Ten

213 20 0
                                    

"Jadi untuk pastikan teori selang sehari ni betul, kita kena teruskan siasatan la nampak gayanya" kata Inseong. "Yes betul tu. Aku akan sentiasa perhatikan gerak geri Eunseo mulai harini. Tapi kau kena tolong aku jugaklah. Kalau kau takde, memang susahlah aku nak baca diari dia" kata Eunwoo. Inseong hanya tersenyum. Malam itu, Eunwoo mula terfikirkan sesuatu. Dia terus menghubungi Inseong. Pagi itu, seperti kebiasaannya, Eunwoo dan Eunseo pergi ke sekolah dengan menaiki kereta. "Aik awak nak pergi mana ni?" soal Eunseo hairan. "Ambik Inseong. Lupa nak bagitahu awak yang motor dia rosak. So harini dia tumpang kita" terang Eunwoo. Eunseo hanya mengangguk. Mereka tiba di rumah Inseong tidak lama kemudian. Sebenarnya, Eunwoo dan Inseong merancang sesuatu malam semalam. Motor Inseong sebenarnya tidak rosak. Itu cuma sebahagian daripada rancangan mereka berdua. Selepas tamat waktu sekolah, Eunwoo membawa Inseong dan Eunseo ke suatu tempat. "Ehh, rumah Inseong kan sebelah sana? Kenapa ikut jalan ni pulak?" Eunseo hairan.

"Alang-alang Inseong dah ada sekali, apa salahnya kita pergi ke pantai jap" kata Eunwoo. Eunseo teruja mendengar perkataan pantai. "Kau gile ke apa bawak kitorang pergi pantai time2 camni" kata Inseong sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. 8 minit kemudian, mereka pun tiba di sebuah pantai. "Berangin betul kat sini" kata Inseong. "Kan? Sekarang memang panas tapi suasana kat pantai ni memang berangin" jelas Eunwoo. "Ala rugilah tak bawak handphone, kalau tak boleh tangkap gambar" keluh Eunseo. "Nahh pakai handphone saya" Eunwoo menyerahkan telefon bimbitnya kepada Eunseo. "Berani kau bawak handphone pergi sekolah" perli Inseong. "Aku simpan siap-siap handphone ni dalam keretalah. Kalau bawak motor memang takde tempat nak sorok handphone" sindir Eunwoo. "Aku pulak yang terkena" kata Inseong. Mereka berdua hanya ketawa. Eunseo tersenyum memerhatikan gelagat mereka berdua. "Eunseo, awak rakam kitorang berdua lumba dari situ sampailah sana. Siapa kalah dia kena drive nanti" cadang Eunwoo. Eunseo bersetuju. "Baiklah... 1 2 3!" jerit Eunseo. Eunwoo dan Inseong pun berlumba lari. Keputusannya, Eunwoo menang dan Inseong terpaksalah memandu pulang.

20 minit kemudian, mereka pun bertolak pulang. "Haihh sadisnya kena drive kereta orang untuk balik ke rumah sendiri" rungut Inseong. "Sekali sekala bro" Eunwoo ketawa. Eunwoo duduk di belakang bersama Eunseo. Mereka berdua melihat semula gambar-gambar dan rakaman tadi. Entah mengapa Inseong tiba-tiba berasa cemburu melihat mereka berdua. Mereka pun tiba di rumah Inseong tidak lama kemudian. "Thanks ahh bro kau dah jimatkan tenaga aku" kata Eunwoo. Inseong hanya tersenyum sinis. Eunwoo dan Eunseo pun pulang ke rumah. Keesokan harinya, sebelum aktiviti koko bermula, Eunwoo pulang ke rumah sebentar. "Inseong, awak nampak Eunwoo tak? Tadi saya ternampak dia kat bilik guru tapi lepas tu hilang ntah ke mana" soal Eunseo. "Ohhh saya lupa nak bagi tahu awak. Dia balik ke rumah jap sebab terlupa nak hantar draf kedua kerja kursus. Cikgu nak tengok harini jugak. Sebab tu dia rush" terang Inseong. Eunseo hanya mengganguk. Sebaik sahaja tiba di rumah, Eunwoo terus naik ke atas. "Aik Eunwoo? Awal balik harini" sapa ibunya.

"Eunwoo tertinggal draf kerja kursus. Cikgu nak tengok harini jugak. Kang Eunwoo pergi sekolah balik" terang Eunwoo. "Mama ingat Eunwoo ponteng Koko harini. Nak makan ke minum ke ambik je kat dapur. Mama nak mandi jap" kata ibunya. Eunwo terus ke biliknya untuk mengambil telefon bimbit dan draf kerja kursus. Dia kemudiannya curi-curi masuk ke bilik Eunseo dan membaca diarinya sekali lagi. "Aku dah agak..." Eunwoo menjumpai bukti yang penting. Dia terus mengambil gambar diari yang ditulis Eunseo pada hari Ahad dan semalam. Dia kembali ke biliknya semula dan terus ke sekolah. "So jumpa apa2 tak?" soal Inseong sebaik sahaja ternampak kelibat Eunwoo. "Ada. Malam kang aku ws kau" jelas Eunwoo. Sebenarnya Eunwoo sengaja tinggalkan draf kerja kursusnya di rumah supaya dia mempunyai alasan yang kukuh untuk pulang ke rumah sebentar. Niatnya yang sebenar adalah untuk curi baca diari Eunseo yang ditulis pada hari ahad dan selasa untuk membuktikan teori mereka betul. Rancangan mereka berjalan dengan sempurna. Malam itu, Eunwoo keluar malam secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapanya mahupun Eunseo.

The Diary [Malay FF]Where stories live. Discover now