#1

10.4K 463 33
                                    

Selamat datang ke Pulau Sunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selamat datang ke Pulau Sunyi. Di mana tiada manusia yang menghuni kawasan ini. Pulau ini pernah dihuni manusia dahlu namun entah mengapa kesemua manusia lesap. Rumah dan kemudahan lain yang telah dibina oleh manusia yang pernah menghuni di sini ditinggalkan begitu sahaja. Pokok-pokok yang ditanam di pantai pula tinggi dan tumbuh subur. Pasir putih yang panjang ini berhadapan dengan lautan biru yang luas terbentang seperti langit.

Jeti dan perahu juga ada ditinggalkan. Tiada siapa yang tahu ke mana manusia-manusia yang menghuni di pulau ini sudah pergi. Anda semua akan merasakan bagaimana kepayahan seorang gadis muda yang sudah memulakan kehidupannya di pulau ini tanpa pertolongan dari sesiapa sejak dia berusia 6 tahun.

*****

Kampung Tok Jolong, terletak berdekatan dengan pantai. Kampung itu mempunyai bilangan penduduk yang ramai terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak. Ketua kampungnya, Tuk Kabir telah menjaga keamanan kampung ini sudah lama. Kegiatan utama penduduk di kampung ini adalah menangkap ikan dan menjualnya di pasar. Ada juga yang menghantar ikan-ikan ke bandar untuk dijual.

Di kampung ini tinggallah seorang gadis muda berusia enam tahun bernama Marina. Dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya. Datuknya, Tuk Lang dan Nek Som telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang setelah menemui Marina dalam keadaan bayi di dalam tong sampah. Masa itu Nek Som bekerja sebagai pengutip sampah. Dia berhenti kerja dan mengambil bayi itu sebagai anak angkat.

Dia menamakannya Marina.

Marina mempunyai sepasang mata yang bersinar dan rambutnya keriting. Kulitnya berwarna sawo matang dan kulitnya gebu. Wajahnya itu ibarat cahaya yang menyinari dengan penuh kenaifan dan kasih sayang. Tuk Lang bekerja sebagai nelayan.Dialah yang menyara kehidupan dia, Nek Som dan Marina. Kalau ikan di pasar tidak dijual habis, dia akan bawa sikit untuk digoreng oleh Nek Som.

Walaupun mereka miskin namun mereka bertiga bahagia.

Mereka tidak kisah kalau pakai baju yang compang-camping.

Mereka tidak kisah kalau asyik makan lauk yang sama setiap hari.

Kerana baju yang compang-camping lebih baik daripada tidak berbaju langsung.

Kerana lauk itulah yang merupakan kegemaran Marina.

Marina tidak pernah mengharapkan apa-apa. Dia dihantar ke tadika yang berdekatan dengan kampung mereka dan rajin membuat kerja rumah. Dia anak yang baik, rajin dan taat akan kedua-dua orang tuanya.

Namun segala-galanya berubah selepas taufan yang melanda kampung yang aman damai itu.

*****

"Kemas semua barang dan masuk ke dalam rumah cepat!" jerit ketua kampung kepada penduduk-penduduknya.

"Bawa anak-anak sekali!" jeritnya lagi. Selepas itu dia segera memandu keretanya ke kediamannya.

Semua penduduk bertempiaran lari kerana cemas akan taufan kuat yang bakal melanda kampung itu. Semua peniaga di pasar segera mengemas barang niaga mereka dan terus pulang ke rumah masing-masing. Hujan lebat kini melanda kampung itu. Marina dan Nek Som duduk di dalam rumah diam-diam dan menunggu kepulangan Tuk Lang dari menjala ikan.

"Mana atuk?" tanya Marina dengan nada khuatir.

"Atuk pasti akan balik tak lama lagi. Sabar, nak," ujar Nek Som, menenangkan Marina.

Bekalan elektrik mulai terputus.Bunyi yang kuat dapat didengari dari dalam rumah. Nek Som sedang memeluk erat Marina dan terus mendoakan agar Tuk Lang dapat pulang dengan selamat.

"Marina nak cari atuk!" kata Marina, cuba meleraikan pelukan neneknya.

"Tak boleh! Bahaya kat luar tu," katanya, cuba menghalang tindakan Marina.

Marina cuba meleraikan pelukan wanita tua itu dan berjaya melepaskan diri.

"Marina!"jerit Nek Som.

Marina keluar dari rumah dan melihat keadaan taufan yang kuat, meniup wajahnya dengan kuat. Badannya yang kecil itu tidak dapat menahan tiupan angin yang kencang namun dia tetap melangkah ke arah jeti. Dia menaiki perahu yang diikat pada jeti dan cuba mendayungnya.

"Marina! Naik atas cepat!" jerit Nek Som dengan lantang. Dia hampir menangis.

"Marina nak cari atuk!" katanya lalu cuba mendayung perahu itu. Namun, tiupan taufan itu meniup perahu kecil Marina dengan mudah. Marina tenggelam bersama perahu itu di dalam arus lautan yang deras akibat taufan yang kuat. Arus pun mulai pasang. Nek Som berdiri di jeti dan menangis.

"Marina!"

Selepas dua jam, taufan itu berhenti melanda. Ketua kampung meronda sekitar kampung untuk memeriksa keadaan penduduk-penduduknya.

"Tok! Sini tok!" panggil seorang lelaki di tepi jeti.

Ketua kampung, Tok Kabir segera mendekati orang ramai di tepi jeti itu. Kelihatan beberapa orang wanita cuba menenangkannya.

"Kenapa ni Som?" soal Tok Kabir.

"Marina..," lalu ditunjuknya ke arah perahu yang terletak kira-kira 2 kilometer dari jeti.

"Ya Tuhanku..," kata Tok Kabir.

"Bawa bersabarlah Som. Kami simpati terhadap kau juga," kata salah seorang rakan Nek Som.

"Moga Tuhan rahmati mereka berdua," kata orang lain pula.

Tok Kabir menggeleng-gelengkan kepala manakala Nek Som terus menangis kesedihan.

Tuk Lang sudah tiada. Begitu juga Marina.

Dua insan yang tersayang pergi.

Meninggalkan dirinya sendirian di Kampung Tok Jolong.

DuyongWhere stories live. Discover now