#11

3.8K 238 1
                                    

"Hebat betul cara kakanda lepaskan Asmisya!" kata Iselia.

"Hehe.. Diorang sebenarnya cari kakanda. Kakanda dah tolong seorang putera semalam!"

Semua ternganga.

"Betul ke ni?! Lelaki semalam tu.. Tuan putera?!" kata Asmisya yang seakan tidak percaya.

"Kenapa kakanda nak tipu, Asmisya?" tanya Katrina.

"Macam tak boleh percaya je."

"Tadi kakanda terdengar yang kapten dan anak-anak kapal dia sedang cari ikan duyung yang dah selamatkan tuan putera," ujar Katrina.

"Tak kisahlah. Bila kita boleh sambung perjalanan ni?" tanya Marina.

"Kita rehatlah dulu."

Mereka duduk di dalam gua sebentar. Mereka semua mula lelap dan tidur.

"Marina!"

Kejadian ribut tempoh hari berlaku di kampung. Semua orang bertempiaran lari dan banyak kedai dan rumah kena tempias ribut. Contohnya, ada rumah yang kehilangan bumbung dan ada kedai yang rosak hancur dek kerana ribut.

"Marina nak cari datuk!" jerit Marina sepuas hati. Dia cuba leraikan pelukan neneknya.

"Jangan Marina!"

Marina keluar dari rumah dan pergi ke jeti. Tubuhnya yang kecil itu tetap bergerak ke jeti walaupun ribut kencang yang melanda cuba menolaknya ke arah lain. Marina masuk ke dalam sampan dan..

"Marina!"

"Hah?!!"

Marina bangun daripada tidur.

"Nasib baik mimpi je.." getus hatinya.

Dia memandang dinding gua dan Iselia serta kakandanya.

"Marina rindu nenek," kata Marina. Dia termenung.

"Macam manalah keadaan nenek sekarang ni.."

                         *****
"Apa khabar Som!"

"Eh, Timah! Jemputlah naik," kata Nek Som.

Timah, wanita 50-an yang berselendang dan berbaju kurung Kedah masuk ke dalam rumah kampung milik Nek Som itu.

"Kau buat apa tu, Som oi!" kata Timah.

"Jap, jap.."

Nek Som datang ke ruang tamu dengan sejag air teh dan dua cawan.

"Susah-susah aje la kau ni. Aku datang nak tanya khabar, bukan apa," kata Timah.

"Tak apalah Timah. Dah lama tak ada orang datang kat rumah aku ni," kata Nek Som lalu duduk di atas kerusi.

"Aku datang ni bukan apa. Saja nak borak dengan kau. Dah lama tak jumpa kau," kata Timah.

"Eh, biar aku ambil biskut kat dapur tu dulu," kata Nek Som lalu pergi ke dapur.

Timah memandang ruang tamu rumah Nek Som yang kemas itu. Kelihatan di atas meja, ada gambarnya, arwah suaminya dan seorang budak perempuan.

"Siapa ni?" fikir Timah.

"Layan diri ya, Timah?" kata Nek Som dari dapur.

"Yelah, Som!"

Timah menuang air teh ke dalam cawan berwarna hitam. Selesai menuang, dia pun meneguk air tersebut.

Nek Som datang dengan membawa sebalang biskut Marie dan sebalang tart nanas.

"Ini jelah yang aku dapat hidangkan untuk kawan lama aku ni," kata Nek Som.

"Kau sunyi?" tanya Timah.

Nek Som memandangnya.

"Sunyi? Sunyi apa? Aku tak fahamlah Timah," kata Nek Som lalu menuang air teh ke dalam cawannya.

"Kau rindukan dia?"

Nek Som berhenti menuang. Dia berfikir sejenak.

"Dah lama dah benda tu, Timah," kata Nek Som, pasrah.

"Aku tahu apa yang jadi kat arwah Tuk Lang. Bawa bersabar ye, Som," kata Timah.

"Aku terima yang arwah dah meninggal tapi cucu aku.. sampai hari ni tak ada berita pun tentang dia," kata Nek Som dengan nada sayu.

"Marina kan nama dia?" tanya Timah lagi. Nek Som mengangguk.

"Hmm kalau dia masih hidup mesti dia dah remaja sekarang, sebaya anak lelaki aku," kata Timah. Nek Som sekadar tersenyum.

"Entahlah kenapa, hati aku kuat mengatakan yang si Marina tu masih hidup walaupun dia dah hilang bertahun-tahun," kata Nek Som sambil termenung.

"Kalau dia masih hidup, pasti Tuhan akan bawa dia ke sini balik dengan selamat," kata Timah.

"Makanlah biskut tu," kata Nek Som. Timah hanya angguk.

Timah menjamah beberapa tart nanas daripada balang itu manakala Nek Som hanya menatap wajah cucunya yang tersayang.

"Manalah kau menghilang, Marina? Nenek rindu cucu nenek," bisik hati Nek Som.

                        *****
Malam sudah menjelma. Nek Som baru selesai menunaikan solat Maghrib. Dia membuka telekungnya dan duduk di atas kerusi.

Dia perhati hidangan yang ada di atas meja. Dia kelihatan seperti tidak berselera.

"Som, jangan risau. Cucu kita pasti balik dengan selamat."

Nek Som memandang kerusi di hadapannya. Terdapat bayangan Tuk Lang yang tersenyum memandangnya.

"Saya rindukan cucu kita.."

"Marina akan pulang dengan selamat, Som. Percayalah Som."

Nek Som hanya menarik nafas.

"Abang.."

Bayangan Tuk Lang hilang.

Matanya liar mencari kelibat Tuk Lang tadi.

Dia bangun dari tempat duduknya dan pergi ke ruang tamu.

Nek Som menatap wajah arwah Tuk Lang dan cucunya yang gambarnya tergantung pada dinding kayu rumah itu.

"Pulanglah Marina.."

Dia memandang wajah arwah Tuk Lang pula.

"Mungkin tadi tu cuma ilusi?" fikirnya.

Dia membaca surah al-fathihah untuk arwah suaminya.

"Amin.."

Dia memandang kembali wajah arwah Tuk Lang dalam gambar.

Nek Som pergi ke dapur dan meneguk segelas air dan terus pergi ke bilik tidur.

"Lepas ni nak Solat Isyak," fikirnya.



DuyongWhere stories live. Discover now