#7

4.9K 289 10
                                    

Dengan izin Asmisya dan Katrina,Iselia dibenarkan berjumpa dengan Marina walaupun tanpa pengetahuan ayahanda dan adik-beradik lain.

Bulan demi bulan berlalu. Marina masih lagi terperangkap di atas pulau itu. Namun dia gembira kerana ada Iselia dan juga kini dia dapat sesuaikan diri dengan alam flora dan fauna.

Umur Iselia dan Marina semakin meningkat. Lama-kelamaan, Marina menjadi lebih tinggi dan Iselia lebih jelita. Mereka berdua berada dalam alam remaja.

"Hai Marina!"seperti biasa Iselia akan menyapa Marina sebaik sahaja muncul di permukaan laut.

"Hai Lia. Lama saya tunggu awak,awak pergi mana?"tanya Marina.

"Sorrylah,tadi ada hal dengan kakanda saya,"kata Iselia.

"Tak apalah..kenapa awak nak jumpa saya ni?"tanya Marina lalu duduk di atas pasir pantai.

"Macam ni..saya nak tanya, awak dah lama duduk atas pulau ni, mak ayah awak tak risau ke?" soal Iselia. Marina tersentak.

Dia memejam matanya barangkali mencari memori lamanya.

"Mak dan ayah saya dah..lama meninggal,"kata Marina dengan nada perlahan.

"Oh..saya minta maaf. Saya tak.. tahu,"kata Iselia.

"Tak apa,nenek dan atuk saya yang jaga saya,"kata Marina.

"Dah lama saya nak tanya soalan ni pada awak,macam mana awak boleh ada kat sini?"tanya Iselia lagi.

"Taufan."

"Taufan?Maksud awak?"tanya Iselia.

Marina pun menceritakan tentang kejadian taufan yang berlaku di kampungnya sehingga menyebabkan dia terpisah daripada atuk dan neneknya.

"Oh..awak tak nak balik ke?" tanya Iselia.

"Balik?Macam mana saya nak balik?"tanya Marina pula.

"Awak boleh jadi duyung macam saya. Kita akan berenang ke kampung awak!"cadang Iselia.

"Macam mana saya nak jadi duyung sedangkan saya manusia?"tanya Marina dengan nada hairan.

"Jap.."Iselia pun berenang ke dasar laut dan bertemu kakanda Asmisya dan Katrina.

"Eh sekejapnya?"tanya Asmisya yang sedang menyikat rambut.

"Tak..Iselia nak mintak sesuatu," kata Iselia.

"Mintak apa?"tanya Katrina.

"Rumpai laut yang warna kuning tu ada lagi tak?"

Kedua-dua kakandanya terkejut.

"Nak buat apa?Iselia kan duyung tak payah benda tu,"kata Asmisya.

"Tapi Iselia nak hantar Marina balik rumah dia,"katanya.

"Bukan Marina tinggal kat sini?" tanya Katrina.

"Tak. Kan hari tu dah kata, Marina terdampar kat pulau tu," kata Iselia. Katrina hanya angguk.

"Nah ambillah,"kata Asmisya sambil menghulurkan rumpai laut berwarna kuning.

"Terima kasih kakanda,"ucap Iselia.

"Tunggu dulu!"kata Katrina.

"Apa dia?"

"Adinda tak boleh hantar Marina seorang diri. Adinda dan Marina tak tahu apa-apa tentang kehidupan di luar dunia ikan duyung ni,"kata Katrina.

"Habis tu?Apa yang Iselia kena buat?"tanya Iselia.

"Biar kakanda Asmisya dan akak sendiri temankan."

DuyongWhere stories live. Discover now