#13

3.5K 241 3
                                    

"Macam mana ni? Diorang dah perasan kita!" jerit Iselia.

"Korang pergi dulu. Biar kakanda uruskan," ujar Katrina.

Iselia dan Marina akur akan arahannya dan terus menyelam ke dalam laut.

"Wah! Kita dah dapat seekor, datang pula lagi seekor. Kira untunglah nasib kita hari ni," kata kapten itu.

Katrina hanya memendam geram.

Namun dia tenang.

"Nak tangkap dia jugak ke?" soal anak kapal itu.

"Mestilah! Guna jala tadi!" arah kapten kapal itu lagi.

Katrina hanya memandang dan..

"Semua yang kau lihat adalah benar...tanpa kau sedar..kasihku masih samar-samar, mungkin laut belum tercemar~"

"Sedapnya suara dia.." ucap kapten lanun itu.

Mereka semua bagaikan kaku sebentar. Semuanya terpukau akan kejelitaan dan kemerduan suara ikan duyung itu.

"Datanglah kepadaku.. Dekatlah dengan diriku~"

"Kapten, apa kata kita pergi dekat dengan dia?" tanya salah seorang anak kapal.

"Matilah kau," bisik hati Katrina.

"Kakanda.. Selamatkan saya.." bisik hati Asmisya.

Mereka keluarkan sampan dan terus naik atas sampan dan pergi ke permukaan laut.

Sampan itu dinaiki oleh empat orang anak kapal dan sampan mereka makin mendekati ikan duyung itu.

"Cantiknya dia," puji seorang anak kapal yang berjanggut.

"Dekatlah lagi~"

Mendengarkan suara itu, mereka semakin dekat dengan ikan duyung itu tanpa mengetahui apakah nasib yang bakal menimpa mereka berempat.

"Biarlah saya sentuh wajah awak dulu," kata anak kapal berjanggut itu lalu menyentuh pipi ikan duyung yang gebu itu. Wajahnya didekatkan dengan wajah ikan duyung itu dan bibir mereka semakin rapat.

Tiba-tiba mata Katrina berubah jadi biru kehijauan. Dia menarik anak kapal itu ke dalam laut.

"Warghh! Kembali ke kapal cepat!" jerit seorang anak kapal yang ada di atas sampan.

Pendayung mula mendayung sampan dengan pantas ke arah kapal.

"Semua anak kapal bersedia! Kita akan berhadapan dengan benda yang dahsyat," kata kapten kapal lalu mengambil senapangnya.

Kelihatan darah dan baju anak kapal berjanggut tadi timbul atas permukaan laut.

"Ya Tuhanku!" ucap salah seorang anak kapal atas sampan.

Asmisya cuba melepaskan diri.

Namun dia sudah dikurung dalam peti yang sudah dikunci.

"Naikkan kita orang cepat!" jerit si pendayung.

Namun begitu, sampan mereka dengan serta-merta diterbalikkan.

"Bersedia semua!"

Asmisya membaca mantera yang diajar oleh ibunya sewaktu kecil.

"Kalau kamu ditimpa bahaya, baca ayat ni," kata ibunya.

"Kabus mengawal udara.. Biar maut memilih mangsanya iaitu musuhku.. Lepaskan aku dari genggaman bahaya dan campak aku ke dalam lautan perlindungan," kata Asmisya.

Peti itu tidak sudah berkunci.

"Kapten!"

Kapten lanun itu tersentak. Anak kapalnya membuka peti tadi. Dia meluru ke arahnya.

Peti itu tidak berkunci.

Asmisya berjaya melepaskan diri.

"Macam mana.."

Tiba-tiba ada kabus muncul dan mengelilingi kapal itu.

"Saya rasa tak sedap hati la tuan," ujar anak kapalnya itu.

Mereka memandang kabus yang mengelilingi mereka itu.

"Apa lagi akan jadi lepasni?" fikir kapten kapal itu.

Kabus itu masih tidak hilang.

Mereka hanya menunggu apa bakal terjadi seterusnya.

Tiba-tiba ada bunyi meletup dan kapal mereka bergegar.

"Apa jadi ni?" tanya anak kapal.

"Kapten! Bahagian bawah kapal dah pecah," kata anak kapal yang datang dari bahagian bawah.

"Haa?!"

Ada bunyi wanita menjerit yang bergema di lautan luas itu. Mereka menjadi takut. Bulu roma mereka meremang.

Anak kapal mereka satu persatu hilang.

"Mana semua orang pergi?" tanya kapten kapal. Tinggal kapten kapal dan beberapa anak kapal yang lain yang masih atas di atas kapal.

"Biar maut memilih mangsanya iaitu musuhku.."

Suara itu kian bergema. Mereka semua tidak dapat berbuat apa-apa  kerana takut dan kabus itu telah mengaburi penglihatan mereka.

"Macam mana ni kapten?" tanya anak kapal yang berdiri di sebelah kapten kapal.

"Saya rasa.."

Anak kapal tadi hilang.

"Mana dia pergi?"

Dia sedar dan pergi tengok pada permukaan laut.

Ada banyak pakaian yang koyak-rabak dan lautan itu dipenuhi darah.

"Apa yang dah jadi?" soalnya. Dia memegang senapangnya erat.

Kapalnya terasa makin tenggelam.

"Aku kena selamatkan diri aku," bisik hatinya. Dia mengambil keputusan untuk ambil sampan yang kedua atas kapal dan terus mendayungnya jauh dari kapal dengan pantas.

"Aku kena pergi cepat," fikirnya.

Namun tuah tidak menyebelahinya.

Asmisya dan Katrina ada di hadapannya.

Sampan itu dihancurkan dan kapten kapal itu dilemaskan.

"Kakanda!" jerit Iselia lalu memeluk Asmisya.

"Macam mana kakanda boleh lepaskan diri?" soal Iselia lagi.

"Sebab bonda yang ajar cara-cara untuk lepaskan diri," kata Asmisya.

"Nasib baik tak ada kecederaan berlaku," kata Marina, menghela nafas lega.

"Baguslah, jom teruskan perjalanan. Kita tak boleh sesat lagi," ujar Iselia.

"Baiklah."

DuyongTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang