"Ha Eunwoo, nak pergi mana tu?" sapa ayahnya tiba-tiba. "Errr Eunwoo nak pergi rumah Inseong kejap. Pendrive Eunwoo tertinggal kat rumah dia. Eunwoo pergi kejap je" jelas Eunwoo. "Okay tapi ingat jangan lama-lama sangat. Jangan melencong tempat lain pulak" kata papanya. Eunwoo terus bergerak menuju ke rumah Inseong. "La bro, penat je aku tunggu kau ws." kata Inseong sebaik sahaja Eunwoo tiba di rumahnya. "Sorry ah bro, aku betul2 nak rush tadi. Aku memang nak ws kau tapi bila fikir balik, better kita bincang hal ni face to face" jelas Eunwoo. "So apa cerita?" soal Inseong. "Teori kita betul. Ni buktinya" Eunwoo menunjukkan gambar yang diambilnya tadi. "Aku tak sempat buat nota ringkas sebab sibuk dengan kerja sekolah tadi" tambah Eunwoo. Inseong terkejut apabila membacanya. "Okay ni memang pelik. Kau dengar citer aku. Masa kitorang kat taman haritu memang takde orang selain kitorang berdua. Tapi Eunseo tulis dia nampak ramai budak-budak main kat taman tu. Secondly, kitorang makan kfc kat tingkat atas, time tu just ada kitorang dan budak2 lelaki je. Tapi Eunseo tulis ada perempuan rambut panjang duduk belakang aku. Memang pelik" jelas Inseong dengan panjang lebar.
"Aku percaya cerita kau. Baca yang semalam pulak. Eunseo ada tulis time kita lumba lari itu, ada orang lain join sekali dan dia dapat tempat ketiga. Memang betul takde orang lain selain kita berdua time tu. Aku dah tengok banyak kali rakaman tu" terang Eunwoo. "Memang pelik tapi apa yang lebih pelik, Eunseo macam tak terkejut dan tak takut dengan benda ni padahal dia sendiri tahu yang takde orang time tu. Masa kita kat pantai, kat sungai, kat taman dan lain-lain" Inseong hairan. "Hmmm diari lama ditulis untuk meramal apa yang bakal berlaku, diari baru pulak ditulis macam diari biasa tapi Eunseo nampak apa yang kita tak nampak. Apa maksud semua ni?" Eunwoo buntu. "Tunggu kejap, kat mana Eunseo jumpa diari tu? Maksud aku dua-dua diari tu?" soal Inseong. "Diari lama kat rumah lama dia, diari baru aku tak tahu" balas Eunwoo. "Aku rasa kita kena siasat balik diari lama tu. Apa kata esok kita melawat rumah lama dia untuk dapatkan bukti" cadang Inseong.
"No problem tapi diari baru tu macam mana pulak? Eunseo tak tahu yang aku tahu pasal diari baru dia tu. Mesti dia rasa pelik kalau aku tanya pasal diari baru dia" terang Eunwoo. "Betul jugak tu. Tunggu kejap, Eunseo start tulis diari baru 12/3 kan? Maknanya mesti dia jumpa atau beli kat mana2 diari baru tu hari sabtu 12/3" jelas Inseong. "Ha'ah betul jugak tu. Lepas kita bakar diari lama, dia terus ada diari baru. Aku tak rasa dia ada simpan diari baru awal-awal sebab dia sendiri tak tahu yang kita akan bakar diari lama tu. Mesti dia jumpa kat mana2" kata Eunwoo. "Kalau camtu, better kita mulakan misi diari lama dulu because everything starts from the old diary" cadang Inseong. "Baiklah aku setuju. Kita fokus kat diari lama dulu pastu baru fokus diari baru" kata Eunwoo. Kebetulan pada hari khamis 24/3/2016 merupakan cuti peristiwa Astro High School. Eunwoo dan Inseong mendapat peluang untuk memulakan misi lebih awal. "Aik Eunseo, awak ke mana pagi-pagi ni? " soal Eunwoo sebaik sahaja ternampak Eunseo. "Nak pergi tengok wayang dengan kawan-kawan jap. Awak nak ikut? Kalau nak ikut boleh je" pelawa Eunseo.
"Ohh takpelah. Saya nak berehat je harini. Hati-hati la ye" kata Eunwoo sambil tersenyum. Beberapa minit kemudian, rakan-rakan Eunseo datang menjemputnya. "Ehh tu macam Inseong je? Dia nak ke rumah aku ke?" bisik hati kecil Eunseo. Dia ternampak Inseong tetapi Inseong tidak perasan akan Eunseo yang berada dalam kereta. "Lambat betul kau ni. Janji pukul 9 am tapi sekarang dah 9.30 am" kata Eunwoo sebaik sahaja Inseong tiba di rumahnya. "Sorry ahh bro. Tadi aku singgah kedai makan jap. Sarapan pagi la katakan" kata Inseong. "Ada-ada sahaja kau ni. Tunggu jap aku pergi ambik kunci rumah Eunseo" Eunwoo kembali ke tingkat atas. Dia kembali semula dengan kunci rumah dan diari baru Eunseo. "Kau ni biar betul bro. Apahal kau bawak diari baru Eunseo sekali? Giler ke apa?" Inseong mula risau. "Aku tahulah nak buat apa. Jangan risau. Dah jom" segera Eunwoo mengajak Inseong ke rumah lama Eunseo. Eunwoo membuka kunci rumah dan terus masuk ke rumah lama Eunseo. "So apa benda yang kita patut cari dalam ni?" soal Eunwoo hairan. "Aku pun tak pasti" balas Inseong.
YOU ARE READING
The Diary [Malay FF]
FanfictionKehidupan Eunseo berubah 360 darjah setelah kematian ibu bapanya. Mujurlah dua sahabat baiknya, Eunwoo dan Inseong sentiasa berada di sisinya. Namun begitu, kejadian misteri mula menimpa Eunseo setelah dia menemui bukan satu tapi dua diari dalam mas...