#22

3.5K 226 17
                                    

                  KAPTEN EVANS

Aku hanya saudagar. Keluargaku miskin. Kerajaan yang mentadbir negaraku sememangnya bersifat tidak adil. Orang kaya atau kaum bangsawan didahului manakala rakyat miskin dianiaya dan diabaikan. Mana hak yang dijanjikan oleh kerajaan?

Selepas pilihan raya hari itu, barulah kutahu sememangnya janji kerajaan hanya palsu. Banyak janji yang dibuat, contohnya membina rumah baharu bagi rakyat miskin yang tidak dapat membeli mahupun menyewa rumah, bantuan setiap bulan bagi orang yang mempunyai tanggungan dan miskin dan juga kemudahan untuk semua rakyat seperti air, elektrik, perubatan, pendidikan dan lain-lain tanpa dikenakan caj yang tinggi.

Itu hanyalah permainan kerajaan, sengaja ingin meraih undi daripada rakyat sempena pilihan raya. Kerajaan yang kami pilih ini kami sangkakan kerajaan yang bakal mengubah kehidupan rakyat daripada buruk bertukar baik. Ternyata sangkaan kami meleset sama sekali.

Keadaan bertambah teruk.

Ramai orang sakit tidak dapat menerima perkhidmatan perubatan kerana tidak mampu membiaya kos perubatan yang terlampau tinggi. Kerajaan sengaja mendapatkan wang yang banyak daripada rakyat dengan taktik yang kotor.

Cukuplah mengutuk pasal kerajaan. Aku berkata begitu sebab perkara yang sama menimpa keluargaku.

Aku tinggal bersama seorang ibu dan dua orang adik. Ibuku menghidapi sakit jantung. Aku tak tahu berapa lama lagi mak aku boleh terus hidup, jadi aku sentiasa temankan dia di rumah manakala dua adikku pula buat kerja sampingan iaitu mengambil upah membersihkan rumah orang kaya.

"Mak, minumlah sup ni," ujarku sambil memegang semangkuk sup ayam yang kureneh sendiri. Ibu pula baring di atas tilamnya yang terletak di atas lantai.

Dia bangun dengan perlahan-lahan dan berhati-hati sambil memandangku.

"Along, kenapa kamu tak cari kerja? Takkan kamu nak jaga mak kamu ni sepanjang hidup?" soal mak. Aku agak terkejut sebab selama ni dia tak pernah tanya.

"Mak ni satu-satu mak along, angah dengan adik. Kalau bukan along nak jaga, siapa lagi nak jaga? Angah dengan adik kan pergi kerja," kata aku.

"Mana boleh. Kamu kan ada impian sendiri, nak jadi saudagar kan? Pergilah kat pelabuhan tu, cari seorang pelayar. Biar dia bawa kamu merentas laut, kamu kerjalah kat negara lain. Negara ni dah takde apa yang tinggal untuk orang macam kita. Kamu pergilah kerja kat luar negara, banyak gaji yang dia akan bagi," kata mak.

Memang sudah impianku untuk jadi saudagar yang hebat, yang dikenali ramai. Aku ingin memiliki bahtera sendiri dan anak kapal sendiri. Aku juga ingin mengembara ke serata dunia dengan berlayar.

"Tapi mak, antara impian Along dengan kesihatan mak, kesihatan mak jauh lebih penting. Mak ni je mak Along tau. Impian tu bila-bila je boleh dilaksanakan," kataku.

"Mak tahu, mak ni menyusahkan kamu, mak jadi beban kepada semua orang dalam rumah ni. Sampai Angah dengan Adik kena kerja, impian kamu pula tak tercapai. Mak memang membebankan," ujar mak lalu menitiskan air mata.

Hatiku rasa berat. Agak terkesan dengan kata-kata mak.

"Mana ada macam tu, mak. Along, Angah dengan Adik memang bertanggungjawab jaga mak lepas ayah meninggal dunia. Mak kan mak kami, takkanlah membebankan pulak," balasku.

Dia memalingkan wajahnya ke arahku.

"Sebelum ni ayah kamu yang pergi dulu, lepasni giliran mak pulak," katanya lagi. Kata-katanya membuatkanku sebak.

"Mak, janganlah cakap macam tu. Mak boleh teruskan hidup, mak kan kuat?" kataku.

"Sekuat mana pun manusia cuba bertahan, lama-lama mati terkubur juga akhirnya. Sebelum mak mati, mak nak kamu capai impian kamu. Capailah apa yang kamu nakkan selama ni, nak," katanya. Aku menahan sebak.

DuyongTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang