Marina dan ikan-ikan duyung yang lain sekadar melihat pemandangan perang yang dahsyat. Mereka semua ternganga. Hati mereka berdebar di saat pertarungan bermula. Kini, mereka cuma dapat lihat kapal lanun yang semakin tenggelam dan bangkai Varga yang telah terlerai.
"Kakanda rasa ada lagi ke lanun-lanun yang masih selamat?" soal Iselia kepads kakandanya, Katrina.
"Entahlah. Hidup mati di tangan Tuhan, adinda," balas Katrina sambil memandang adindanya.
"Macam manalah keadaan nenek saya sekarang ni, ya? Saya rasa saya kena cari dia," kata Marina.
"Marina, baik awak tunggu sini dulu. Saya takut awak sesat lepastu hilang," ujar Iselia.
"Hish, adinda ni. Apa cakap macam tu? Tapi, Marina, saya pun rasa lebih baik awak duduk sini dengan kita orang," kata Asmisya pula.
"Macam mana kalau mereka tak balik lagi ke kampung ni?" tanya Marina. Mereka memandang antara satu sama lain.
"Marina, macam nilah. Kalau mereka tak balik lagi, awak pergilah cari mereka ataupun awak ikut kami ke kerajaan kami," kata Katrina.
Marina berfikir sejenak. Dia tidak boleh membuat keputusan terburu-buru. Dia harus fikir masak-masak.
"Tak apalah, kita tunggu dulu, mungkin untuk 2 hari macam tu," ujar Asmisya pula.
"Setuju!" kata Iselia. Katrina hanya mengangguk.
"Saya okey je," jawab Marina. Mereka kini berpakat ingin menunggu neneknya tiba selama dua hari di situ.
"Hujan dah berhenti la," ujar Asmisya. Mereka semua memandang ke arah langit yang sudahpun cerah.
Munculnya pelangi yang indah di pandangan mata, mencantikkan lagi langit cerah yang berawan itu.
"Cantiknya, pelangi. Dah lama tak tengok pelangi kan?" kata Marina dengan rasa kagum.
"Saya cuma tahu pasal pelangi dalam buku je, tak pernah nampak secara realiti," kata Katrina pula.
"Kakanda memang suka baca buku tapi jarang keluar rumah," ujar Iselia pula.
Selepas itu, muncullah matahari yang hampir terbenam. Ia menunjukkan bahawa kini adalah masa senja.
"Wah matahari terbenam. Cantiknya," ujar Iselia.
"Ini yang kami panggil, Pelangi Senja," kata Marina pula. Mereka hanya menikmati pemandangan indah itu.
__________________________________"Dah sampai, rehatlah, dalam dua hari lagi kita akan pulang lagi ke kampung kita semula. Yang lelaki tolong pasangkan khemah dan yang perempuan bersedia untuk memasak. Nyalakan unggun api, ya?" arah ketua kampung.
"Tuk, kami pergi cari kayu api, ya?" tanya Nek Som kepada ketua kampung.
"Baiklah Som. Kalian hati-hati, ya?" kata ketua kampung. Nek Som, Timah dan tiga wanita yang lain melangkah masuk ke dalam hutan dan pergi mencari kayu api.
"Timah, aku ingat lagi masa kita berdua kecil-kecil dulu. Kita suka masuk hutan, kan?" tanya Nek Som kepada Timah yang turut mencari kayu api.
"Ha? Iye.. Aku pun ingat lagi. Masa tu, kita nak cari apa? Cari.. Kupu-kupu kan? Kata, cantiklah, apalah," kata Timah lalu ketawa.
"Kita suka cari makhluk yang cantik, pokok cantik. Sampai kena masuk hutan, kan?" kata Nek Som. Timah hanya mengukirkan senyuman.
"Som.."
Nek Som tersentak. Siapa yang memanggil namanya?
"Timah, kau ada sebut nama aku?" tanya Nek Som.
"Mana ada. Aku tengah fokus, mencari kayu api," jawab Timah.
Nek Som pun meneruskan pencarian kayu api, jauh ke dalam hutan sedikit daripada empat wanita yang lain. Dia masuk ke dalam dan mengutip kayu yang ada di atas lantai hutan.
"Som.."
Nek Som memandang ke hadapan dan kayu api dalam genggamannya terlepas, jatuh ke lantai hutan.
"Tuk Lang.."
Bayangan arwah suaminya hanya senyum. Dia memandang tepat ke arah mata Nek Som.
"Som.."
"Ya, Lang?" tanya Nek Som, beranikan diri untuk bertanya.
"Marina.. Marina dah balik."
Nek Som tersentak.
"Be.. Betul ke Lang?" tanya Nek Som lagi.
"Betul Som. Pulanglah ke sana dalam dua hari ni, dan Som akan jumpa Marina kat tepi pantai, menunggu Som untuk pulang," kata bayangan Tuk Lang lagi.
"Ya Tuhanku!"
Nek Som menangis.
"Som.."
"Ya, Lang?"
"Marina rindukan Som."
Tangisan Nek Som menjadi laju. Jantungnya berdegup laju. Sekuat manapun kudratnya, tangisannya tidak dapat dihentikan.
"Ya Tuhanku, kau bawa Marina pulang ke dakapanku sekiranya benar dia sudah menungguku," Nek Som berdoa kepada Tuhan.
"Serta aku amat bersyukur, Ya Tuhan, terima kasih kerana berikan petunjuk kepada hambamu ini, Ya Tuhan! Ternyata selama ini, naluriku benar," Nek Som menyambung bacaan doanya. Dia benar-benar bersyukur kepada Tuhan Maha Pemurah atas segala pemberiannya.
Penantian selama bertahun-tahun bakal berakhir dengan penamat bahagia. Dia akan bertemu dengan cucunya tidak lama lagi.
"Lang.."
Bayangan Tuk Lang menghilang. Nek Som cuba mencari kelibat lelaki tua itu.
"Som, Som!" jerit Timah.
"Haa? Ye? Apa?" tanya Nek Som sambil menyeka air matanya.
"Dah cari kayu api ke? Kita orang dah kumpul banyak, cukup kot nak buat unggun api," ujar Timah.
"Oh.. Baik, Timah. Aku pun dah kumpul ni," balas Nek Som.
"Dah jomlah keluar dari hutan ini, dah gelap rasanya," kata Timah. Nek Som hanya mengikut dari belakang.
___________________________________Melyn kini sedang buat kisah Magisia, kisah pasal ahli sihir yang sedang belajar untuk jadi ahli sihir tahap tertinggi dan pada masa yang sama, cuba menentang puak sihir yang jahat. Kalau minat kisah magik bagai ni, bacalah kisah Magisia.
Selain itu, Melyn pun sedang usahakan Diari Melyn Aristokra, iaitu diari Melyn versi tak private la. Kalau nak tahu tentang identiti Melyn dlm real life, boleh baca diari tu. Kbai. Sayonara.
![](https://img.wattpad.com/cover/83904696-288-k661843.jpg)
YOU ARE READING
Duyong
FantasyMarina merupakan gadis yang sesat dan telah hidup di sebuah pulau yang jauh dari semua manusia dan kemajuan teknologi secara bersendirian. Dia bertemu Iselia dan kakanda-kakandanya yang merupakan ikan duyung. Marina dan rakan-rakannya itu memulakan...