#15

3.5K 213 6
                                    

Nek Som memandang keadaan laut yang tidak pasang dari tangga rumahnya. Dia mengenang peristiwa ribut hari itu dan sering teringat akan Marina dan suaminya, Tuk Lang.

"Diorang masih hidup. Aku yakin," kata Nek Som sambil menatap wajah cucu perempuannya dalam bingkai gambar.

"Ya Tuhanku, seandainya cucuku masih bernyawa, Kau bawalah dia kepadaku dengan selamat. Amin," dia berdoa kepada Tuhan Maha Menguasai.

Nek Som yakin yang cucunya masih hidup kerana nalurinya yang sering mengiyakan bahawa Marina masih hidup.

"Apa yang kau menungkan tu, Som oi?" tanya Timah, yang sedang menjunjung sebaldi susu atas kepalanya.

"Eh, Timah! Kau nak ke mana tu, dengan sebaldi susu atas kepala? Kang tumpah, kan dah rugi," kata Nek Som.

"Heh, aku tanya kau dulu, boleh pula kau tukar topik. Aku ni sebenarnya nak ke pasar sana, nak bekalkan susu ni untuk Mak Habsah yang meniaga kuih kat sana tu. Kau jangan risaulah, baldi ni gerenti takkan jatuh. Ini Timahlah, dari kecil dah junjung sebaldi kain basuhan tau," kata Timah dengan megah sekali.

"Haa.. Kau ni memang.. Ikut perangai mak kau. Suka junjung barang-barang," kata Nek Som.

"Perli nampak? Apapun, apa yang buat kau menungkan ni?" tanya Timah lalu duduk di atas anak tangga paling bawah.

"Hmm.. Apa lagi? Tunggu cucu aku baliklah," kata Nek Som dengan nada sayu.

"Kau masih tak putus harap kan? Dah bertahun-tahun kau mengharap dia balik lepas kejadian ribut hari tu. Kau kena terima kenyataan yang cucu kau.."

"Cucu aku masih hiduplah Timah!" kata Nek Som, dengan nada lantang. Matanya membuntang.

"Aku bukan nak cakap yang dia dah mati. Tengoklah diri kau ni, cepat marah dan diri sendiri pun tak terurus elok. Aku rasa kau kenalah belajar hidup tanpa Marina. Memang tak mustahil dia masih hidup tapi sampai bila kau nak terus tunggu dia dalam keadaan macam ni ha, Som?" soal Timah, prihatin.

"Entahlah Timah. Mungkin ada betul jugak kata-kata kau tu," kata Nek Som.

"Apapun kalau betul Marina tu masih hidup, kau mintaklah pada Tuhan agar dia dapat pulang ke kampung ni dengan selamat," ujar Timah.

"Baiklah Timah. Terima kasihlah atas nasihat kau tu," ujar Nek Som.

"Mak Timah! Nek Som!" jerit seorang pemuda yang berlari ke arah mereka berdua.

"Apa ni Said? Kenapa lari laju-laju macam ni? Kang jatuh kaki patah macam mana?" tanya Nek Som.

"Dengar tak khabar angin yang tersebar kat kampung ni?" tanya Said, gusar.

"Ha? Khabar angin apa? Kita orang tak tahu pun," kata Timah pula.

"Ni, lanun nak datang kat kampung kita," kata Said.

"Lanun? Diorang nak curi apa pulak?" tanya Nek Som.

"Bukan curi. Tahu tak hari ni hari apa?" tanya Said lagi.

"Hari Rabulah," jawab mereka berdua serentak.

"Bukan! Hari ni sebenarnya hari ke-99 sebelum kemunculan raksasa Varga datang menyerang kampung ni lagi," kata Said. Kata-katanya membuatkan mereka berdua risau.

"Varga tu bukan mitos ke? Mana ada raksasa laut yang bertaring dan berkaki sepuluh?" tanya Timah, hairan.

"Itulah. Saya pun pelik ni. Lanun tu datang nak hapuskan raksasa tu la. Raksasa tu, kalau berjaya tangkap, memang kalau jual, mahal tau! Cecair pada kaki dia yang panjang lagikan besar tu boleh buat penawar untuk kanser kulit!" kata Said.

"Kau biar betul? Aku dengar cecair dia tu beracun, mana pulak boleh buat ubat?" tanya Nek Som pula.

"Betullah! Walaupun beracun tapi kalau letak air mata duyung dengan kulit dugong, boleh buat ubat!" kata Said lagi.

"Ya ampun. Mana pulak nak dapat air mata duyung dengan kulit dugong? Mengarut la kepercayaan manusia sekarang," kata Timah.

"Duyung tu tak wujud lepastu dugong pula hampir pupus, apakan gila ke nak buat? Memang berani mati la lanun-lanun tu," kata Nek Som.

"Lanun tu pernah terserempak dengan duyung tau!"

"Lanun tu saja reka cerita kot, konon nak buktikan diorang kuat," kata Timah.

"Tak kisahlah apa korang berdua nak cakap tapi lanun-lanun tu dah ada kat pelabuhan. Jomlah, diorang tengah berbincang dengan ketua kampung tu," kata Said.

"Hmm baik kita tengok apa yang berlaku," cadang Nek Som.

"Betul jugak tu. Orang kat pasar pun mesti sibuk tengok perbincangan antara lanun dengan ketua kampung kita tu," ujar Timah pula.

"Jomlah cepat, apa tunggu lagi?" soal Said. Mereka bertiga pun bergegas ke pelabuhan.

Kelihatan di pelabuhan kampung mereka yang luas itu, ada ramai orang dan juga kapal lanun dengan bendera tengkoraknya di atas laut. Entahlah apa yang dibincangkan itu.

DuyongWhere stories live. Discover now