Five

257 22 0
                                    

Eunwoo terus pergi ke bilik Eunseo. Dia ingin meminta maaf dan bercakap mengenai perkara yang berlaku. "Eunseo, awak masih marah kat saya ke?" lembut suara Eunwoo menyapa Eunseo. Eunseo masih merajuk dengan Eunwoo. Dia langsung tidak memandang Eunwoo. "Sorry Eunseo sebab saya baca diari awak tanpa izin. Sebenarnya saya curious dengan apa yang berlaku. Apa yang jadi petang tadi sama dengan apa yang awak tulis dalam diari awak" terang Eunwoo. Eunseo terkejut. "Betul ke?" soal Eunseo ringkas. Eunwoo hanya mengangguk. Kemudian Eunseo menceritakan perkara yang menimpa dirinya selama tiga hari ini. "Jadi memang bukan awak yang tulis tu? Maknanya benda yang ditulis dalam tu akan berlaku betul2" kata Eunwoo. Eunseo terus memeriksa diarinya. "Takde apa pun" kata Eunseo. "Cer awak tulis apa yang akan berlaku esok. Mana tahu jadi kenyataan" kata Eunwoo. "Nak tulis apa?" soal Eunseo. "Tulis [Cikgu Sera tak datang harini. Tak tahulah kenapa]" cadang Eunwoo. Eunseo terus menulis perkara tersebut. "Okay kita tunggu esok dan tengok apa yang bakal berlaku" kata Eunwoo.

Dia yang duduk bersebelahan di atas katil bersama Eunseo terus bangun tetapi Eunseo sempat memegang tangan Eunwoo. "I'm sorry Eunwoo. Pasal saya, awak hampir dilanggar dan Inseong pulak yang tercedera" kata Eunseo. "It's okay. Salah saya jugak. Benda dah berlaku pun. Saya balik bilik dulu ye" kata Eunwoo sambil tersenyum. Keesokan paginya, pelajar-pelajar 6Cosmic1 menunggu kehadiran guru kelas mereka, Cikgu Sera. "Inseong takde, Cikgu Sera pun tak datang haihh bosannya" keluh Eunwoo. "Berita buruk! Cikgu Sera accident!" kata Bona, rakan sekelas Eunwoo yang baru sahaja pulang dari bilik guru. Eunwoo dan Eunseo terkejut besar dan mula teringat sesuatu. "Eunseo, awak bawakkan diari tu?" soal Eunwoo. Eunseo terus menghulurkan diarinya. [11/3/2016 9.10 am Cikgu Sera tak datang harini. Tak tahulah kenapa. 10 minit kemudian, barulah aku tahu yang Cikgu Sera accident. Nasib baiklah dia tak cedera teruk] Eunwoo terkejut. "Eunseo, kan semalam saya suruh awak tulis [Cikgu Sera tak datang harini. Tak tahulah kenapa] je. Mana datang tarikh, masa dan punca ni pulak?" Eunwoo hairan.

"Saya tulis apa awak suruh tu je lah. Mana ada saya tulis tarikh, masa dan punca tu. Janganlah marah" kata Eunseo. "Saya tak marahlah. Cuma terkejut je. Takpe petang ni kita melawat Cikgu Sera dan bawak Inseong sekali" cadang Eunwoo. Petang itu, selepas melawat Cikgu Sera di hospital. Eunwoo, Eunseo dan Inseong singgah sebentar di café berdekatan. Mereka membincangkan mengenai diari Eunseo. "So apa yang kita patut buat skrg?" soal Inseong. "Aku tak tahu. Diari ni milik Eunseo. Aku tak berhak membuat keputusan" balas Eunwoo. "Aku rasa kita kena bakar diari ni. Kita dah takde pilihan lain. Risau pulak kejadian lebih pelik bakal berlaku" Inseong memberi cadangan. Eunseo terkejut. "Saya setuju dengan cadangan Inseong tu. Awak macam mana Eunseo?" soal Eunwoo pula. Eunseo masih buntu. "Saya tahu diari tu penting bagi awak tapi nyawa kita semua, nyawa orang yang awak sayang lebih penting. Awak mesti tak nak benda buruk berlaku kat kami kan?" kata Inseong dengan lemah lembut. Eunseo berfikir seketika. Dia bersetuju untuk membakar diari tersebut.

"Baiklah skrg jugak kita bakar diari tu. Aku tahu tempat yang sesuai" kata Eunwoo. 30 minit kemudian mereka bertolak menuju ke hutan di jalan lama. "Jalan ni....jalan ni...." Eunseo tiba-tiba teringatkan sesuatu. "Ok kita dah sampai ke tempat yang sesuai. Inseong, bak lighter" kata Eunwoo. Inseong memberikannya lighter. Eunseo pula masih memeluk erat diarinya. "Sorry Eunseo but we have to do this" kata Eunwoo. Eunseo terus menghulurkan diarinya. Eunwoo terus menyalakan lighter dan membakar diari Eunseo serta merta. Api marak menjilat diari Eunseo perlahan-lahan. Mata Eunseo yang besar menjadi sayu melihat diarinya dibakar. "Harap-harap semua kegilaan ni berakhirlah" Inseong bersuara. "Dahla jom balik. Hari makin gelap" kata Eunwoo. "Korang pergi dulu ye. Saya nak ikat tali kasut" Eunseo berhenti seketika untuk mengikat tali kasutnya. Sedang asyik dia mengikat tali kasut, dia terasa bagai ada seseorang memerhatikannya dari belakang. Meremang bulu roma Eunseo. Dia segera mendapatkan Eunwoo dan Inseong. Di dalam kereta, Eunwoo menyatakan ideanya untuk membawa mereka berkelah di Sungai Han. "Okay jugak tu. Bolehla kita release tension sikit. Awak pulak macam mana Eunseo?" soal Inseong.

The Diary [Malay FF]Where stories live. Discover now