Fourteen

229 20 0
                                    

 Mereka tiba di Sungai Han tidak lama kemudian. Ramai juga orang ketika itu. "Kita nak cari apa kat sini?" soal Inseong. "Aku tak pastilah. Tak banyak benda kita boleh cari kat sini. Takpelah kita jalan-jalan dulu" kata Eunwoo. Mereka bersiar-siar di pesisiran sungai sebentar. "Dah ahh bro. Baik kita ke hutan tu. Kita dah banyak buang masa kat sini" ujar Inseong. "Pelik jugak. Aku tak nampak sebarang buku atau sampah kat kawasan sungai ni" kata Eunwoo. "Sungai Han ni antara sungai terbersih di dunialah. Mustahil ada banyak sampah. Dah jom gerak" pinta Inseong sekali lagi. Inseong melemparkan kunci keretanya kepada Eunwoo. Eunwoo terkejut. "Kau drive. Aku tak tahu sangat hutan tu kat mana" jelas Inseong. "Ye la ye la jom" Eunwoo dan Inseong kembali ke kereta. Mereka menuju ke hutan di jalan lama tersebut. "Kalau kita tak jumpa sebarang petunjuk kat Sungai Han tadi, ini bermakna ni semua berpunca dari hutan tu" Inseong membuat andaian. "Berkemungkinan besar ya sebab tiada apa yang pelik kat Sungai Han. Aku rasa diari baru tu pun berasal dari hutan tu" Eunwoo pula membuat andaian.

"Maybe. So skrg kita kena fokus kat diari lama tu je. Kita kena cari balik tempat kita bakar diari tu" cadang Inseong. "Tapi aku peliklah apa kena mengena diari2 ni dengan Eunseo? Setahu aku Eunseo takde pulak amalkan ilmu hitam atau ada kuasa ghaib" Eunwoo hairan. "Kau ingat tak ayah Eunseo kata apa? Dia kata dia jumpa diari lama tu kat jalan lama tu bertahun-tahun dulu maknanya....." kata Inseong. "Maknanya diari tu mungkin diari org lain punya!" Eunwoo terfikir sesuatu. Inseong hanya mengangguk. Mereka tiba di hutan tersebut tidak lama. Hari pula semakin petang. Mereka perlu bertindak pantas. "Kau ingat kau bakar kat mana diari tu?" soal Inseong. "Mesti ahh aku ingat. Aku yang bakar" jelas Eunwoo. 5 minit kemudian mereka tiba di tempat mereka membakar diari tersebut. "Pelik, dah dekat 2 minggu kita bakar diari ni tapi kesan terbakarnya nampak mcm baru" Inseong hairan. Eunwoo pula menemui sesuatu di sebalik abu tersebut. "Tengok ni. Ada gambar" kata Eunwoo. "Gambar siapa pulak ni?" soal Inseong. "Takpelah. Nanti kita siasat. Cukupla jumpa gambar ni sebagai bukti" jelas Eunwoo.

Ada seorang gadis memerhatikan mereka dari jauh. Mereka tidak menyedarinya. Mereka berdua pulang ke rumah tidak lama kemudian. Malam itu, Eunwoo memeriksa gambar tersebut dengan teliti. "Aku rasa macam pernah tengok budak2 dalam gambar ni. Tapi..." Eunwoo bermonolog sendirian. Dia menyimpan gambar tersebut di dalam poketnya. Dia keluar dari bilik sebentar. "Mama, mana Eunseo?" soal Eunwoo. Dia langsung tidak nampak kelibat Eunseo sejak pulang dari rumah tadi. "Dia teman papa pergi jumpa kawan-kawan dia. Lepas tu pergi jalan-jalan rasanya" terang ibu Eunwoo. Eunwoo hanya menggangguk. "Jaga rumah jap. Mama nak hantar spaghetti ni kat jiran sebelah. Jangan keluar rumah" pesan ibu Eunwoo. "Kalau mama dah suruh jaga rumah ni dah confirm la dia nak bergosip dengan mak cik sebelah...mama mama" Eunwoo tersenyum keseorangan. "Alang2 semua dah takde kat rumah skrg ni...." Eunwoo bercadang untuk ke masuk bilik Eunseo untuk membaca diarinya sekali lagi. "Ahad, Selasa, Khamis... jadi aku kena baca semalam punya" bisik hati kecil Eunwoo. Dia terus curi-curi masuk ke bilik Eunseo.

[24/3/2016 Best dapat lepak dengan Dayoung dan Bona tadi. Kitorang pergi tengok wayang, makan, shopping. Tapi yang tak bestnya, kenapa Eunwoo dan Inseong tak tegur aku balik ha? Diorang jalan betul2 depan aku tapi buat tak tahu je... hmm sampai hati]. "Hmm aku dah agak. Teori selang sehari tu memang betul. Tapi kenapa susah sangat nak selesaikan misteri ni" Eunwoo bermonolog sendirian. "Mama! Eunwoo! Mana diorang ni?" pekik Eunseo. Eunwoo tidak sedar yang Eunseo sudah pulang. Kebetulan pula pintu rumah tidak dikunci. "Takkan aku tinggal sorang je. Papa dahla pergi rumah kawan dia jap" rungut Eunseo. Eunwoo pula masih di dalam bilik Eunseo. Dia langsung tidak sedar akan kepulangan Eunseo. Dia masih duduk termenung. Eunseo naik ke atas. Dia terkejut melihat pintu biliknya tidak ditutup. "Eunwoo! Awak buat apa dalam bilik saya?!" sergah Eunseo. Eunwoo terperanjat. Dia mula panik. "Saya....saya...." dia mula gagap. Dia perasan ada sebuah buku di tangan Eunwoo. "Awak baca diari saya lagi?! Apa kena dengan awak ni?! Keluar dari bilik saya skrg!" Eunseo mula naik angin. Dia menghalau Eunwoo.

The Diary [Malay FF]Where stories live. Discover now