Fifteen

198 20 0
                                    

"Tapi Eunseo saya boleh jelaskan. Saya ada sebab kenapa saya baca diari awak. Let me explain!" rayu Eunwoo. "Saya tak nak dengar semua tu! Keluar dari bilik saya cepat!" Eunseo menolak badan Eunwoo sekuat hati. "Eunseo! Awak sedar tak yang awak tulis benda bukan-bukan dalam diari tu" Eunwoo meninggikan suaranya sedikit. "Apa maksud awak benda bukan-bukan ha? Saya tulis diari ni berdasarkan apa yang saya nampak!" kata Eunseo. "Berdasarkan apa yang awak nampak? Tapi saya tak nampak apa yang awak nampak! Benda-benda yang awak nampak kat Sungai Han, pantai, taman, Aeon, semuanya saya dan Inseong tak nampak. Apa kena dengan awak ni? Apa masalah awak sebenarnya?" jelas Eunwoo. "Apa masalah saya? Sebenarnya apa masalah awak?! Masuk ni dah dua kali awak curi-curi baca diari saya. Awak nak apa dari saya sebenarnya ha?!" Eunseo masih tidak mahu mengalah. "Awak dengar elok2, Saya nak awak kembali macam dulu, jadi Eunseo yang dulu. Sejak saya terbaca diari awak minggu lepas, saya tahu ada sesuatu yang tak kena dengan awak. Bukan saya seorang saja yang risau tapi Inseong pun risau jugak. So please, back to normal" jelas Eunwoo.

Eunseo tergamam. Dia sendiri tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Eunwoo. " Apa maksud awak back to normal ha? Awak ingat saya ni psychopath ke apa? Saya normal la! Saya tak gila!" pekik Eunseo. Eunwoo mengalah. Dia tahu dia tidak akan menang jika bertikam lidah dengan perempuan. "Baiklah Eunseo, saya mengalah. Maafkan saya sebab dah banyak kali ceroboh privasi awak" Eunwoo seakan-akan merajuk. Dia terus keluar dari bilik Eunseo. Eunseo pula rasa bersalah. Tiba-tiba dia perasan Eunwoo tercicir sesuatu. "Gambar apa ni?" hati kecil Eunseo berbicara. Sementara itu, Eunwoo berada di biliknya. Dia masih mendiamkan diri memikirkan sesuatu. "Eunseo betul. Aku yang bersalah dalam hal ni. Aku dah banyak kali ceroboh privasi dia. Tapi....." Eunwoo bermonolog sendirian. Dia terbaring elok di atas katil. Telefon bimbitnya berdering. "Kenapa rasa macam kenal je budak2 ni?" Eunseo hairan melihat gambar seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan. Gambar itu agak kelabu dan buruk memandangkan itu gambar lama.

"Pulangkan~ Pulangkan~" tiba-tiba Eunseo terdengar suara seseorang. Bulu romanya meremang. "Mungkin Eunwoo tengah tengok filem seram kat bawah" Eunseo masih berfikiran positif. "Pulangkan~ Pulangkan~" Eunseo terdengar lagi suara misteri itu. Kali ini lebih kuat. "Pulangkan~ Pulangkan~" Eunseo terasa bagai ada sesuatu di luar tingkap. Dia memberanikan diri menoleh ke belakang. Tiba-tiba, "Arghhhhh" Eunseo menjerit kuat. Eunwoo yang masih berbual dengan Inseong terdengar jeritan kuat Eunseo. "Eunseo!!!" jerit Eunwoo. Dia segera berlari ke bilik Eunseo. Inseong terdengar Eunwoo menjerit nama Eunseo. Dia mula rasa tidak sedap hati. Eunseo yang baru sahaja keluar dari biliknya terus lari dan memeluk Eunwoo sebaik sahaja ternampak kelibatnya. "Eunseo kenapa ni?" soal Eunwoo panik. "Dalam bilik....da...dalam bilik..." Eunseo tergagap-gagap. "Dalam bilik?" Eunwoo memberanikan diri masuk semula ke bilik Eunseo. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam bilik Eunseo, dia terdengar "Pulangkan~ Pulangkan~" berulang kali. Suara itu datang dari belakang mereka. Dia segera menoleh belakang. Dia terkejut melihat seorang gadis berbaju hitam berdiri betul-betul di belakangnya. Eunseo pula menyorok di belakang Eunwoo.

"Eunseo mesti ternampak dia tadi" Eunwoo membuat andaian. "Pulangkan~ Pulangkan~" gadis itu asyik mengulang ayat yang sama. "Pulangkan? Pulangkan apa?" Eunwoo masih hairan. Angin bertiup kencang di luar. Lampu pula sekejap menyala sekejap terpadam. Peralatan elektrik seperti tv, radio, dan kipas terpasang dengan sendiri. "Apa kita nak buat ni?" Eunseo semakin takut. Eunwoo tampak berani. "Saya rasa dia nak diari awak tu" Eunwoo membuat tekaan. Eunwoo masuk ke bilik Eunseo sebentar. Gadis misteri itu masih statik. Dia tidak bergerak langsung. "Kau nak ni kan?" Eunwoo memegang diari baru Eunseo "Ambik ni" Eunwoo mencampakkan diari itu ke bawah. Tanpa berfikir panjang dia memeluk Eunseo sekuat hati dan terus terjun ke tingkat bawah. Mujurlah mereka mendarat di sofa. Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka segera melarikan diri. Gadis misteri itu pula mengejar mereka.

The Diary [Malay FF]Where stories live. Discover now