#17

3.2K 210 3
                                    

Nek Som pulang ke rumah dan mengemas barang-barangnya. Dia memasukkan kesemuanya ke dalam beg plastik besar dan beg yang diperbuat daripada kain. Dia memasukkan sijil lahir, bekalan makanan, pakaian, botol air dan lain-lain. Dia terpandang pada potret dia, arwah Tuk Lang dan Marina.

"Marina.."

Nek Som mengambil kertas daripada laci dan menulis sesuatu dengan pensel.

Wahai Marina..

Jikalau kau sepatutnya pulang pada hari ini, ketahuilah nendamu bakal berpindah ke tempat lain yang mungkin lebih baik daripada kampung ini. Sudah lama nenek menunggu kamu pulang, Marina. Tapi kamu tak pulang-pulang pun. Sekiranya kamu dapat surat ini, nenek cuma nak cakap yang nenek sentiasa menyayangimu tak kiralah sama ada kamu masih hidup atau tidak. Kamulah satu-satunya cucu dan ahli keluarga nenek yang masih hidup. Nenek takkan pernah melupakanmu.

                               Salam sayang,
       Nenekmu.

Nek Som berhenti menulis dan menggulung kertas kecil itu. Dia menyumbatnya ke dalam botol kaca. Nek Som bangun dan keluar rumah. Dia memakai selipar Jepunnya dan mendekati kawasan pantai.

Dia membaling botol itu ke dalam laut.

Nek Som menyeka air matanya yang mula bercucuran.

"Nenek sentiasa rindu kamu, Marina. Nenek selalu rindu.."

Dia pulang ke rumahnya dan sambung mengemas barang-barang yang diperlukan.
___________________________________

"Kau okey ke Som? Kau macam tak sanggup aje nak tinggalkan kampung ni," kata Timah, gusar setelah melihat keadaan Nek Som.

"Aku tak apa-apalah. Kampung ni memang tempat aku bina kehidupan dengan arwah Tuk Lang dan membesarkan Marina. Tapi nak buat macam mana? Kita kena tinggalkan kampung ni jugak dan lupakan perkara yang lepas," kata Nek Som sambil mengukirkan senyuman.

"Betul tu. Eh, kau dah kemas barang ke? Aku dengar kalau kampung ni rosak teruk atau musnah sebab pertarungan antara lanun-lanun tu dengan Varga tu, kita kena cari tempat baharu," kata Timah.

"Ya? Aku dah kemas dah. Bekalan makanan dengan pakaian, semua aku dah kemaskan," kata Nek Som.

"Marina? Kau rasa dia akan balik tak?" soal Timah.

"Entahlah. Kalau ya pun dia balik, aku dah tak ada kat kampung ni. Dah lama aku tunggu dia pulang tapi tak ada apa-apa tanda yang dia akan balik. Naluri aku je yang lebih-lebih, mengharapkan dia balik. Mungkin aku kena bina hidup yang baru, tanpa memikirkan arwah Tuk Lang dan Marina," kata Nek Som, nekad.

"Eloklah tu, Som. Aku lega kau dah boleh terima hakikat," kata Timah.

"Semua dah sedia?" soal ketua kampung. Penduduk serentak mengatakan "Ya!"

Mereka mula bertolak dan beredar meninggalkan kampung itu di tangan lanun-lanun Jin Temasik. Meskipun berat, namun inilah caranya yang harus diambil bagi menjaga keselamatan masing-masing.

"Selamat jalan!" jerit semua anak kapal Lanun Jin Temasik.

"Baiklah anak-anak kapal sekalian! Sekarang kampung ni berada dalam jagaan kita. Kita kena lindungi kampung ni. Kita mungkin lanun yang merompak ataupun mencuri, tapi hari ini dan esok, kita adalah pejuang yang akan mengalahkan Varga, raksasa gergasi dan nama-nama kita akan tercatat dalam sejarah! Hidup Jin Temasik!" jerit Kapten Evans dengan lantang.

"Hidup Jin Temasik! Hidup Jin Temasik!" jerit semua anak kapal.

"Sekarang bersiap sedia. Siapkan kapal dengan peluru meriam, semua anak kapal perlu memegang senapang, layar dan pengemudi kapal perlu bersedia. Kita bukan nak berhadapan dengan lanun lain, kita berhadapan dengan raksasa," arah Kapten Evans. Semua anak kapal pun mula menjalankan tugas masing-masing. Semua orang mempunyai semangat tinggi bagi menewaskan Varga, raksasa yang bertaring, kakinya mempunyai cecair beracun yang boleh mengakibatkan maut. Ada sepuluh kaki. Enam daripadanya kecil manakala empat lagi amatlah besar. Saiznya dua kali ganda besar dari kapal mereka.

"Kapten, apa yang kapten rancangkan untuk malam ini?" tanya Hadid, pembantu kapten.

"Hadid, malam ini, arahkan semua anak kapal untuk tidur, kerana esok kita perlukan banyak tenaga bagi menewaskan Varga. Arahkan beberapa orang untuk berjaga dan setiap orang yang mengawal perlu jalankan tugas secara bergilir-gilir supaya semua orang ada peluang untuk berehat. Jangan bagi mereka minum wain sebab saya tak nak masa pertarungan ada anak kapal yang mabuk pula," ujar Kapten Evans.

"Baik kapten. Saya akan sampaikan arahan kapten pada anak-anak kapal," kata Hadid sebelum beredar.

"Kapten! Kapten rasa kita boleh menang ke dalam pertarungan ni?" tanya Ragia, pengendali meriam.

"Menang atau kalah itu tak penting, pentingnya persiapan kita sebelum bertempur," kata Kapten Evans. Dengan segera Ragia beredar dan memeriksa keadaan meriam.

"Indra, saya nak awak kemudi elok-elok kapal pada esok hari, ikut arahan saya. Kemudi bila perlu," kata Kapten Evans.

"Baik kapten."

Kapten Evans tekad dengan misinya menentang Varga.

                        *****
Marina dan rakan-rakannya teruskan perjalanan mereka ke kampung Marina dan terbukti, mereka semakin dekat.

"Apa ni?" tanya Asmisya. Dia ternampak botol yang terapung pada permukaan laut dan meraihnya.

"Huh, manusia suka buang sampah kat laut," keluh Katrina.

"Ada sesuatu la dalam botol ni," ujar Asmisya lalu membuka penutup botol kaca itu.

"Ni untuk awaklah, Marina," kata Iselia. Asmisya menghulurkan kertas itu pada Marina.

Dia membaca surat itu dengan teliti di atas permukaan laut. Dengan serta-merta, air matanya jatuh.

"Kenapa Marina?" tanya Iselia.

"Surat ni dari nenek saya," kata Marina sambil menyeka air matanya.

"Haa? Ye ke? Dia kata apa?" tanya Katrina pula.

"Dia kata, dia rindukan saya dan dia tunggu saya pulang. Tapi dia kata dia berpindah ke tempat lain," jelas Marina.

"Sebelum dia pindah, kita kena bawa awak cepat kepadanya," ujar Iselia.

"Nenek, Marina dah nak pulang," bisik hati Marina.

DuyongWhere stories live. Discover now