Kulitnya terasa kasar.
Dia baring di atas pasir pantai.
Dia buka kedua-dua matanya luas.
"Aku kat mana ni?" soalnya sendiri. Dia perlahan-lahan bangun dan berdiri di tepi pantai. Dia memandang keadaan di sekelilingnya.
"Tuk Lang? Nek Som?" jerit Marina. Lengan dan wajahnya dipenuhi pasir. Hatinya risau dan apa yang berada dalam mindanya hanyalah Tuk Lang dan Nek Som.
Dia terus menyebut-nyebut nama kedua-dua orang tua itu. Marina berjalan sendirian ke dalam hutan belantara di atas pulau itu.
"Aku kat mana ni sebenarnya?" dia tidak habis-habis memikirkan hal dirinya.
Dia cuba memanggil sesiapa sahaja namun tiada apa pun yang menjawabnya.
Dia terjumpa sebuah gua di satu kawasan yang luas,kaya dengan sumber semula jadi seperti pokok pisang dan sungai.Ada juga pokok cili,terung dan ubi keledek.Namun tiada sesiapa atas permukaan pulau itu bersamanya.
"Aku akan tinggal kat sini sahaja. Rasanya aku akan selamat di sini," fikir Marina lagi. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Tuhan Maha Pelindung.
"Ya Tuhanku, kau lindungilah aku dari semua bahaya dan kau temukanlah dengan sesiapa sahaja yang boleh selamatkan aku dari tempat ini. Aku teringin sangat mahu berjumpa nenek," doanya.Suaranya dijelaskan kerana Marina mahu Tuhan mendengar doanya dan tunaikan apa yang dihajati.
Dia mengambil buah pisang dari pokok itu dan makan. Haiwan pun tiada di hutan itu. Dia sebenarnya di mana?
"Tolonglah.. Sesiapa je tolong selamatkan aku," bisik hati kecilnya. Usianya terlalu muda untuk berada jauh dari kedua-dua orang tuanya.
Dia mengambil air sungai yang jernih itu dan meminumnya.
"Air ini sungguh bersih. Lebih bersih daripada air di kampung," ujarnya. Dia terus minum air itu.
Tekaknya terasa haus dan dahaga sekali. Mujurlah ada sungai yang berdekatan dengan gua itu.
"Tempat yang indah seperti ini tiada penghunikah?"fikirnya.
Dia tidak melihat mana-mana kelibat di atas permukaan pulau itu sejak dari tadi. Mungkinkah dia keseorangan di atas pulau itu?
"Hmm.. baik aku pergi ke pantai. Manalah tahu ada orang di situ sekarang," fikirnya lagi. Marina terus berlari ke arah dia datang. Pantai itu disusuri pasir kuning keemasan yang memanjang. Di hadapannya adalah laut biru yang luas terbentang.
Matanya sejuk apabila memandang atmosfera yang indah itu.
Sehinggalah muncul ekor ikan yang panjang di situ.
YOU ARE READING
Duyong
FantasyMarina merupakan gadis yang sesat dan telah hidup di sebuah pulau yang jauh dari semua manusia dan kemajuan teknologi secara bersendirian. Dia bertemu Iselia dan kakanda-kakandanya yang merupakan ikan duyung. Marina dan rakan-rakannya itu memulakan...