Nine

205 21 1
                                    

Dia bimbang rahsianya akan terbongkar dan dia malas untuk menceritakan hal diari tersebut satu persatu melalui telefon.

Eunwoo: <Esok lepas aku hantar Eunseo balik, aku ambik phone kat rumah jap and then terus gerak ke rumah kau. Okay?>

Inseong: <Bolehlah. Asalkan aku dapat tahu misteri disebalik diari baru Eunseo tu>

Pukul 2 pm keesokan harinya. Eunwoo menghantar Eunseo pulang terlebih dahulu dan terus mengambil telefon bimbitnya. Dia terus menuju ke rumah Inseong. Eunseo pula hairan melihat Eunwoo yang tergesa-gesa. "Lambatnya kau ni" kata Inseong sebaik sahaja melihat kelibat sahabat baiknya. "Jalan sesak dowhh. Aku dah rush secepat mungkin kot" balas Eunwoo ringkas. "So camne? Apa maklumat yang kau dapat?" soal Inseong yang terus masuk ke topik utama. "Banyak maklumat yang aku dapat. Semuanya ada dalam phone. Aku tangkap gambar setiap diari yang Eunseo tulis bermula 12/3 sabtu lepas" Eunwoo menunjukkan gambar-gambar yang diambil. "Baiklah aku akan terangkan secara terperinci. Diari ni memang 100% Eunseo yang tulis. Then, memang perkara-perkara pelik berlaku kat Eunseo tapi kita tak nampak/tak perasan" terang Eunwoo. "Maksud kau? Sumpahan tu belum berakhirlah?" soal Inseong hairan. "Sumpahan tu dah berakhir tapi ada pulak kejadian pelik dan sumpahan baru berlaku kat Eunseo" jelas Eunwoo. "Biar aku terangkan. Benda-benda pelik yang berlaku kat Eunseo start pada hari sabtu 12/3. Tapi kejadian pelik ni hanya berlaku selang hari, contohnya, Sabtu, Isnin, Rabu, Jumaat" terang Eunwoo. Kemudiannya dia memberikan kertas kepada Inseong. "Baca tu, aku dah ringkaskan kejadian pelik yang berlaku" kata Eunwoo.

[Sabtu 12/3/2016: Ada orang berenang di belakang kita]

[Isnin 14/3/2016 Waktu petang: Ternampak budak perempuan berdiri atas bumbung sekolah]

[Rabu 16/3/2016 Waktu koko: Ternampak ada seorang gadis berambut panjang paras pinggang berdiri sebelah Inseong]

[Jumaat 18/3/2016: Ternampak Eunwoo ada kat luar rumah pukul 1 am]

Inseong terkejut setelah habis membacanya. "Biar betul dia nampak perempuan rambut panjang sampai ke pinggang berdiri sebelah aku. Aku tak rasa apa-apa pun dan apa yang misterinya [Ternampak budak perempuan berdiri atas bumbung sekolah] ni?" soal Inseong. "Waktu koko minggu lepas kita main bola kan? Memang betul takde siapa pun berdiri sebelah kau time kau tengah rehat. Kau memang keseorangan. Aku boleh sahkan. Isnin lepas aku dengan Eunseo pulang lewat sikit sebab kemas kelas. Kitorang berdua je yang kemas kelas dan aku perasan Eunseo asyik pandang bumbung sekolah je. Aku yakin takde siapa pun kat atas tu. Yang [Jumaat 18/3/2016: Ternampak Eunwoo ada kat luar rumah pukul 1 am] pulak memang aku sendiri terkejut. Haritu aku tido pukul 11.30 pm kot. Pukul 9 am esok baru bangun. Kesimpulannya memang ada yang tak kena dengan Eunseo" terang Eunwoo dengan panjang lebar. Inseong pula membaca diari Eunseo dan nota ringkas Eunwoo. "Betul kata kau, Ahad, Selasa, Khamis, takde benda pelik yang berlaku" ujar Inseong. "Tunggu kejap; Sabtu, Isnin, Rabu, Jumaat..... Ahad.... Maknanya ada benda pelik yang berlaku semalam!" Inseong membuat andaian. Eunwoo terkejut besar. Dia sendiri tidak dapatkan memikirkan perkara itu. "Kau ada nampak tak benda pelik2 semalam?" soal Eunwoo. "Semalam kitorang ke taman, KFC dan Aeon. Aku tak nampak benda-benda pelik. Kau pulak?" jelas Inseong. "Semalam lepas Eunseo balik dia terus tidur. Petang tu dia tengok tv dan malam pulak buat kerja sekolah. Aku perhatikan gerak geri dia seharian" jelas Eunwoo

The Diary [Malay FF]Where stories live. Discover now