#10

4.2K 251 8
                                    

Arus menjadi perlahan.

Mereka terus meninggalkan gua itu dan terus menyambung perjalanan mereka.

"Kakanda masih teringat akan lelaki tu ke?" tanya Asmisya.

"Mana ada!"kata Katrina.

Asmisya ketawa.

"Kadang-kadang saya keliru, kita berdua yang dah matang ataupun kakak saya yang belum matang lagi," keluh Iselia.

"Biasalah tu," balas Marina.

Mereka berdua teruskan perjalanan. Kelihatan sekumpulan ikan sardi sedang berenang.

"Banyaknya ikan!" kata Marina.

Selain daripada ikan sardin, ada juga ikan lumba-lumba, penyu, ikan todak, ikan badut dan lain-lain. Mereka berempat melihat sahaja pemandangan yang mengagumkan itu.

"Wow!" jerit pula Iselia.

"Inilah pemandangan paling cantik pernah saya tengok lepas tinggalkan kerajaan," puji Asmisya. Katrina hanya senyum, menyokong kata-katanya.

"Apsal tetibe jadi gelap?" soal Iselia. Semua ikan cepat-cepat menyembunyikan diri. Ada yang bersembunyi di sebalik batu, di celah rumpai laut dan di bawah pasir.

"Saya rasa tak sedap hatilah," luah Marina.

Mereka rasa gusar.

Tiba-tiba, Asmisya tersangkut dalam jala.

"Tolong saya!" jeritnya.

"Asmisya!!" jerit Katrina.

"Kakanda!" jerit Iselia.

Mereka segera mencari jalan untuk mengeluarkan Asmisya dari jala itu. Mereka bertiga cuba membuat lubang namun jaring-jaring itu ketat. Jala tersebut besar dan ia mula diangkat.

"Cepat lepaskan saya!" jerit Asmisya dalam keadaan panik.

"Macam mana ni?" tanya Marina.

"Tolong kami!" seru Katrina. Hidupan lain hanya mampu memandang dari tempat persembunyian mereka.

"Kanda!" jerit Asmisya, yang masih terperangkap dalam jala yang semakin lama semakin ditarik ke permukaan laut.

"Kapal ke tu?" tanya Marina. Katrina dan Iselia memandang bayang hitam yang menjadikan persekitaran di situ gelap.

"Kanda tahu nak buat apa," kata Katrina. Dia pun berenang ke permukaan laut.

"Dia nak buat apa?" tanya Marina. Iselia hanya mengangkat bahunya.

Kepala Katrina timbul dan memandang setiap anak kapal atas kapal tersebut.

"Cepatlah! Tuan putera kata kita kena cari ikan duyung yang selamakan dia tu," kata kapten kapal.

Katrina rasa marah dan dia mendekati kapal itu.

Ada anak kapal yang perasan akan kehadirannya.

"Kapten! Ada ikan duyung dekat sini!" jerit anak kapal itu.

"Haa?! Mana? Mana dia?" tanya kapten kapal itu.

"Tu! Kat sini!" jerit anak kapal itu lagi. Kapten kapal mendekatkan dirinya dengan anak kapal tadi. Pada masa itu, anak kapal yang lain pun juga tidak melepaskan peluang melihat ikan duyung itu secara berdepan.

"Awak boleh cakap ke?" tanya kapten kapal kepada Katrina.

Katrina hanya senyum dan dia tenggelamkan dirinya.

"Mana ikan tu?!" jerit kapten kapal itu.

"Dia dah hilang," kata anak kapal itu pula.

"Cari dia sampai dapat!"

DuyongWhere stories live. Discover now