#18

3.3K 204 7
                                    

Malam sudah tiba. Keadaan kampung menjadi gelap dan sunyi setelah penduduk-penduduknya sudah berpindah ke tempat lain. Hanya Lanun Jin Temasik yang menjaga kampung itu sementara menunggu ketibaan Varga pagi esok.

"Semua anak kapal, esok subuh, kita akan mula berhadapan dengan raksasa legenda yang bersaiz gergasi iaitu Varga! Jadi, kalian kena dapatkan rehat yang secukupnya, makanlah puas-puas malam ini kerana mungkin inilah makan malam terakhir bagi kita semua," kata Kapten Evans dengan suara lantang. Semua anak kapal menundukkan kepala mereka, memikirkan nasib yang bakal mereka terima sewaktu menentang Varga keesokkan harinya.

Tukang masak mula hidangkan pelbagai hidangan makanan laut yang kelihatan menyelerakan. Ada berpinggan-pinggan dan bermangkuk-mangkuk jenis lauk-pauk, sup dan hidangan laut. Ada udang galah, sup sirip ikan yu, ketam masam manis dan macam-macam lagi.

"Hugo, awak adalah chef paling bagus pernah saya jumpa!" puji Kapten Evans kepada tukang masaknya itu.

"Terima kasih kapten," kata tukang masak itu sebelum beredar.

"Sedapnya hidangan ni!" puji salah satu anak kapal yang sedang meratah hidangan masing-masing. Semua anak kapal menikmati hidangan itu dengan penuh berselera.

"Makanlah puas-puas!" jerit Kapten Evans.

                        *****

Marina dan rakan-rakannya menghadapi pinggir pantai.

"Dah sampai pun. Tapi mana semua orang?" tanya Marina, kepalanya mencari-cari kelibat penduduk di kampungnya itu.

"Surat tu kata diorang pindah kan? Mungkin diorang dah pindah petang tadi," ujar Iselia. Riak wajah Marina bertukar hampa.

"Tak apa, Marina. Awak pasti akan jumpa nenek awak dengan serta-merta," ujar Katrina.

"Jadi awak nak bertukar jadi manusia ke sekarang?" tanya Iselia pula.

"Entahlah, Lia. Saya pun tak tahu kalau saya jadi manusia balik, saya dapat tak jumpa nenek saya," ujar Marina.

"Macam nilah. Awak tukar jadi manusia dan kami akan berjaga sekitar sini. Bila awak dah jumpa nenek awak, nanti baru kami bertiga pulang," ujar Asmisya.

"Itu idea yang bagus. Kalau macam tu, minumlah posyen ni, Marina. Awak tunggu sini jelah," kata Iselia lalu menyerahkan posyen yang didapatkan daripada Ursula tadi kepada Marina. Marina membuka penutup botol itu dan memandang mereka bertiga.

"Terima kasih sebab tolong saya. Saya takkan lupakan kalian sampai bila-bila," ucap Marina. Mereka bertiga hanya mengangguk.

Marina meneguk perlahan-lahan cecair yang ada dalam posyen tersebut.

Ekornya yang bersisik itu mula berubah menjadi sepasang kaki yang tinggi dan cantik.

"Saya dah jadi manusia balik!" ujar Marina dengan perasaan yang sungguh gembira.

"Baguslah tu. Sekarang kita semua berehat dekat-dekat sini je sampai la nenek awak dan orang lain sampai," ujar Iselia.

"Okey. Saya setia menunggu," kata Katrina.

"Saya pun!" jerit Asmisya.

Jadi Marina dan ikan-ikan duyung yang lain duduk di atas batu yang terletak di tepi pantai.
Mereka melihat bulan mengambang yang berada di atas langit dari tepi pantai.

"Cantiknya bulan tu. Dah lama saya tak tengok bulan," kata Iselia. Marina hanya tersenyum.

"Apa tu?" tanya Asmisya.

"Apa dia kakanda?" tanya Iselia kepada kakaknya itu.

"Itu, kapal lanun kan?" soalnya. Mereka semua berpaling ke arah bahtera besar yang berada jauh dari pantai itu. Kapal itu berada di pelabuhan.

"Apa mereka buat di kampung ni?" soal Marina, kehairanan.

"Benda baik ke benda jahat?" tanya Iselia pula.

"Lanun mana pernah buat kerja baik. Mereka selalu buat kerja yang jahat," kata Katrina, tegas.

"Nak periksa tak?" tanya Iselia.

"Jangan. Kita lebih baik jangan masuk campur. Kamu nak ke perkara yang terjadi pada Asmisya berulang sekali lagi?" soal Katrina. Iselia mendiamkan dirinya.

