersebut
‘’Tak apalah cikgu. Saya pergi tandas sebelah tepi dewan ni aje. Bukannya jauh sangat pun.’’ Sabrina beralasan menolak saranan cikgu wanita tersebut.
‘’Okey la kalau macam tu, jangan lama sangat.’’
‘’Baiklah, cikgu’’ Sabrina terus melangkah pergi. Mujurlah cikgu wanita tersebut tidak menawarkan diri untuk menemankan dirinya. Lagi pula, apa yang hendak ditakutkan lagi? pada pandangan kasarnya, tiada apa-apa yang hendak ditakutkan lagi. Gangguan yang di alami mereka sudah berakhir, walau tidak sepenuhnya.
Lagipun, cikgu wanita itu bukannya nampak apa yang dia nampak. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Dia tahu untuk menjaga diri. Sebaik keluar daripada pintu dewan, Sabrina tidak terus ke tandas, sebaliknya melencong ke arah lain.
Dalam sebuah kelas, Blok E
Cikgu Nazir menyeka air matanya yang menitik tanpa dia sedar. Tiba-tiba sahaja kelopak matanya bergenang hinggakan menumpahkan rintik jernih apabila teringatkan kejadian yang telah berlaku belasan tahun lampau. Peristiwa pahit yang masih berbekas di dalam hatinya, hingga ke saat ini. Dan disebabkan itu juga, dia memilih untuk kembali ke sekolah ini, SMK Datuk Menteri.‘’Tidak ! pertandingan tu belum bermula.’’ Nafi suara tersebut garau. Satu kerusi di meja sebelah tiba-tiba jatuh ke lantai. Cikgu Nazir bersikap tenang. Kala ini, ketakutan sudah lama menjauhi dirinya, yang bersarang di hatinya adalah perasan sedih dan pilu mengenangkan kenangan lama.
‘’Danial, kau kena terima hakikat. Semuanya sudah berlalu. Selepas apa yang terjadi pada kau dahulu, kami tarik diri daripada pertandingan tersebut. semua orang bersedih atas apa yang menimpa kau. Aku tahu, kau melihat semuanya. ‘’ terang cikgu Nazir. Dia tahu amat sukar untuk Danial terima hakikat tersebut. Andainya Danial redha dengan apa yang berlaku, nescaya dia atau lebih tepat lagi rohnya berkeliaran di sini lagi. Terutamanya di kawasan padang sekolah, lokasi terakhir Danial di lihat masih bernyawa.
‘’Tapi kenapa? Kau tahu bukan aku dah berlatih bersungguh-sungguh. Aku ikut segala cakap cikgu Naim. Kau tipu. Kau bohong!’’ satu lagi kerusi jatuh menghempas lantai. Kali ini lebih kuat. Bagai dihempas oleh seseorang.
‘’ Sudahlah, Danial. Aku mohon pada kau, pergilah dari sini. Ini bukan tempat kau lagi. sekarang ni kau kena bantu aku, apa aku nak buat dengan kotak ni?’’ tanya cikgu Nazir lagi. Makin lama, perasaannya menjadi bercampur baur akibat dihimpit masa silam yang telah lama berlalu. Yang dia sendiri sedaya upaya untuk lupakan, namun tidak pernah berhasil.
‘’Kau benci aku?’’ sayu sahaja suaranya. Sememangnya begitulah dia sejak tadi, emosinya boleh berubah bila-bila masa sahaja. Sukar untuk dijangka.
‘’Aku tak benci kau dan tak mungkin aku membenci kau. Kau tahu, aku sentiasa mendoakan kau, moga kita berjumpa di syurga kelak. Itulah yang aku selalu panjatkan di dalam setiap doa aku, Danial. Tiada sebab untuk aku benci kau.’’ Tulus cikgu Nazir menyatakan.
‘’Aku tahu, kau tak pernah benci aku. Aku pernah tengok buku catatan peribadi kau. Kotak sial tu... kau perlu buang jauh, jauh daripada orang ramai.’’
‘’Di mana?’’
‘’Kau fikirlah. Kau lebih bijak.’’
‘’Baiklah, aku akan usahakan. Bagaimana dengan kau?’’
‘’Aku akan pergi selepas itu.. ‘’'
‘’Walaupun kau dah pergi, satu perkara kau perlu tahu, aku tak pernah lupakan kau. ‘’ Cikgu Nazir mengulangi kata-katanya tadi. Sungguh dia memaksudkan apa yang diucapkannya itu.
‘’Kau tak perlu jelaskan lagi. Aku dah lihat semuanya.’’ Cikgu Nazir mengakui kata-kata tersebut.
