Thirteen

200 22 0
                                    

 "Hah diari awak?! Diari yang disumpah tu ke?" Eunwoo pura-pura terkejut. "Bukanlah! Tu diari baru saya. Saya...saya terjumpa buku tu kat Sungai Han haritu" Eunseo memberitahu maklumat yang sangat diperlukan oleh Eunwoo. "Bagus, skrg aku dah tahu Eunseo jumpa kat mana diari tu" bisik hati kecil Eunwoo. Eunwoo sengaja menjatuhkan diari baru Eunseo ke atas lantai dan menolak diari tersebut ke bawah katil dengan kakinya. "Cuba awak check bawah katil" cadang Eunwoo. Eunseo terus tunduk dan memeriksa di bawah katil. "Yay dah jumpa!" Eunseo teruja. "Macam mana awak tahu diari ni ada bawah katil?" Eunseo merenung tajam Eunwoo. "Ala saya main teka je. Ok la saya balik ke bilik dulu" Eunwoo terus pulang ke biliknya. Dia menghubungi Inseong.

Eunwoo: <Bro aku ada berita baru!>

Inseong: <Apa dia?>

Eunwoo: <Aku dah tahu Eunseo jumpa kat mana diari baru tu. Dia kata dia jumpa kat Sungai Han>

Inseong: <Woah seriously? Bagus2. So apa tindakan kita esok?>

Eunwoo: <Aku rasa esok kita kena pergi siasat jalan lama dan Sungai Han serentak. Kalau nasib baik kita akan jumpa apa-apa petunjuk>

Inseong: <Ok no problem. Petang esok kita mulakan misi>

Eunwoo: <Apa2 hal aku call kau. Bye>

Selepas berbual dengan Inseong. Eunwoo mula memikirkan rancangan untuk esok. "Aduh macam mana aku nak keluar berdua dengan Inseong je esok. Kalau asyik keluar berdua je Eunseo pulak fikir bukan-bukan nanti" Eunwoo bermonolog sendirian. "Hmm aku kena buat benda yang kitorang suka tapi Eunseo tak suka. Okay dapat" Eunwoo mula terfikirkan sesuatu.

Dia menghubungi Inseong sekali lagi. Petang keesokan harinya, mereka berdua memulakan misi. "Awak nak ke mana ni Eunwoo? Baru sampai rumah dah nak keluar balik ni?" soal Eunseo curiga. "Nak keluar memancing dengan Inseong. Dia yang beria-ria sangat ajak saya. Saya terpaksalah ikut dia walaupun saya memang tak minat memancing" jelas Eunwoo. "Ohhh macam tu rupanya. Berseronoklah ye. Saya memang tak minat memancing so jangan ajak saya la ye. Daa~" Eunseo terus beredar. Inseong sampai ke rumah Eunwoo tidak lama kemudian. Dia memandu kereta kali ini. "Joran aku mana?" soal Eunwoo. "Ada kat belakang tu ha" balas Inseong. "Bukalah bonet aku nak tengok" pinta Eunwoo. "Haihhh macam2 ahh kau ni" Inseong terus menunjukkan joran kepada Inseong. Eunseo hanya memerhatikan mereka berdua dari tingkat atas tanpa mengesyaki apa-apa. Eunwoo dan Inseong bertolak tidak lama kemudian. "Aduh kau ni Eunwoo, kita nak pergi menyiasat, bukannya memancing. Tak payahlah beria-ria suruh bawak joran bagai" keluh Inseong yang menjadi pemandu.

"Aku tahulah tapi kalau nak menipu pun kenalah pandai dan cekap. Kang tak pasal2 Eunseo syak bukan2" jelas Eunwoo. "Bab tipu orang serah je kat kau. Kau memang pakar dalam bab ni" sindir Inseong. Eunwoo hanya tersenyum sinis. "So kita nak pergi mana dulu?" soal Inseong. "Sungai Han dulu. Lepas tu baru ke jalan lama tu" balas Eunwoo. "Aku peliklah dengan diari-diari yang Eunseo ada. Diari lama boleh meramal masa depan dan ayah dia jumpa kat hutan kat jalan lama tu. Diari baru pulak dia jumpa kat Sungai Han dan disebabkan diari tu, Eunseo mula nampak benda2 pelik. Kau rasa diari lama dan diari baru ada kena mengena?" soal Inseong hairan. "Setakat ini aku tak nampak apa-apa connection antara kedua-dua diari tu tapi apa yang aku tahu, sejak Eunseo gunakan dua-dua diari tu, macam2 kejadian pelik berlaku" jelas Eunwoo. "Mungkin diari-diari tu disumpah tak pun Eunseo yang ada kuasa pelik" Inseong membuat andaian. "Tak mungkin dia ada kuasa pelik. Aku dah berkawan dengan dia sejak kecik kot. Aku kenal dia sangat-sangat" Eunwoo membantah. "Takpelah. Lambat laun kita akan tahu jugak" kata Inseong

The Diary [Malay FF]Where stories live. Discover now