Marina merupakan gadis yang sesat dan telah hidup di sebuah pulau yang jauh dari semua manusia dan kemajuan teknologi secara bersendirian. Dia bertemu Iselia dan kakanda-kakandanya yang merupakan ikan duyung. Marina dan rakan-rakannya itu memulakan...
Nampaknya Duyong telah mencatatkan nilai views sebanyak 8 ribu lebih. Kepada yang vote serta tidak lupa kepada yang memberi komen, terima kasih banyak-banyak, Melyn hargai tindakan korang.
Terima kasih sebab bagi semangat untuk Melyn supaya terus-menerus update kisah ini sampai la ke endingnya.
Well kisah ini tentang seorang gadis yang sesat di atas pulau, ingin pulang kembali kepada neneknya yang berada di tempat lain dengan bantuan ikan-ikan duyung. Ini bukan kisah fantasi semata-mata, namun ia adalah kisah bernilai moral yang memberi pengajaran agar kita sentiasa tabah dan kuat untuk mengecapi apa yang kita nak.
Idea untuk menulis Duyong muncul apabila Melyn nampak satu gambar makhluk seakan-akan duyung namun dikenali dengan nama Sirens. Duyong ditulis hanyalah sekadar suka-suka, Melyn sengaja nak cuba menulis dalam genre fantasi.
Tak sangka sambutannya menggalakkan.
Apapun, awal tahun 2017 Melyn akan mula terbitkan kisah Lanun iaitu sekuel kepada kisah Duyong.
Thank you kepada semua pembaca yang setia dari bab satu hingga ending dan juga kepada voters yang murah hati serta pemberi komen yang memberikan maklum balas terhadap kisah Melyn.
Ni sedikit quote daripada kisah Duyong :
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Everything In Life That Matters Requires Risk."
Segala perkara dalam hidup yang penting memerlukan risiko.