Four

279 21 0
                                    

Tiba-tiba, dia ternampak seorang pak cik tua yang memegang cangkul mengetuk tingkap itu. Guruh berdentum kuat sekali lagi. Eunseo menjerit dan terus memeluk Eunwoo sekali lagi. "Kenapa ni Eunseo?" soal Eunwoo hairan. "Tuuu...tuu... kat tingkap tuu" kata Eunseo sambil menunjukkan ke arah tingkap. "Tingkap? Takde apa pun. Dah jom kita ke depan" Eunwoo terus membawa Eunseo ke ruang tamu. Eunseo melihat jelas wajah dan susuk tubuh pak cik itu. Dia agak trauma ketika itu. Dia menceritakan hal tersebut pada Eunwoo. "Tu mungkin imaginasi awak je. Kalau betul pun, mungkin ada pak cik penggali kubur kebetulan lalu kat jalan belakang sebab nak cepat" Eunwoo menyakinkan Eunseo tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. "Tapi dalam diari tu tulis....." Eunseo terlepas cakap. Eunwoo hairan. Malam itu, selepas ibu dan bapa Eunwoo pulang, Eunseo mengambil keputusan untuk tidur awal selepas bekalan elektrik kembali pulih. Eunwoo pula berada di bilik dan bertungkus-lumus menyiapkan kerja kursusnya.

Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. "Diari? Apa kena mengena diari dengan kes tadi?" Eunwoo bermonolog sendirian. Selepas ibu dan bapanya tidur, Eunwoo mengambil keputusan untuk masuk secara senyap-senyap ke bilik Eunseo bagi mendapatkan diari tersebut. Mujurlah Eunseo tidur begitu lena sekali dan Eunwoo berjaya mendapatkan diari tersebut. Segera dia menyelak diari tersebut. [10/3/2016 5.30pm Kitorang bertiga keluar shopping. Tiba-tiba Eunwoo hampir dilanggar kereta. Nasib baiklah Inseong sempat selamatkan dia. Malangnya, Inseong pula yang cedera] Eunwoo terkejut. "Tunggu kejap... kejadian ni belum berlaku lagi. So mesti Eunseo saja tulis camni haihh budak ni" Eunwoo cuba bersangka baik. Dia meletakkan semula diari Eunseo di atas meja belajarnya. Keesokan paginya, di dalam kelas, Eunwoo asyik termenung memikirkan apa yang bakal berlaku pada dirinya. "Bro, petang ni teman aku pergi kedai buku. Aku nak beli buku rujukan Sejarah ahh" pinta Inseong. "Ok no hal" balas Eunwoo ringkas. "Ajak Eunseo sekali ehh. Pukul 5 nanti aku jemput korang kat depan rumah" kata Inseong lagi. Eunwoo hanya mengangguk. Petang itu, Inseong menjemput Eunwoo dan Eunseo untuk ke gedung buku itu.

 Eunseo yang gemar membaca novel memang berasa teruja apabila pergi ke gedung buku. "Mana Eunseo?" soal Inseong sebaik sahaja selesai membeli buku rujukan. "Kat dalam tu ha. Biasalah dia kalau pergi kedai buku, semua buku dia nak beli" balas Eunwoo. "Btw bro, asal kau nampak lain macam je harini? Dari pagi tadi aku perasan kau asyik termenung je" kata Inseong. "Sebenarnya, semalam aku ada baca diari Eunseo. Dalam diari tu ada tulis...." belum sempat Eunwoo menghabiskan ayatnya, Eunseo tiba-tiba muncul. "Awak...awak baca diari saya?! Sampai hati awak Eunwoo...sampai hati.." Eunseo kecewa dengan sikap Eunwoo yang dianggap telah menceroboh privasinya. Dia terus melintas ke seberang. "Eunseo tunggu!" Eunwoo cuba mengejar Eunseo tapi tiba-tiba ada kereta menuju ke arahnya. "Eunwooo!!!" Inseong terus menyelamatkan Eunwoo sepantas kilat. Dia menolak Eunwoo ke tempat yang selamat. Malangnya, dia pula tercedera. "Inseong!" jerit Eunseo. Eunwoo segera menelefon ambulans. Di hospital, doktor masih merawat kecederaan Inseong, Bahunya calar-balar dan terluka teruk. Mujurlah kecederaan yang dialami Inseong tidak serius.

Eunwoo menunggu di luar dengan perasaan serba-salah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. "Kejadian yang ditulis dalam diari Eunseo tu betul-betul berlaku tapi mustahil Eunseo boleh meramal masa depan" Eunwoo bermonolog sendirian. Eunseo pula masih merajuk dengan Eunwoo tapi pada masa yang sama dia berasa bersalah terhadap Inseong. Inseong dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai menerima rawatan. Malam itu, Eunwoo menghubungi Inseong untuk mengetahui keadaannya. <Jangan risau ahh bro. Aku okay je. Cuma cedera sikit je> kata Inseong. <Esok kau datang sekolah tak? Sorry bro, pasal aku, kau pulak yang cedera> Eunwoo meminta maaf. <Tak. Aku dapat mc. Takpe bro. Benda dah jadi. Bukannya salah kau pun. Btw tadi kau nak cakap apa kat aku? > soal Inseong pula. Eunwoo memberitahu Inseong mengenai diari Eunseo. <So maksud kau apa jadi petang tadi ada kena mengena dengan diari Eunseo la?> Inseong terkejut. <Ya> balas Eunwoo ringkas. Inseong hanya mendiamkan diri seketika. <Takpelah nanti aku siasat sendiri benda ni> kata Eunwoo. Eunwoo menamatkan perbualan.

The Diary [Malay FF]Where stories live. Discover now