‘’Kau tahu Danial, sehari selepas kau ‘pergi’, aku datang semula ke sekolah. Aku pergi ke padang, dan aku jumpa kotak nih seperti yang diberitahu oleh cikgu Naim. Waktu itu, aku tidak berfikir panjang, aku buang kotak tu di bawah pokok rendang di tepi padang. Lama-kelamaan aku semakin lupa hinggalah budak bertiga itu menjumpainya semula.’’ Beritahu cikgu Nazir sesuatu yang belum pernah di beritahu kepada sesiapa pun termasuk juga Azman dan Haris.
‘’Aku juga melihat semua itu.’’
‘’Sekali lagi, aku ucapkan terima kasih. Dan... selamat tinggal’’ cikgu Nazir terus berjalan keluar. langkahnya agak goyah dengan bebanan emosi yang memberat. Air matanya diseka. Entah mengapa, semakin lama disitu, gelojak perasaannya semakin sukar dikawal. Hambatan kenangan lama meruntunkan hatinya. Hakikat itu memang pahit, namun harus ditelan jugak.
Beberapa langkah melepasi pintu kelas tersebut, cikgu Nazir berhenti melangkah.
‘’Sudah berapa lama kamu di situ?’’ tanya cikgu Nazir tenang.
‘’Err.. baru sekejap saja, cikgu.’’
‘’Kamu dah dengar semuanya bukan? Sudah, mari kembali semula ke dewan.’’
Sementara itu,di sebatang jalan berhampiran sebuah simpang, kelihatan sebuah kereta berhenti di bahu berjalan berhampiran sebuah kereta yang hampir remuk dibahaigan hadapannya.
‘’Kenapa abang berhenti kat sini?’’
‘’Awak tengok la tu, kan ada orang kemalangan. Abang nak pergi tengok. Mungkin ada orang perlukan pertolongan. ‘’
‘’Tapi abang, bagaimana kalau itu adalah taktik perompak. Lagipun sekarang dah hampir waktu subuh. Saya takut la abang. Biar je la orang lain yang tolong’’
‘’Awak jangan risau. Niat kita baik. In Shaa Allah tak ada apa-apa. Awak tunggu saja dalam kereta, biar abang seorang yang pergi tengok.’’
Lelaki itu keluar daripada kereta lalu berjalan ke arah kereta proton milik puan Aishah yang masih menyala lampunya. Permukaan jalan tar kelihatan berkelip-kelip akibat biasan kaca cermin yang bertaburan di atas tar jalan.
Di satu sudut bahu jalan dia terpandang seekor binatang iaitu berupa babi hutan kelihatan terbaring kaku tidak bergerak. Mungkin juga sudah mati akibat impak rempuhan yang kuat. Duganya di dalam hati berdasarkan keadan tubuh haiwan tersebut yang berlumuran darah.
Dia bergegas apabila terpandang sekujur tubuh manusia di atas jalan tar. Ianya adalah tubuh manusia dan milik seorang perempuan. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengangkat tubuh tersebut lalu membawa masuk ke dalam kereta dan diletakkan di bahagian tempat duduk belakang. Wanita pada bahagian tempat duduk hadapan di sebelah pemandu yang merupakan isterinya kelihatan sungguh terkejut. Mana tidaknya, suaminya mengangkat seorang wanita masuk ke dalam kereta mereka.
‘’Siapa perempuan ni abang?’’ tanya wanita tersebut sebaik melihat suaminya meletakkan seorang wanita pada bahagian tempat duduk belakang.
‘’Mangsa kemalangan. Dia cedera parah. Kita kena bawa ke hospital cepat.’’ pantas lelaki tersebut masuk ke dalam kereta lalu memandu laju menuju ke hospital Taiping, iaitu hospital yang paling hampir dengan kedudukan mereka.
Segala soalan isterinya tidak dipedulikan lagi.
*****
Memo penulis : Keghairahan untuk menamatkan cerita ni buatkan penulis agak tidak keruan. Namun, ini tetap juga menjadi bab kedua terakhir.Untuk BAB 36 iaitu bab terakhir, penulis akan cuba sebaik mungkin.😅
Terima kasih atas sokongan semua...
YOU ARE READING
BLOK E : Mulanya Di Sini [Complete]
HorrorBlok E, hanyalah sebuah blok satu tingkat yang terletak bersebelahan padang. Blok yang menempatkan kelas tingkatan 4 ini kelihatan biasa sahaja, seperti juga blok-blok lain. Namun, siapa sangka kejadian pagi itu mula merubah suasana. "Tapi, tu buka...