"Apa kita nak buat dalam ni, Lia?"soal Marina.
"Awak nak jumpa Ursula kan?" soal Iselia.
"Ya tapi..boleh ke kita jumpa dia nanti?"soal Marina lagi.
"Boleh tapi ada syarat-syaratnya yang seorang pelanggan tu kena ada,"kata Iselia.
Di atas mejanya terdapat pelbagai buku. Dia mencapai satu buku dan membukanya ke halaman muka surat yang dicari.
"Ha ni!"jerit Iselia.
"Apa dia?"
"Ursula adalah wanita penyihir yang mempunyai sakti yang melibatkan kuasa duyung dan fizikal mereka. Dia mengenakan syarat kepada pelanggannya sebelum berjumpanya iaitu.." dia membuka ke halaman seterusnya.
"Pertama,pelanggan tersebut perlu menerima segala risiko ataupun kesan daripada kuasa sihirnya. Sebagai contoh, ikan duyung yang inginkan kecantikan abadi perlulah terima bahawa jangka hayat mereka akan dikurangkan."
"Maksudnya?"tanya Marina.
"Kalau awak nakkan sesuatu awak mesti terima apa je yang berlaku pada diri awak dan tiada ganti rugi dapat dituntut daripada Ursula. Macam rumpai kuning ni,kita orang belikan untuk ganti ekor Asmisya yang cacat setelah diseksa oleh manusia,"kata Iselia.
"Jadi apa yang diorang kena gadaikan untuk tu?"soal Marina.
"Mak saya gadaikan nyawanya kepada Ursula kalau ekor Asmisya boleh pulih semula dan bila ekor dia dah sempurna, mak dah..."Iselia tidak sanggup untuk teruskan kata-katanya.
"Tak apalah kalau macam tu. Apa syarat seterusnya?"soal Marina yang memahami perasaan kawannya itu.
"Syarat kedua ialah..pelanggan yang dibenarkan hanyalah berjantina perempuan ataupun duyung betina,"katanya.
"Tu takde masalah. Lainlah kalau awak ni lelaki,"sindir Marina.
"Ish!" Iselia menepuk bahunya.
"Gurau je."
"Syarat ketiga ialah jangan panggil dia dengan nama Ursula. Panggilan yang dibenarkan ialah 'cik' dan 'puan' sahaja."
"Apa jadi kalau tersebut nama dia?"soal Marina.
"Sebut nama Ursula secara sengaja atau tidak sengaja, dia akan buatkan ekor seekor ikan duyung jadi berat dan tak mampu berenang serta tenggelam ke dasar laut yang paling dalam,"kata Iselia.
"Ada apa kat dasar laut paling dalam?" soal Marina lagi.
"Awak mesti tak nak tahu," kata Iselia dengan riak wajah cuak.
"Hmm..teruskan jelah,"kata Marina.
"Syarat terakhir ialah Ursula takkan layan pelanggan secara percuma. Kalau tak ada duit berbentuk syiling emas, pelanggan boleh dikerat ekornya dengan menggunakan kapak," kata Iselia.
Gulp! Marina menelan air liurnya.
"Ke..kerat?!"
"Relakslah. Keluarga diraja ada banyak duit syiling emas. Awak tak perlu risau sangat,"ujar Iselia.
"Betul ni? Saya takut kalau jadi apa-apa,"kata Marina.
"Takde apa."
Muka surat seterusnya menunjukkan gambar Ursula.
YOU ARE READING
Duyong
FantasyMarina merupakan gadis yang sesat dan telah hidup di sebuah pulau yang jauh dari semua manusia dan kemajuan teknologi secara bersendirian. Dia bertemu Iselia dan kakanda-kakandanya yang merupakan ikan duyung. Marina dan rakan-rakannya itu memulakan...