Two

429 21 1
                                    

 Perabot seperti sofa, meja makan dan kabinet ditutup dengan kain putih. Katil di bilik utama dan di bilik Eunseo disusun dengan kemas. Eunseo hanya membawa pakaian dan peralatan sekolahnya saja untuk tinggal di rumah Eunwoo. Mereka berdua masuk ke bilik Eunseo yang berada di tingkat atas. Eunwoo berdiri di tepi tingkap. "Jadi kalau awak berdiri kat sini, awak boleh nampak saya la ye?" soal Eunwoo. Eunseo hanya mengangguk. Bilik Eunseo betul-betul bertentang dengan bilik Eunwoo. "Dahla jom balik. Dah senja ni" arah Eunwoo. Eunseo hanya mengangguk. Dia terus bangun dari katil dan terus keluar. Eunwoo pula ternampak sesuatu di atas lantai. "Eunseo, ni diari awak ke?" Eunwoo menunjukkan sebuah buku diari berwarna merah jambu kepada Eunseo. "Ha'ah! Mana awak jumpa ni? Jenuh saya cari haritu tapi tak jumpa" terang Eunseo. "Saya jumpa bawah katil. Dah jom balik" kata Eunwoo. Mereka berdua pun pulang ke rumah. Pada waktu tengah malam, selepas Eunseo menyiapkan kerja sekolahnya, dia mengambil keputusan untuk membaca semula diarinya.

Dia sendiri lupa apa yang ditulis kerana sudah lama dia tidak menulis diari. Dia membaca diari yang dicatatnya beberapa bulan dahulu sambil tersenyum. Sedang asyik dia leka membaca diarinya, dia terkejut besar membaca ayat ini [7/3/2016 2.05pm aku ternampak accident depan mata. Ada sebuah lori secara tak sengaja terlanggar seorang pejalan kaki. Kepalanya putus dan darahnya terpercik kena aku]. "Tu...tunggu dulu... 7/3 /2016 esok tapi camne boleh dah tertulis dekat sini.." Eunseo mula panik. Dia terus mencampakkan diarinya dan terus tidur. 7/3/2016, pukul 2 pm; "Awak tunggu kat luar dulu. Saya kena hantar buku-buku ni jap" pinta Eunwoo. Mereka pergi ke sekolah bersama-sama dengan menaiki kereta. Eunseo menunggu Eunwoo di luar pagar. Tepat 2.05pm, ada pejalan kaki yang hendak seberang jalan tiba-tiba dilanggar lori dengan kuat. Kepalanya terputus dan darah pula terpercik terkena Eunseo. Eunseo mula kaku sebab terkejut besar. Keadaan mula jadi hura-hara. Mujurlah Dayoung, rakan sekelas Eunseo menenangkannya.

 Eunwoo baru sahaja keluar dari pagar sekolah terkejut melihat keadaan Eunseo yang berdarah. Dia mula panik. "Awak okay ke? Kenapa ni? Apa yang berlaku? Kenapa baju awak penuh dengan darah?" bertalu-talu Eunwoo menyoal Eunseo. Eunseo menceritakan kemalangan yang berlaku dengan lebih terperinci. Tidak lama kemudian, Inseong pun tiba. "Kenapa ni Eunseo? Apa yang dah berlaku?" Inseong mula panik. "Eloklah kau ada kat sini. Kau teman Eunseo jap. Aku kena balik rumah ambik tuala dan baju Eunseo. Dia tak boleh balik dalam keadaan camni. Dia kena mandi kat sini jugak" terang Eunwoo. Dia terus meninggalkan Eunseo dan Inseong. Eunseo pula menceritakan apa yang berlaku pada Inseong. "Syukurlah awak tak apa-apa. Sementara tunggu Eunwoo, baik awak bersihkan pakaian awak sikit2 supaya takde bau hanyir darah nanti" cadang Inseong. Dia menemani Eunseo ke tandas. Dia menunggu di luar tandas. Eunseo pula membersihkan bajunya sedikit demi sedikit. Eunseo memandang cermin dan mula teringat sesuatu. "Nanti dulu...accident tadi tu sama mcm dalam......"

"Eunseo, awak okay ke kat dalam tu?" jerit Inseong. Suara Inseong menghentikan lamunan Eunseo. Eunseo keluar dari tandas sambil melemparkan senyuman manis pada Inseong. "Inseong! Eunseo! Kat sini korang rupanya" kata Eunwoo yang baru tiba bersama tuala, pakaian dan sabun untuk Eunseo. "Sabun pun kau bawak Eunwoo? Kau ingat sekolah ni hotel ke?" Inseong mula ketawa. Eunwoo tidak mempedulikan Inseong. "Awak pergi mandi, bersihkan diri dan pakai baju ni. Kitorang tunggu awak kat luar ni jangan risau" arah Eunwoo. Dia memberikan tuala, pakaian baru dan sabun kepada Eunseo. Eunseo masuk ke dalam tandas semula. Eunwoo dan Inseong menunggu di luar tandas. "Pelik, aku tengok si Eunseo tu okay je, takde trauma apa-apa pun. Dia siap boleh senyum lagi tadi" Inseong bersuara. "Kejadian tu memang terjadi depan mata dia tapi dia dah biasa kot. Maksud aku dia sendiri pernah accident so dia tahulah cara-cara nak tenangkan diri" Eunwoo membuat andaian. Inseong hanya mengangguk. Pada malam hari yang sama, Eunseo memeriksa kembali diarinya. "Aikk, dah hilang? Pagi tadi ada je" Eunseo hairan melihat peristiwa yang tercatit mengenai kemalangan tadi tiba-tiba hilang.

The Diary [Malay FF]Where stories live. Discover now