"Lanun takkan buat sesuatu kerja tanpa ganjaran. Kalau mereka diberikan emas untuk membunuh ibu mereka sendiri pun mereka akan buat. Apatah lagi menculik ikan duyung dan mendapatkan air matanya, semata-mata untuk hidup abadi," ujar Katrina sambil memandang bahtera itu dengan pandangan benci.

"Betul tu kakanda. Nasib baiklah Asmisya dapat selamatkan diri, kalau tidak, mesti adinda mati diseksa semata-mata untuk dapatkan air mata adinda," ujar Asmisya lalu mengucapkan rasa syukur.

"Lepas kena serang haritu, mesti lanun-lanun tak berani culik duyung dah," ujar Iselia.

"Lanun takkan pernah serik untuk menyeksa kita. Mereka ada prinsip sendiri. Kalau dah diberikan satu misi, mesti habiskan juga tak kira apapun," ujar Katrina.

                         *****

"Kapten, ceritakanlah tentang Ursula tu! Saya nak tahu juga, dia cantik ke, hodoh ke, gemuk ke?" tanya seorang anak kapal lalu ketawa terbahak-bahak. Anak kapal yang lain pun ketawa.

"Jangan persoalkan rupa dan kehebatan Ursula. Dia ibarat bomoh yang terperangkap dalam badan duyung. Dia sebenarnya manusia macam kita tapi dia nak jadi duyung sebab dia dapat hidup lama," ujar Kapten Evans.

"Dia manusia? Tak best ke kalau jadi manusia ni, kapten?" tanya anak kapal lagi lalu ketawa.

"Hmm.. Kamu nak tahu kisah dia?" tanya Kapten Evans lalu duduk di hadapan api yang mereka hasilkan.

"Boleh jugaklah, kapten. Hilang sikit perasaan takut kami pada Varga," ujar anak kapal itu lagi.

"Baiklah. Ursula ni.. Manusia macam kita, jelita, perawan, manis dan juga seorang bomoh. Dia belajar ilmu sihir ni daripada makcik dan pakcik dia. Ursula pernah berkahwin dengan seorang kapten kapal yang pernah jadi antara kapten kapal legenda dunia, kamu tahu siapa?" tanya Kapten Evans kepada anak-anak kapal di hadapannya.

"Tak tahu," kata mereka serentak seraya menggelengkan kepala.

"Kapten Alvis Spiritua. Kapten kapal yang pernah berhadapan dengan Perempuan Berwarna," kata Kapten Evans.

"Perempuan Berwarna? Roh wanita yang merupakan pelindung Kampung Selat tu kan?" tanya anak kapal lain.

"Ya. Kapten Alvis ialah suami Ursula. Mereka berkahwin namun kehidupan perkahwinan mereka tidak lama. Suaminya perlu mengembara untuk menyara pendapatan. Ursula rasa kesunyian dan dia fikir, dia akan mati sebab kemurungan. Jadi dia rancang sesuatu. Apabila dia tahu suaminya itu akan pulang ke darat, dia masak nasi yang telah dijampi dengan daging ikan lumba-lumba yang direbus. Supnya ialah sup sirip yu yang telah dijampi. Apabila suaminya balik dan makan makanan yang dihidangkan oleh Ursula, bola matanya jadi debu, badannya terus tidak bergerak dan semua organnya gagal berfungsi kecuali satu iaitu jantungnya. Jantungnya itu telah diambil oleh Ursula dan dia kisarkan jadi jus bersama perahan limau purut dan gula sebanyak empat sudu supaya rasanya manis. Dia minum pada waktu malam di tepi pantai dan lantas, kakinya berubah menjadi ekor ikan duyung dan dengan itu juga, dia diberikan jangka hayat yang lama iaitu sebanyak 5000 tahun. Namun lama-kelamaan dia akan mati jugak. Dia heret mayat suaminya dan simpan dalam kapal milik suaminya. Dia tenggelamkan kapal besar itu dengan jampi yang kuat dan jampi itu akan membuatkan kapal itu takkan kekal terapung dan akan tenggelam selamanya bersama suaminya kecuali, dengan syarat, suaminya hidup semula. Mustahil la kan? Tapi kapal Kapten Alvis menyimpan empat peti emas yang berjaya dirompak dari pulau mistik, Pulau Malaikat. Jadi itulah kisah asal-usul Ursula, puas hati?" kata Kapten Evans dengan panjang lebar.

"Mana kapten tahu semua ni?" tanya anak kapalnya kepada Kapten Evans.

"Ermm.. Entahlah.. Sekadar tahu," katanya selamba.

"Dah cukup dengan bercerita. Sekarang kalian kena berjaga dan mengawal kapal ini sehingga subuh esok. Ada raksasa perlu diburu," arah Kapten Evans.

"Baik kapten."

DuyongWhere stories live. Discover now