"Pelik ... dalam gambar tu just ada aku dan Inseong, mana ada orang lain" Eunwoo bermonolog sendirian. Tidak lama kemudian, Eunseo menghantar gambar berkenaan kepada Eunwoo. Eunwoo mula menghantar pesanan kepada Inseong melalui whatsapp.
Eunwoo
[Bro, aku rasa sumpahan tu belum berakhir]
Inseong
[Maksud kau?]
Eunwoo
[Tadi aku kemas bilik Eunseo.
Lepastu aku terjumpa diari baru dia.
Aku pun bukak baca diari dia tu]
[Lepastu, Eunseo ada tulis ada orang berenang
belakang kita masa dia tangkap
gambar kita berdua masa kat sungai han haritu]
[Tapi kann bro, aku dah check balik gambar tu.
Memang takde orang lain selain kita dalam gambar tu]
[Ni gambar haritu]
[ /image/]
Inseong
[Biar betul bro?!
Memang takde orang lain dalam gambar ni selain kita berdua.
Takkan sumpahan tu belum berakhir?
Kan kita dah bakar diari tu]
Eunwoo
[Tu la masalahnya. Aku dah mula risau ni.
Belakangan ni aku tengok Eunseo okay je.
Takde pulak benda pelik yang berlaku]
Inseong
[So apa yang kau nak buat?]
Eunwoo
[Aku ada idea.
Tapi kau kena tolong aku]
Inseong
[Ok no hal
So apa yang kita nak buat]
Eunwoo
[Esok jugak aku akan curi-curi baca diari dia.
Aku akan dapatkan petunjuk yang lain]
[Tugas kau bawak dia jalan-jalan esok.
Kau ajak dia keluar.
Jangan balik sehingga diberitahu]
Inseong
[No problem
Tapi masalahnya nak ke Eunseo keluar berdua dengan aku?
Kita kan selalu keluar bertiga je]
Eunwoo
[Alaa, kau guna je alasan apa-apa.
Hmm kau mintak dia ajar buat kerja kursus.
Settle masalah]
Inseong
[Good idea. I'll try.
Apa-apa hal aku ws kau]
Eunwoo
[Okay bro]
Selepas bermesej dengan Eunwoo melalui whatsapp, Inseong menghantar pesanan whatsapp kepada Eunseo pula.
Inseong
[Hai Eunseo]
Eunseo
[Hai Inseong]
Inseong
[Esok awak free tak?]
Eunseo
[Free je. Kenapa?]
Inseong
[Hmm boleh tak ajar saya buat kerja kursus Sejarah ni?
Saya tak berapa faham]
Eunseo
[Ohh boleh je.
Kita bertiga nak berkumpul dekat mana?]
Inseong
[Bertiga? Eunwoo tak ikutlah.
Dia kata dia tak larat esok so dia tak dapat join]
Eunseo
[So kita berdua je la?
Ok takpe.
Kita berkumpul dekat taman boleh?]
Inseong
[Ok set.
Pukul 9 am esok saya datang jemput awak.
Ok bye Eunseo~]
Inseong memberitahu rancangan untuk esok kepada Eunwoo. Eunwoo bersetuju dengan rancangan rapi Inseong. Mereka berdua bersiap sedia untuk rancangan esok. Pukul 8.55 am, Eunseo menunggu kehadiran Inseong. Dia sudah siap berpakaian cantik. "Wahh cantiknya awak harini. Nak pergi dating ehhh?" usik Eunwoo yang baru sahaja menuruni tangga. "Mana ada. Merepek je awak ni. Saya nak siapkan kerja kursus dengan Inseong la. Betul ni awak tak nak ikut?" soal Eunseo. "Takpelah awak. Penat semalam pun tak hilang ni. Jadi saya ambik keputusan untuk berehat je harini" jelas Eunwoo. 5 minit kemudian, Inseong pun tiba. Dia membawa Eunseo pergi ke taman berdekatan. "Lebih baik aku mandi dan makan dulu, dan pastu baru mulakan misi" bisik hati kecil Eunwoo. Inseong dan Eunseo tiba di taman beberapa minit kemudian. Inseong masih kekok untuk berdua-duaan dengan Eunseo walaupun mereka sudah lama menjadi sahabat. Lama-kelamaan, dia sudah biasa bergaul dengan Eunseo.
YOU ARE READING
The Diary [Malay FF]
FanfictionKehidupan Eunseo berubah 360 darjah setelah kematian ibu bapanya. Mujurlah dua sahabat baiknya, Eunwoo dan Inseong sentiasa berada di sisinya. Namun begitu, kejadian misteri mula menimpa Eunseo setelah dia menemui bukan satu tapi dua diari dalam mas...