"Boleh je. Asalkan dapat release tension daripada buat kerja kursus" balas Eunseo sambil melemparkan senyuman palsu. Dia sebenarnya masih sedih. Eunseo dapat rasakan satu perasaan yang pelik sejak keluar dari hutan tadi. Dia terasa bagaikan ada sesuatu mengekorinya. Malam itu, Eunseo tidur dengan lena sekali akibat terlalu penat. Tepat pukul 3 am, dia tiba-tiba terjaga, Dia dapat rasakan bagai ada sesuatu sedang memerhatikannya sewaktu tidur. Keesokan paginya, Eunwoo dan Eunseo bersiap-siap untuk berkelah di Sungai Han. "Semalam awak dapat tido lena tak? Takde benda2 pelik berlaku kan?" soal Eunwoo. Eunseo hanya mengangguk dan tersenyum. "Oklah semua dah siap. Kita singgah ambik Inseong dulu pastu isi minyak jap" kata Eunwoo. Mereka pun bertolak. Selepas menjemput Inseong dan mengisi minyak, mereka terus berkelah di tepi Sungai Han. Eunwoo perasan yang Inseong asyik memandang Eunseo sejak tadi. Entah mengapa dia berasa cemburu. Selepas selesai menjamu selera, Eunwoo pergi ke tebing sungai. Inseong mengikutinya dari belakang.
"Asal bro? Nampak lain macam je" soal Inseong. "Takde apalah" balas Eunwoo ringkas. Inseong tidak menyoal Eunwoo lagi, sebaliknya dia terus merendam kakinya ke dalam sungai. "Tak sejuk ke bro?" soal Eunwoo. "Giler kau tak sejuk tapi sejuk2 pun best. Rasa tenang je" balas Inseong. Eunwoo terus merendam tangannya ke dalam air. "Tak rasa tenang pun" keluh Eunwoo. "Aku rasa kau kena mandi dalam sungai terus baru boleh tenang rasanya" perli Inseong "Bercakap pasal mandi....." Eunwoo tiba-tiba memercikkan air ke arah Inseong. "Okay sekarang aku rasa tenang" kata Eunwoo sambil ketawa besar. "Kau dah tenang... tapi aku pulak rasa nak tendang orang" Inseong membalas dendam dengan memercikkan air ke arah Eunwoo. Eunseo hanya tersenyum memerhatikan gelagat mereka berdua. Dia mengemas bakul, makanan dan tikar selepas selesai berkelah. Dia kembali ke kereta untuk menyimpan barang. Tiba-tiba dia tersepak sesuatu. "Buku apa ni? Kosong je" Eunseo menjumpai sebuah buku lama. "Tapi cantik jugak. Bolehla kot jadikan diari baru" Eunseo mengambil keputusan untuk menyimpan buku tersebut.
Dia kembali ke Eunwoo dan Inseong. "Wehh korang rapat la sikit. Saya nak tangkap gambar ni" jerit Eunseo. Eunseo terus mengambil gambar Inseong dan Eunwoo. Tidak lama selepas itu, mereka pulang ke rumah. Seminggu telah pun berlalu, mereka menjalani kehidupan seperti remaja normal sekali lagi sehinggalah pada suatu hari, ibu Eunwoo menyuruh Eunwoo mengemas satu rumah termasuk bilik Eunseo. Kebetulan pula Eunseo tiada di rumah pada hari itu. Sedang asyik Eunwoo mengemas bilik Eunseo, dia ternampak sebuah buku yang agak buruk di atas meja Eunseo. "Buku apa pulak ni? Takkan buku catatan buruk camni" hati kecil Eunwoo berbicara. Eunwoo sengaja menyelak buku itu untuk mengetahui isi kandungan buku tersebut. [12/3/2016 Sabtu Akhirnya aku dapat jugak diari baru. I'm so happy! Bolehlah aku mula tulis diari balik. So hari ni kami bertiga pergi berkelah kat Sungai Han] "Diari rupanya" kata Eunwoo. "Boleh mati aku kalau baca diari dia lagi" sambung Eunwoo lagi. Dia tetap membaca diari baru Eunseo.
[Memang seronok gile dapat berkelah dengan Inseong dan Eunwoo. Diorang tu umur 19 tahun tapi perangai sebijik mcm budak2 hihi. Aku sempat jugak tangkap gambar diorang berdua tapi ada pulak manusia yang sibuk berenang kat belakang tu. Haihh kacau betul la] Eunwoo terkejut membaca bahagian [.Aku sempat jugak tangkap gambar diorang berdua tapi ada pulak manusia yang sibuk berenang kat belakang tu]. "Eunwoo! Mama!" kedengaran suara Eunseo memanggil Eunwoo dan mama Eunwoo yang dianggap sebagai mamanya sendiri. Eunwoo meletakkan semula diari baru Eunseo di atas mejanya. Dia bergegas turun ke bawah. "Mama takde. Dia pergi rumah sebelah" terang Eunwoo. "Nahh saya ada belikan nasi goreng ayam untuk papa, mama dan awak" terang Eunseo. "Hmm Eunseo, pinjam phone kejap. Saya nak tengok gambar saya dan Inseong yang awak tangkap minggu lepas. Terlupa pulak saya nak Bluetooth dari awak haritu" pinta Eunwoo. Eunseo memberikan sahaja telefon bimbitnya. Segera Eunwoo memeriksa gambar berkenaan. "Awak send ehh gambar tu kat Whatsapp saya nanti. Saya nak sambung buat kerja" Eunwoo terus meminta diri.
YOU ARE READING
The Diary [Malay FF]
FanficKehidupan Eunseo berubah 360 darjah setelah kematian ibu bapanya. Mujurlah dua sahabat baiknya, Eunwoo dan Inseong sentiasa berada di sisinya. Namun begitu, kejadian misteri mula menimpa Eunseo setelah dia menemui bukan satu tapi dua diari dalam mas...