#21

3.3K 217 13
                                    

Hadid memandang mulut raksasa itu. Mulutnya terbuka luas. Banyak taring dan gigi-gigi tajam yang ada di dalam mulutnya.

"Bunuhlah ia dengan segalanya," ayat itu sentiasa disebut-sebut oleh pembantu kapten itu.

"Segalanya itu.. Adakah ia termasuk dengan nyawa?" fikirnya.

Dia masih lagi memandang mulut Varga yang terbuka luas itu.

"Ya Tuhan, haraplah apa yang aku lakukan ini, adalah untuk kebaikan kami semua. Amin."

Dia berdoa kepada Tuhan. Jiwanya menjadi insaf. Hujan masih lagi renyai-renyai.
Namun ada sedikit sinar cahaya keluar dari awan gelap yang menyelubungi langit biru.

Cahaya itu menyuluh ke kapten.

                         *****
Marina, Iselia dan kakanda-kakandanya sekadar memandang.

"Itukah.. Varga?" tanya Iselia dengan riak wajah terkejut.

"Ya. Kakanda ingatkan raksasa itu sekadar mitos tapi tak sangka pula ia adalah benar," kata Katrina.

"Patut ke kita tolong diorang?" tanya Marina dengan nada belas kasihan.

"Jangan! Ia amat bahaya!" kata Katrina, tegas.

"Itulah sebabnya nenek awak pindah agaknya," kata Iselia.

Marina berfikir sejenak. Mungkin ada benarnya.

                       *****

Nek Som dan penduduk kampung yang lain sudah berarak hampir sejam, berjalan kaki ke kampung lain. Ramai penduduk yang penat namun hendak atau tidak hendak, mereka harus teruskan perjalanan untuk sampai ke destinasi.

"Som, lama lagi ke kita nak berjalan lagi ni? Aku rasa penat sangat ni," ujar Timah, dengan nada keletihan.

"Sabarlah Timah. Dah nak sampai la agaknya. Aku pun penat juga, kita ni dah tua. Tapi kita kena teruskan juga tak kiralah penat macam mana sekalipun," ujar Nek Som.

"Betul tu Som. Tapi aku betul-betul penat dan dahaga. Tak boleh ke kita rehat dulu?" soal Timah.

Nek Som memandang ke arah penduduk lain yang juga kelihatan penat. Sudah lama mereka berjalan namun destinasi yang dituju belum lagi sampai.

Tiba-tiba, ada seorang budak perempuan terjatuh. Badannya rebah ke tanah dan penduduk lain mula memeriksa akan keadaannya.

"Tuk, saya rasa kita kena berehat sekejap. Kami semua dah penat dan saya yakin, Tuk pun penat jugak," ujar Said.

"Betul juga tu. Dah sejam kita berjalan, rehatlah dulu. Kalau nak makan minum, buatlah sekarang sebab lepasni kita kena teruskan perjalanan," ujar ketua kampung.

Semua pun duduk di mana-mana tempat yang diinginkan. Ada yang mula makan bekalan yang dibawa dari rumah dan ada yang meneguk air dari botol air. Nek Som dan Timah juga tidak melepaskan peluang untuk menghilangkan rasa letih, lapar dan dahaga.

"Ah! Leganya!" kat Timah selepas meneguk air mineral dari botolnya.

"Lepasni, jangan mengadu penatlah, dahagalah kat aku. Aku pun makin penat bila layan keluhan kau," ujar Nek Som. Timah hanya senyum seperti kerang busuk.

"Kau masih rasa Marina akan balik ke, Som?" tanya Timah kepadanya.

"Entahlah, Timah. Tapi aku rasa, baik lagi kalau aku berpijak pada bumi yang nyata dan lupakan pasal dia," kata Nek Som.

"Sabarlah, Som. Kalau naluri kau masih katakan dia masih hidup, kau tabahlah. Naluri seorang nenek mengenai cucunya takkan pernah salah, Som," ujar Timah.

DuyongTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang