Selepas mandi dan bersarapan pagi, Eunwoo memulakan misinya. Perlahan-lahan dia naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik Eunseo. Dia betul-betul berada di hadapan bilik Eunseo. "Ha! Buat apa tercegat depan bilik Eunseo ha? Eunwoo nak curi-curi masuk bilik dia ye?" sapa ibu Eunwoo. Eunwoo terperanjat. "Mana ada. Eunwoo saja je nak tengok bilik dia kemas ke tak" terang Eunwoo. "Macam2 la Eunwoo. Ingatkan pesanan mama, walaupun ni rumah kita tapi kita tetap kena hormat privasi orang lain, so jangan masuk bilik anak dara orang tanpa kebenaran. Ingat tu" pesan ibu Eunwoo. Eunwoo hanya mengangguk. Dia turun ke tingkat bawah untuk menonton televisyen. 30 minit kemudian, ibu Eunwoo keluar sebentar ke rumah jiran. Inilah masa yang sesuai untuk Eunwoo memulakan misi sekali lagi. Malangnya, ayahnya pula muncul."Ha Eunwoo, busy tak? Tolong papa basuh kereta jap" pinta ayahnya. Eunwoo terpaksa menurut perintah ayahnya. Sementara itu, Eunseo dan Inseong sudah siap mengemas barang. Mereka bercadang untuk bersarapan pagi.
"Kita nak makan kat mana?" soal Eunseo. "Saya ikut awak je" balas Inseong ringkas. "Ikut awaklah. Selalu korang asyik ikut permintaan saya je" kata Eunseo. "Baiklah! Jom kita pergi KFC!" jerit Inseong. "Pagi-pagi makan kfc? Kelakarlah awak ni" Eunseo ketawa kecil. "Ala barulah rare. Jangan risau, saya belanja awak harini sebagai tanda terima kasih" terang Inseong sambil tersenyum. Mereka terus bertolak ke KFC. Selepas memesan hidangan yang diingini, Inseong meminta diri untuk ke tandas sebentar. Dia menghubungi Eunwoo.
Inseong: <Eunwoo, dah dapat ke maklumat2 penting dari diari tu?>
Eunwoo: <Belum lagi ahh. Banyak betul halangan harini>
Inseong: <Jangan lama2 sangat bro. Aku tak tahu nak bawak Eunseo pergi mana lagi>
Eunwoo: <Sabar2. Aku akan lakukannya ASAP. Kau bawak dia pergi shopping>
Inseong: <Shopping pulak. Ok ahh bro bye>
Inseong kembali semula ke Eunseo.
"Aik awak tak makan lagi?" soal Inseong ringkas. "Saya tunggu awaklah. Saya nak makan sama-sama dengan awak" balas Eunseo sambil tersenyum. Mereka berdua pun menjamu selera. "Eunseo, saya nak tanya sikit. Lepas kita dah bakar diari tu, ada tak benda-benda pelik berlaku kat awak?" soal Inseong. "Takde. Kenapa?" soal Eunseo pula. Inseong hanya tersenyum. Sementara itu, selepas selesai membasuh kereta ayahnya, Eunwoo berehat sebentar. Tidak lama kemudian, ayahnya meminta Eunwoo menjaga rumah sementara dia keluar ke bandar sekejap. Kini Eunwoo betul-betul bersendirian di rumah. "Bagus ni peluang aku" bisik hati kecil Eunwoo. Dia mengunci pintu depan dan menutup tingkap. Dia terus berlari ke tingkat atas. Selesai makan, Eunseo hendak pulang ke rumah. Inseong perlu menghalangnya daripada pulang ke rumah kerana dia tahu Eunwoo masih belum menjalankan misinya. "Awak nak balik dah ke? Jomla kita pergi shopping dulu. Saya nak beli alat tulis" pinta Inseong. "Hmmm okaylah jom. Lepas shopping, kita balik rumah ehh" Eunseo bersetuju untuk menemani Inseong ke pusat membeli-belah. "Ok janji" balas Inseong ringkas.
Tiba-tiba Inseong menerima sms daripada Eunwoo. [Bro, aku dah mulakan misi. Jangan balik lagi sehingga diberitahu]. "Fuhh nasib baik" Inseong menarik nafas lega. Mereka berdua terus bertolak ke Aeon berdekatan. Sementara itu, Eunwoo berjaya masuk ke dalam bilik Eunseo. Dia menggeledah satu bilik untuk mencari diari baru Eunseo. "Jumpa pun" kata Eunwoo sebaik sahaja menemui diari Eunseo. Dia memeriksa diari tersebut dengan teliti. "So dia start tulis diari baru bermula dari 12/3/2016 Sabtu sampailah semalam. Lebih baik aku baca satu per satu" Eunwoo terus membaca diari Eunseo tanpa berfikir panjang. 30 minit kemudian, Eunwoo menghantar pesanan kepada Inseong sekali lagi. [Misi selesai. Kau boleh bawak Eunseo balik sekarang]. Inseong terus membawa Eunseo pulang setelah agak lama mereka berjalan-jalan di Aeon. Pada malam hari yang sama, Inseong menghubungi Eunwoo. Dia ingin mengetahui isi kandungan diari baru Eunseo. Eunwoo pula enggan memberitahu Inseong ketika itu.
YOU ARE READING
The Diary [Malay FF]
أدب الهواةKehidupan Eunseo berubah 360 darjah setelah kematian ibu bapanya. Mujurlah dua sahabat baiknya, Eunwoo dan Inseong sentiasa berada di sisinya. Namun begitu, kejadian misteri mula menimpa Eunseo setelah dia menemui bukan satu tapi dua diari dalam mas...