#20

3.4K 208 3
                                    

Kapal semakin ditarik ke bawah. Semua yang ada di atas dimusnahkan dan kebanyakkan anak kapal telah ditelan hidup-hidup oleh raksasa samudera bertentakel sepuluh.

Varga.

Kapten Evans mengambil pedangnya yang menyembelih hujung tentakel kecil milik Varga. Dipotongnya dengan sepantas kilat dan apabila tentakel beracun itu cuba menyerangnya, dia dengan mudahnya mengelak.
Ragia masih hidup, dia menembak tentakel itu dengan jeritan, "Matilah kau, raksasa durjana!"

Meriamnya menembak dan meletupkan setiap tentakel yang cuba menghampirinya. Dia menjerit dengan lantang dan pada masa yang sama, cuba melindungi dirinya sendiri.

Hadid mengambil senapang dan menembak raksasa itu dari pelbagai arah. Dia memandang kapten kapalnya yang sedang bertarung, cuba memusnahkan raksasa itu.

Hadid memandang ke arah permukaan laut. Kelihatan wajah Varga, muncul dengan mulutnya terbuka. Laut dipenuhi dengan darah, ada anak kapal yang terjun dari kapal, menyelamatkan diri.

"Kapten! Macam mana nak kalahkan raksasa ni?" soalnya dengan suara yang kuat.

"Bunuhlah ia dengan segalanya!" ujarnya lalu terus mengerat satu- persatu tentakel Varga.

Hadid tidak mengerti apa yang dikatakan oleh kaptennya. Segalanya? Apa yang dimaksudkan dengan segalanya?

Dia mengingat semula pertemuan kaptennya itu dengan Ursula.

                          *****
Kapten Evans, Hadid, Ragia serta tiga orang anak kapal yang lain memasuki pintu gua yang luas itu. Gua Tengkorak, gua yang dihuni oleh Ursula, bomoh wanita yang dikatakan berkuasa. Memiliki segala barang mistik yang diperbuat dari pelbagai bahan yang sukar diperoleh.

Mereka berenam masuk ke dalam dengan berhati-hati. Keadaan gua itu amat gelap namun diterangi dengan obor yang bernyala di kiri dan kanan dinding gua.

Mereka terus masuk dan kelihatan ada cahaya terang di hujung, kelihatan seperti ada ikan duyung betina duduk di atas batu bersaiz besar.

"Siapa kau? Apa yang kau nak dari aku?" soal ikan duyung itu.

"Kau Ursula?" tanya Kapten Evans, masih menjaga keselamatannya.

Mata wanita itu terbeliak besar. Dia memandang kapten lanun itu dengan pandangan yang menakutkan.

"Manusia.. Apa kalian buat di sini? Hanya manusia yang berani mati sahaja yang berani berjumpa denganku," kata Ursula dengan suara yang ganas.

"Aku perlukan sesuatu dari kau," ujar Kapten Evans.

"Apa yang kau nak? Cinta? Kekuasaan? Kekayaan? Kapal baharu? Harta karun? Beritahulah aku," kata Ursula.

"Aku perlukan barang yang boleh membantu untuk mengesan Varga," katanya lagi.

"Varga? Buat apa kau mahu mengesannya? Cari ajal?" tanya Ursula dengan senyuman menyeramkan.

"Tak. Aku mahu jadi lanun agung. Aku mahu namaku dan nama Lanun Jin Temasik menjadi legenda dalam sejarah pemburuan raksasa," ujar Kapten Evans.

"HAHAHA.. Kau mahukan perhatian? Aku ingat kau perlukan benda yang teramat penting namun apa yang kau mahu hanyalah mencipta nama," kata Ursula lalu ketawa.

"Jangan banyak tanya. Aku perlukan apa-apa barang yang boleh mengesannya," kata Kapten Evans dengan nada serius.

"Sabar kapten. Kita bukan nak bergaduh, kita nak berurusan dengan bomoh. Jangan lupa tujuan kita," kata Hadid.

"Baiklah. Tapi kau tahu kan, setiap barang yang kau mahukan, perlulah kau gadaikan sesuatu yang aku nak," kata Ursula.

"Baiklah, kalau itu syaratmu," kata Kapten Evans sambil menganggukkan kepalanya.

Ursula membuka almari kayu yang ada di atas batu itu. Di dalamnya ada pelbagai barang mistik dan ajaib.

"Aku rasa benda ini berguna," kata Ursula lalu menghulurkan tin aluminium kepada Kapten Evans.

"Tin ini? Tin ini boleh bawaku bersemuka dengan Varga? Kau jangan main-main dengan aku, Ursula. Tak pasal-pasal aku kerat ekor kau!" jerit Kapten Evans.

"Siapa kata aku main-mainkan kau? Tin ini mempunyai mutiara yang dihasilkan oleh spesies tiram yang sudah pupus 20 tahun yang lepas. Kau ingat mudah untuk aku dapatkannya? Mutiaranya itu boleh menyerap segala bunyi atau getaran yang dihasilkan dalam laut. Kalau kau goncangnya, mutiara itu akan berbunyi. Sekiranya kuat, ada sesuatu yang bersaiz besar berada berdekatan. Sekiranya perlahan, ia akan jadi sebaliknya," kata Ursula.

"Ya? Mustahil," kata Kapten Evans.

"Aku tak kisah kau nak percaya atau tidak, kau mahu atau tidak tin itu? Itu sahaja barang yang boleh Varga dalam air," kata Ursula.

"Aku mahukannya. Jadi, apa yang perlu aku gadaikan untuk benda ini?" soal Kapten Evans.

"Bagi aku tiga bahtera besar, tidak kisah siapa pemiliknya, empat ratus nyawa anak dara yang kau ragut dan juga cecair beracun pada tentakel Varga," ujar Ursula lalu senyum jahat.

"Keterlaluan sungguh permintaan kau! Mustahil aku dapat menunaikannya," kata Kapten Evans dengan marah.

"Kau kata itu keterlaluan? Mutiara itu diperolehi lebih susah daripada bagaimana kau dapatkan ketiga-ketiga apa yang aku nak ini. Untuk dapatkan mutiara, aku terpaksa kurangkan jangka hayatku," kata Ursula.

Kapten Evans mengeluh.

"Baiklah aku akan dapatkan apa yang kau mahu tapi bukan sekarang atau bulan ini. Mungkin tahun depan, aku akan beri segalanya yang kau hendak," kata Kapten Evans.

"Baiklah. Aku setuju. Kalau kau mungkir janji, aku akan pastikan kebahagiaan takkan pernah wujud dalam kehidupan kau lagi," ugut Ursula.

"Satu benda lagi, Ursula."

"Apa lagi yang kau nak?"

"Bagaimanakah caranya untuk tewaskan Varga?" tanya Kapten Evans.

"Tadi kau mintak alat untuk mengesan kehadiran Varga dan sekarang kau mahu aku beritahu bagaimana hendak tewaskannya? Maaf, aku tiada apa-apa alat yang boleh digunakan untuk membunuhnya," kata Ursula.

"Aku ingatkan kau bomoh yang begitu hebat sehingga menjadi bualan ramai. Mari kita keluar dari tempat ini," arah Kapten Evans lalu melangkah keluar.

"Tunggu sebentar. Aku memang tiada alat untuk membunuh Varga namun aku tahu caranya," kata Ursula.

"Bagaimana?"

"Bunuhlah ia dengan segalanya."

Kapten Evans memikirkan maksud di sebalik kata-katanya itu.

"Maksudmu?"

"Dalam pertarungan nanti, barulah kau tahu apa yang aku maksudkan dengan segalanya," kata Ursula.

Mereka berenam pun keluar dari gua itu.

                         *****

"Bunuhlah ia dengan.. Segalanya," fikir Hadid. Dia memandang atmosfera perang yang dahsyat itu. Tentakel Varga terus menyerang dan dia tetap menembak. Setiap peluru yang diisi tidak disia-siakan.

"Ya Tuhan, Kau bantulah hambamu ini," ujar Hadid.

DuyongWhere stories live. Discover now