"Apa awak nak ha?! Kita kawan sejak kecik tapi lepas tu awak hilang entah ke mana tanpa sebarang berita. Skrg awak dah kembali semula. Apa yang awak nak sebenarnya ha?!" pekik Eunseo setelah lama mendiamkan diri. "Pulangkan~ Pulangkan~" kata Yeorum. "Kau nak sangat kan diari ni? Nahh ambikk!!" Eunwoo memcampakkan diari tersebut ke tanah. "Pulangkan~ Pulangkan~" ulang Yeorum. "Aku tak rasa dia nak diari tu. Aku rasa dia nak gambar ni" jelas Inseong. Inseong menghampiri Yeorum. Dia memberanikan diri menghampiri Yeorum untuk memberikan gambar tersebut. Eunwoo dan Eunseo memerhatikan Inseong dari jauh. "Aku memang tak tahu langsung apa yang korang bertiga lalui dulu tapi berdasarkan cerita korang tadi, aku dapat simpulkan yang si Yeorum ni sebenarnya nakkan semula persahabatan dia balik" jelas Inseong. Eunwoo dan Eunseo bingung. Inseong memberikan semula gambar itu kepada Yeorum. Akan tetapi tiba-tiba, Yeorum terus mencekik Inseong sekuat hatinya. "Inseong!" teriak Eunwoo. Dia cuba menyelamatkan Inseong tetapi gagal. Badan Inseong mereput dan dia mati di tempat kejadian.
Andaian Inseong salah. Dia menyangka Yeorum inginkan semula persahabatan mereka. Eunwoo dan Eunseo terkejut besar. Kematian Inseong sungguh tragis. Eunwoo pula tidak dapat menahan air matanya. "Kau....Kau..." Eunwoo makin bengang. Pada saat ini, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membalas dendam. Dia terus membakar diari baru Eunseo namun tiada apa yang berlaku. Dia makin hairan dengan semua ini. Yeorum pula menghampiri Eunwoo. Dia mengangkat Eunwoo tinggi ke angkasa. "Eunwoo!!" jerit Eunseo panik. "Lepaskan aku! Lepaskan aku!" pinta Eunwoo. Pada ketinggian 100 kaki Eunwoo dicampakkan ke tanah. Badannya hancur berkecai di depan mata Eunseo. Eunseo terkejut sekali lagi. Dua sahabat baiknya mati secara tragis di depan matanya. Air matanya terus mengalir dan mengalir. "Pulangkan~ Pulangkan~" Yeorum menghampiri Eunseo dan siap sedia untuk membunuh Eunseo. "Tidakkkkkkk~~~!!!" jerit Eunseo. Tiba-tiba dia terjaga daripada tidur. Dia masih terlantar di katil wad. Eunseo tercungap-cungap. "Mimpi rupanya" kata Eunseo.
"Eunseo, Eunseo okay? Eunseo tak apa-apa?" soal ibunya. Dia ternampak papa dan mamanya. Eunseo hanya mengangguk. "Kita...kita kat mana?" soal Eunseo pula. Ibu bapa Eunseo tidak menjawab. "Jom kita keluar dari sini" dia terus memegang erat kedua-dua tangan ibu bapanya dan terus keluar dari wad itu. Dia menemui jalan keluar. Mereka hampir berjaya keluar dari situ tetapi papa dan mamanya tiba-tiba berhenti. "Kenapa ni papa? mama?" soal Eunseo hairan. "Tempat kami bukan di sini lagi anakku. Kami dah tak boleh tinggal dalam dunia ni lagi" kata Encik Son. Eunseo semakin hairan. "Kami sayangkan kamu Son Eunseo. Jangan lupakan kami" kata Puan Son pula. Tiba-tiba cahaya putih menghampiri ibu bapanya. Mereka semakin kabur pada pandangan Eunseo. "Papa! Mama!" jerit Eunseo. Air matanya mengalir deras. Dia cuba mengikuti cahaya putih itu dan tiba-tiba dia terjaga daripada tidur. Dia masih terlantar di katil wad. Eunseo tercungap-cungap. "Mimpi rupanya" kata Eunseo. "Eunseo awak dah sedar?!" Eunwoo teruja.
"Syukurlah awak dah sedar" kata Inseong. "Eunwoo, Inseong, korang berdua masih hidup!" kata Eunseo. Eunwoo dan Inseong hairan mendengar kata-kata Eunseo. "Papa dengan mama mana?" soal Eunseo lagi. Air muka Eunwoo dan Inseong berubah. "Sebenarnya......" Eunwoo menceritakan hal yang sebenar-benarnya. Eunseo tergamam. Dia sendiri tidak menyangka mimpi buruknya itu sebenarnya realiti. Air matanya mula mengalir deras. Beberapa hari kemudian, Eunseo dibenarkan pulang ke rumah. Dia diamanahkan untuk tinggal bersama Eunwoo. Ibu bapa Eunwoo pula menerima kehadiran Eunseo dengan baik. Sabtu 12/3/2016 mereka mengambil angin di Sungai Han. Eunseo menceritakan tentang mimpinya. "Seriously seram betul mimpi awak Eunseo. Tak sangka dalam mimpi tu saya akan mati dalam keadaan camtu" kata Inseong. "Takpelah, at least tu semua mimpi. Bukannya realiti. Dan Eunseo, awak jangan risau, walaupun awak dah kehilangan papa dan mama awak, tapi awak masih ada papa, mama saya dan kami berdua. We'll always stay by your side" terang Eunwoo. "Yes betul tu. Kita kan sahabat baik selama-lamanya" tambah Inseong. Eunseo hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
YOU ARE READING
The Diary [Malay FF]
FanfictionKehidupan Eunseo berubah 360 darjah setelah kematian ibu bapanya. Mujurlah dua sahabat baiknya, Eunwoo dan Inseong sentiasa berada di sisinya. Namun begitu, kejadian misteri mula menimpa Eunseo setelah dia menemui bukan satu tapi dua diari dalam mas...