Cha Eunwoo, Jeong Inseong dan Son Eunseo merupakan sahabat baik. Eunwoo dan Eunseo merupakan sahabat baik sejak sekolah rendah lagi dan 6 tahun kemudian mereka mula rapat dengan Inseong apabila dia pindah ke tempat mereka. Mereka bertiga merupakan pelajar tingkatan 6 atas di Astro School. Mereka adalah pelajar paling senior di sekolah. Mereka menjalani kehidupan seperti remaja normal sehinggalah satu kemalangan yang menimpa Eunseo telah mengubah segala-galanya. Eunseo yang merupakan anak tunggal kepada Encik Son dan Puan Son sedang bersiap-sedia untuk pergi bercuti di Pulau Jeju.Mereka bertolak pada waktu senja kerana menunggu Encik Son pulang daripada kerja. "Abang, abang pasti ke nak bertolak skrg? Hari makin gelap dan cuaca pulak nampak mendung. Risau pulak hujan nanti" kata Puan Son. "Jangan risaulah Sayang, Abang masih larat nak drive. Kalau hujan lebat nanti kita berhentilah kat mana-mana dulu" tegas Encik Son. Encik Son yang baru sahaja pulang dari kerja dapat berehat selama 30 minit sebelum bersiap-siap untuk bertolak ke Pulau Jeju.
Demi anak-perempuannya, Eunseo, Encik Son sanggup melakukan apa sahaja. Tambahan pula, ini merupakan percutian keluarga yang lama dirancang oleh Encik Son. "Untunglahh awak dapat pergi bercuti ke Pulau Jeju" usik Eunwoo. "Mesti best kan?" kata Inseong pula. "Tak sabar-sabarnya nak pergi sana!" Eunseo teruja. "Takpelah bro nanti kita berdua pulak pergi sana. Tak payah ajak si Eunseo ni ha" gurau Inseong. Eunwoo hanya mampu ketawa. Eunseo mencebikkan mukanya. "Baiklah saya bertolak dulu ehh. Jumpa lagi tiga hari" Eunseo melambai-lambaikan tangannya sebelum bertolak pergi. Hari makin gelap. Cuaca pula makin mendung. Bila-bila masa sahaja hujan boleh turun. 10 minit perjalanan, hujan mula turun dengan lebatnya. Hujan lebat yang turun menghadkan pandangan Encik Son. Puan Son mula risau. Eunseo hanya memandang luar tingkap kereta. Malang tidak berbau, kereta yang dipandu Encik Son hilang kawalan kerana cuba mengelak sesuatu dan seterusnya merempuh sebatang pokok. Hentakan kuat pada kepala menyebabkan Encik Son dan Puan Son meninggal di tempat kejadian. Eunseo pula cedera parah di kepala.
Eunwoo menghantar mesej kepada Inseong melalui Whatsapp.
Eunwoo
[Bro, Eunseo ada tak text or call kau?]
Inseong
[Takde pun. Kenapa?]
Eunwoo
[Aku text dia tak balas,
Aku call dia tak angkat.
Aku rasa tak sedap hatilah]
Inseong
[Aku rasa dia tengah tido atau berhenti makan. Jangan risau ahh]
Eunwoo
[Takpelah kalau camtu. Nanti aku try call dia lagi]
Inseong
[okay]
Eunwoo menonton berita seperti biasa. "Satu kemalangan berlaku di sebuah jalan lama di Busan. 2 maut dan 1 cedera parah. Kemalangan dipercayai berpunca daripada jalan licin. Pemandu kereta Honda yang berplat KNK 1303 dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pokok besar. Identiti mangsa setakat ini masih belum dikenalpasti" lapor pembaca berita. Eunwoo terkejut besar. Telefon bimbitnya pula berdering. Inseong menghubunginya. <Bro tengok tak berita tadi?> soal Inseong cemas. <Tengok. Diorang dihantar ke hospital mana eh?? > soal Eunwoo pula. <Aku rasa Hospital Busan> jawab Inseong. <Ok kau siap-siap cepat. Aku dtg ambik kau> Eunwoo menamatkan perbualan. Mereka ingin ke Hospital Busan. "Kau pasti diorang dihantar ke Hospital Busan?. Aku main cakap je" kata Inseong yang duduk di sebelah Eunwoo yang menjadi pemandu. "Aku yakin sebab tu hospital terdekat. Aku risaulah kalau terjadi apa-apa kat Eunseo" Eunwoo mula bimbang.
Inseong tidak berkata apa-apa. Dia hanya mendiamkan diri. Sebaik sahaja tiba di hospital, mereka berdua ternampak guru kelas mereka, Cikgu Sera. "Inseong, Eunwoo, awak berdua pun ada kat sini? Nak jenguk Eunseo ke?" soal Cikgu Sera. "Ha'ah, bagaimana keadaan dia?" soal Eunwoo tergesa-gesa. "Dia cedera parah dekat kepala. Sampai sekarang masih tak sedarkan diri. Mak bapak dia pulak...... meninggal di tempat kejadian" terang Cikgu Sera. Eunwoo dan Inseong berasa lega dan sedih pada masa yang sama. "Macam mana pulak cikgu boleh datang sini?" soal Inseong pula. "Sebenarnya cikgu yang call polis dan ambulans. Kebetulan cikgu lalu jalan tu. Cikgu ternampak ada kereta accident dan tak sangka pulak anak murid cikgu sendiri yang accident" terang Cikgu Sera. "Jadi kami boleh tengok dia tak?" soal Eunwoo lagi. "Buat masa ni tak boleh. Doktor tengah sibuk rawat Eunseo" balas Cikgu Sera. "Selain mak dan ayah, Eunseo ada tak adik-beradik atau saudara-mara yang lain?" soal Cikgu Sera pula. "Dia anak tunggal. Dia cuma ada mak ayah dan mak saudara dia je" balas Eunwoo.
"So perlu ke kita bagitahu Mak saudara dia tu?" Inseong pula bersuara. "Kita kena inform jugak ahli keluarga dia yang lain supaya diorang tahu dan tak risau" kata Cikgu Sera. Diringkaskan cerita, Eunseo dibenarkan keluar daripada hospital selepas 5 hari koma. Dia tinggal bersama keluarga Eunwoo kerana sebelum meninggal, ibunya, Puan Son telah mengamanahkan ibu bapa Eunwoo untuk menjaga Eunseo. Ibu saudara Eunseo pula terpaksa merelakan Eunseo tinggal bersama keluarga Eunwoo kerana dia tidak ingin melanggar amanah kakaknya itu. 3 bulan telah pun berlalu, Eunseo menjalani kehidupan seperti remaja biasa walaupun dia masih sedih akan kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Pada petang yang agak mendung, Eunseo ingin melawat rumahnya setelah lama ditinggalkan. Rumahnya terletak di hadapan rumah Eunwoo. Eunwoo menemaninya. Eunseo menyimpan kunci rumahnya kerana dia tidak berniat untuk menjual rumahnya itu. Keadaan di dalam rumah agak gelap kerana bekalan elektrik tidak dibekalkan. "Sebenarnya awak nak cari apa kat sini?" soal Eunwoo. "Tak cari apa-apa pun. Saja datang sini" balas Eunseo ringkas.
YOU ARE READING
The Diary [Malay FF]
FanfictionKehidupan Eunseo berubah 360 darjah setelah kematian ibu bapanya. Mujurlah dua sahabat baiknya, Eunwoo dan Inseong sentiasa berada di sisinya. Namun begitu, kejadian misteri mula menimpa Eunseo setelah dia menemui bukan satu tapi dua diari dalam mas...