#3

5.7K 361 6
                                    

Marina perhatikan sahaja ekor ikan tersebut. Ia berenang-renang dalam laut biru itu dengan gaya yang indah. Terdapat kilauan pada ekornya.

"Ya Tuhanku, apakah itu?" tanya Marina. Dia memandang sahaja pergerakan ekor itu di tepi pantai.

Tiba-tiba ekor ikan tadi menghilang. Marina mencari ekor tadi.

"Ke mana ia pergi?" soalnya sendirian. Hatinya terasa ingin tahu.

"Hai.." Satu suara menyapanya.

Marina menoleh ke arah kanan. Dia memandang manusia yang berada di dalam air itu.

"Hai. Awak tinggal sini ke?" tanya Marina.

"Ya.. macam mana awak boleh sampai sini?" tanya manusia tersebut. Apa yang kelihatan hanyalah kepala manusia tersebut. Mungkin bahagian lain tenggelam di bawah laut.

"Entahla.. saya bangun je terus sampai sini," kata Marina dengan sedih. Dia duduk secara mencangkung dan memandang laut biru yang luas terbentang di hadapannya. Barangkali cuba mencari kenangannya.

Manusia tadi mendekati Marina.

Air laut itu amatlah bersih dan apa yang berada di bawah permukaannya pasti dapat dilihat dengan jelas.

Marina memandang manusia tadi.

Alangkah terkejutnya dia melihat separuh daripada badan manusia tersebut merupakan ekor ikan yang panjang.

Mungkinkah itu yang berenang di hadapannya tadi?

Marina pun menjauhkan diri.

"Awak ni apa?" tanya Marina dengan ketakutan.

"Awak pernah dengar perkataan duyung?" tanya manusia tadi.

"Duyung? Tu kan mitos? Mana wujud!" kata Marina.

"Habis tu? Saya ni apa? Jelas kan saya ni duyung?" tanya manusia tadi. Marina memandang ekor tadi dan mengelipkan matanya.

"Betul ke ni?" Marina seakan-akan tidak percaya akan makhluk itu.

"Nama awak siapa?" soalnya lagi.

"Saya.. saya.. Marina," kata Marina dengan tergagap-gagap.

"Nama saya Iselia. Panggil Lia je," kata ikan duyung itu tadi.

"Hai Lia. Awak tinggal kat mana?" tanya Marina.

"Saya? Saya tinggal kat bawah tu," kata Lia.

Dia menunjuk ke arah dasar laut yang dalam.

"Gulp! Betul ke apa yang saya nampak sekarang ni? Ikan duyung memang wujud? Ada berapa ramai duyung macam awak ni?" tanya Marina dengan pantas.

"Sabar Marina. Segala soalan awak akan dijawab tak lama lagi. Saya yakin awak perlukan tempat tinggal dan makanan," kata Lia lagi,menenangkan Marina.

"Tak apa.. saya dah jumpa gua dengan sungai tadi. Ada banyak pokok buah tadi. Tak ada masalah agaknya," kata Marina.

"Kat dalam hutan ni ada banyak binatang. Awak tak takut ke?" tanya Lia lagi.

Marina mula cuak. Dia dapat bayangkan wajah haiwan pemangsa dan haiwan liar yang hidup di dalam hutan itu.

"Saya kena buat apa?" tanya Marina sambil menggigil ketakutan.

"Jap.." Lia menyelam ke dalam laut. Marina pula menunggunya di tepi pantai.

Lia ternampak mutiara daripada mulut tiram yang terbuka luas.

Dia mencapainya dan menggengam mutiara itu erat.

Marina nampak Lia timbul di permukaan laut.

"Awak pegang benda ni. Kalau ada bahaya je, awak keluarkan benda ni," kata Lia lalu hulurkan mutiara tersebut kepada Marina.

"Apa benda ni boleh buat?" soal Marina.

"Awak tunggulah," kata Lia.

"Hmm.. saya rasa laparlah.Saya pergi dulu ya?" tanya Marina.

"Okey.. saya ada hal nak cakap dengan awak waktu senja nanti. Ambil benda ni," Lia hulurkan sesuatu pada Marina.

Marina mengambil loket itu daripada Lia.

Loketnya berbentuk bulat.

Loketnya berbentuk bulat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa pulak ni?"soalnya.

"Loket ni ada batu topaz yang berwarna kuning. Pandanglah batu yang ada kat tengah dan bila ia bertukar jadi biru, maknanya senja mulai menjelma," kata Lia.

"Okey.. nanti kita jumpa lagi, ya?" Marina meminta izin.

"Okey.. bye!" Lia terus hilang dalam air.

Marina hanya mampu memandangnya. Tidak sabar baginya untuk menunggu kejutan waktu senja nanti.

DuyongWhere stories live. Discover now