#12

3.7K 227 6
                                    

Iselia sedar dari tidurnya. Pada masa yang sama, dia melihat Marina duduk di pintu gua. Dia pun bangun dan mendekatinya.

"Kenapa monyok je ni?" soal Iselia.

"Eh awak dah bangun?" tanya pula Marina, sedikit terkejut.

"Ya. Cakaplah, kenapa muram je ni?" tanya Iselia lagi.

"Saya.. Rindu nenek saya," kata Marina.

"Saya pun rindu ayahanda saya. Ni kali pertama, saya betul-betul jauh daripada dia," kata Iselia. Dia mengambil tempat di sebelah Marina.

"Saya rindu ibu saya.."

Marina memandangnya.

"Tapi awak masih ada ayahanda awak. Dan saya masih ada nenek saya," ujar Marina.

"Nenek awak mesti baik orangnya, kan?"

"Ya, semestinya.."

Asmisya dan Katrina pun sedar dari tidur mereka.

"Dah bangun ke kakanda-kakanda?" tanya Iselia. Katrina dan Asmisya menggeliat dan masih mamai.

"Korang borak apa kat sana tu? Pasal boyfriend eh?" tanya Asmisya.

"Mana ada! Adinda tak ada masa nak borak pasal benda macam tu," kata Iselia lalu ketawa.

"Tadi kakanda mimpi pasal ada duyung jantan yang kacak datang meminang kakanda," kata Katrina.

"Ya? Kalau saya pula, saya mimpi pasal betapa banyaknya barang kemas yang saya dapat kalau saya jadi pemerintah kerajaan," kata Asmisya.

"Gediknya!" ujar Katrina.

"Adinda pula mimpi pasal pengembaraan epik dan mencabar yang kita akan lalui nanti," kata Iselia.

"Marina?" tanya Katrina.

"Saya.. Mimpi pasal nenek saya," kata Marina, sedih.

Semua senyap. Keadaan jadi sepi.

"Tak apalah. Kita akan bawa awak pulang ke kampung awak dengan selamat," kata Asmisya.

"Okeylah kalau macam tu," balas Marina.

"Jom teruskan perjalanan ni. Ada banyak lagi yang kita kena hadapi lepas ni. Tabahkan diri ya, Marina? Kita pasti dapat sampai," kata Iselia.

"Baiklah."

Mereka pun terus berenang keluar dari gua dan terus ke hadapan.

Laut pada masa itu arusnya tidak deras dan cahaya matahari boleh menembusi permukaan laut sehingga ke dasar laut.

Mereka berenang sahaja mengikut arah yang dituju oleh Katrina.

"Cantik kan laut ni?"tanya Iselia kepada Marina.

"Ya. Memang cantik," jawabnya.

"Awak janganlah risau. Kita pasti akan sampai," kata Iselia.

Kelihatan ada ikan paus yang berenang di hadapan mereka.

"Ikan paus! Hati-hati! Ikut kakanda," kata Katrina. Dia berenang ke bahagian bawah ikan paus dan begitu juga Asmisya, Iselia dan Marina.

"Fuh.. nyaris-nyaris je," kata Asmisya.

"Ikan paus ni datang dari mana?" tanya Marina.

"Entah. Laut dalam kot," jawab Katrina.

"Maksudnya?" tanya Iselia.

Riak wajah Katrina berubah.

"Kalau paus tu datang dari laut dalam, maksudnya.."

"Kita sedang menuju ke laut dalam la," sahut Katrina.

DuyongWhere stories live. Discover now