#4

5.4K 343 9
                                        

Marina sudahpun minum dan makan. Dia cuba sesuaikan diri di pulau tidak berpenghuni itu.

Gua yang didudukinya itu luas namun ada dinding batu kapur yang berada di penghujung.

Marina menghirup udara segar di situ.

"Apa kata aku jalan-jalan kat pulau ni dulu. Senja nanti boleh aku terus pergi pantai," fikirnya. Dia pun keluar dari gua itu dan berjalan-jalan dengan riang.

Kiri dan kanannya mempunyai pokok-pokok tinggi dan bunga-bungaan yang cantik warnanya. Dia memetik bunga mawar yang ada di situ dan mencium baunya.

"Harum betul bau bunga ni," kata Marina dengan riang.

Dia berjalan dan..

"Bunyi apa tu?"

Langkahnya terhenti.

Dia sedar ada mata yang memandangnya dan ada bunyi ngauman berdekatan. Marina cuba mencari benda yang membuat bunyi menakutkan itu namun tidak dijumpainya.

"Baik aku jalan je.." bisik hatinya.

Dia pun berjalan dengan gerak perlahan sambil memerhati liri dan kanannya.

"Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah aku," doanya dalam hati.

Ada sungai di tempat dia berjalan.Dia menadah tangan dan merendam tangannya ke dalam sungai.

Marina pun meneguk air sungai yang jernih itu.

"Uhmm.. hilang pun haus di tekak aku ni," fikirnya.

Dia pun mengulang tindakannya tadi dan meneguk banyak air.

Tiba-tiba, dia dapat merasakan ada bunyi mengaum berdekatan dengan dirinya. Hatinya menjadi tidak tenang.

Dia pandang ke kiri.

Harimau belang sedang menunggu untuk menerkam mangsa di hadapannya itu.

"Ya Tuhanku apa aku nak buat ni?" fikirnya.

"Kalau ada bahaya keluarkanlah mutiara ini."

Kata-kata Iselia muncul dalam kepalanya.

"Benda ni boleh tolong aku ke?" fikirnya lagi.

Harimau itu memandang tepat ke arahnya. Ia pun melangkah ke hadapan dengan perlahan.

Marina pun bangun dan cuba menjauhkan diri dari harimau secara perlahan.

"Aku kena keluarkan mutiara ni sekarang ke?"

Sudah terlambat.

Harimau itu mencepatkan langkahnya.

Pada masa yang sama, Marina terus melarikan diri dari harimau tersebut sepantas yang boleh.

Dia kejap pandang ke hadapan dan ke belakang. Harimau itu tidak berhenti mengejarnya.

Marina terus berlari sehingga bertemu jalan mati.

Harimau itu semakin dekat dengannya.

Dia keluarkan mutiara tadi.

"Semoga benda ni boleh bantu aku," dia pegang mutiara itu.

Cahaya yang terang muncul daripada mutiara tersebut.

...

Marina cuba mencari harimau tadi.

"Mana dia?" fikirnya.

Tiba-tiba, ada banyak rama-rama berwarna seperti bulu harimau iaitu jingga berbelang hitam berterbangan di tempat itu.

"Harimau tu dah jadi rama-rama?" fikir Marina, seakan-akan tidak percaya.

"Hebat sungguh pemberian Lia ni," fikirnya lagi.

DuyongTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang