Sixteen

215 24 1
                                    

Eunwoo dan Eunseo berjaya melarikan diri tetapi tidak sempat untuk mengambil kunci motor mahupun kereta. "Inseong!" jerit Eunseo. Inseong tiba tepat pada masanya. Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta. "Jalan bro!" arah Eunwoo tergesa-gesa. "Kenapa ni? Apa yang berlaku?" Inseong pula yang panik. Sempat lagi Eunwoo menceritakan apa yang berlaku kepada Inseong walaupun dalam keadaan tergesa-gesa. "Jadi skrg kita nak ke mana?" soal Inseong. "Hutan tu. Aku yakin benda tu berasal dari hutan tu" balas Eunwoo. Buat sementara waktu, mereka selamat. Gadis misteri itu tidak lagi dilihat tetapi mereka kena sentiasa berwaspada. Eunwoo memeriksa poketnya. "Ehh mana gambar tu?" Eunwoo hairan. Eunseo pula mengeluarkan gambar tadi. "Maksud awak gambar ni?" soal Eunseo. Eunwoo hanya menggangguk. Mereka berdua meneliti gambar itu sekali lagi. "Sampai sekarang korang tak tahu budak-budak tu siapa? Eunwoo kau kata kau macam pernah tengok budak2 tu, tapi takkan tak kenal?" soal Inseong. "Memang betul aku macam pernah tengok budak-budak ni tapi serius aku tak ingat dan tak tahu siapa budak2 ni" jelas Eunwoo.

Eunseo hanya mendiamkan diri. Mereka tiba di hutan tersebut tidak lama kemudian. "Jadi,.. soalan lazim, apa yang kita nak buat kat sini?" soal Inseong. Eunwoo masih memikirkan sesuatu. Tangan kanannya memegang diari Eunseo. Eunseo masih diam seribu bahasa. "Takkan aku nak bakar diari ni. Bakar diari ni takkan selesaikan masalah. Kalau buang pun sama je" bisik hati kecil Eunwoo. "Pulangkan~ Pulangkan~" meremang bulu roma mereka bertiga apabila terdengar suara misteri itu secara tiba-tiba. Gadis misteri itu muncul kembali. "So benda nilah yang kau maksudkan tadi?" soal Inseong dengan nada serius. "Ya" balas Eunwoo ringkas. Eunseo masih terdiam dan ketakutan. "Apa kau nak ha? Apa kena mengena diari ni dengan kau?!" pekik Eunwoo. Gadis misteri itu masih terdiam. Inseong pula memerhatikan wajah gadis misteri itu dari jauh. "Bro, bagi gambar" pinta Inseong. "Aku dah agak dah" kata Inseong. Eunwoo dan Eunseo hairan. "Budak perempuan yang sebelah kanan budak lelaki ni sebenarnya dia. Korang tengok betul2, muka dia hampir sama dengan budak perempuan ni" jelas Inseong.

Eunseo dan Eunwoo terperanjat. "Yeo...Yeorum!" Eunseo tiba-tiba teringatkan seseorang. "Maksud awak, dia Yeorum?! Nanti dulu kalau dalam gambar ni Yeorum maknanya...." Eunwoo membuat andaian. "Kalau korang kenal si Yeorum ni, maknanya budak lelaki dan budak perempuan dalam gambar tu adalah.... korang berdua" kata Inseong. Kenyataan itu membuatkan Eunseo dan Eunwoo terkejut besar. "Skrg baru aku ingat!" jerit Eunwoo. 10 tahun yang lalu, Eunwoo, Eunseo dan Yeorum merupakan kawan baik. Yeorum sebenarnya amat menyukai Eunwoo tetapi Eunwoo hanya mementingkan Eunseo. Gambar itu pula diambil di hutan tersebut sebelum mereka bermain hide and seek. Eunwoo perlu mencari Eunseo dan Yeorum yang menyorok di dalam hutan. Malangnya Eunwoo gagal mencari Eunseo dan Yeorum dan mereka berdua pula sesat di dalam hutan. Kerana terlalu pentingkan Eunseo, Eunwoo meminta pertolongan orang kampung untuk mencari Eunseo sampai terlupa untuk mencari Yeorum. Selepas berjaya menemui Eunseo, barulah Eunwoo sedar yang Yeorum pun turut hilang. Yeorum pula terpaksa mencari jalan keluar dengan sendiri.

Sepanjang mencari jalan keluar bersendirian, Yeorum mengalami trauma teruk kerana ketika itu hari semakin gelap. Imaginasi Yeorum yang baru berumur 9 tahun meliar-liar. Perasaan takut menguasai dirinya. Mujurlah mereka sempat menyelamatkannya. Sejak kejadian haritu, Yeorum tidak lagi berkawan dengan Eunwoo dan Eunseo. Dia juga mengalami trauma teruk. Setahun kemudian, dia pun berpindah. Sejak hari itu dia meninggalkan Eunwoo dan Eunseo tanpa sebarang berita. Dia berdendam dengan Eunseo sejak kejadian itu. Dia juga sering menulis diari. Malang tidak berbau, dia ditakdirkan meninggal di hutan yang sama akibat kemalangan ketika dia berumur 16 tahun. Rohnya tidak tenteram dan berjanji dan untuk membalas dendam ke atas Eunseo. Sebenarnya, ada sebab lain keluarga Eunseo kemalangan. Ketika kemalangan berlaku, Encik Son sedang mengelak sesuatu (iaitu Yeorum) dan terus tergelincir dan terlanggar pokok besar. Dia berjaya membuatkan ibu bapa Eunseo terbunuh tetapi masih gagal untuk membunuh Eunseo. Eunwoo dan Eunseo pula tidak mengetahui berita kematian Yeorum.

The Diary [Malay FF]Where stories live. Discover now