Tepat pukul 2am, Eunseo terjaga dari tidur untuk ke tandas. Selepas kembali dari tandas, hatinya tergerak untuk memeriksa diarinya. Dia membuka diarinya dan terkejut. [8/3/2016 10.30am Aku tunggu Eunwoo dan Inseong kat kantin. Lambat betul diorang ni. 5 minit kemudian, diorang pun muncul tapi pelik.... Siapa yang ikut diorang dari belakang tu?] "Kalau betul lah benda ni berlaku, maknanya mesti ada seseorang ikut diorang dari belakang esok" Eunseo yakin. Dia tidur kembali. Di kelas 6Cosmic1, Eunseo keluar terlebih dahulu meninggalkan Eunwoo dan Inseong yang pergi ke pejabat sebentar. Eunseo menunggu mereka berdua dengan penuh sabar. 5 minit kemudian, Eunwoo dan Inseong pun muncul. Eunseo ternampak seorang gadis mengekori rapat Eunwoo dan Inseong dari belakang. "Siapa tu?" kata Eunseo sambil menunding jari ke arah seseorang. "Apa?Mana?Siapa?" soal Eunwoo bertalu-talu. "Takkan korang tak perasan ada perempuan rambut pendek dan jalan tunduk je ikut betul-betul belakang korang" terang Eunseo. Inseong terkejut. "Apa awak mengarut ni Eunseo? Kitorang berdua je la dari tadi. Mana ada orang lain. kan Inseong" jelas Eunwoo. Inseong hanya mengangguk.
Waktu rehat telah tamat, Eunseo ke tandas sebentar dan meminta Eunwoo dan Inseong masuk ke kelas terlebih dahulu. "Tunggu jap bro. Aku nak cakap sesuatu" Inseong menghalang Eunwoo yang baru sahaja hendak bergerak pulang ke kelas. "Apa dia?" soal Eunwoo ringkas. "Apa yang Eunseo cakap tadi mungkin betul" kata Inseong. "Maksud kau? Aku tak fahamlah" Eunwoo bingung. "Actually kat sekolah ni 5 tahun dahulu, ada budak perempuan yang bernama Suzy bunuh diri. Rambut dia pendek dan selalu jalan tunduk je. Dia budak pandai tapi selalu kena buli. Dia ada suka kat sorang budak lelaki ni tapi budak lelaki tu langsung tak pedulikan dia. Diringkaskan cerita, disebabkan tekanan yang melampau dan cinta tak berbalas, dia ambik keputusan untuk bunuh diri kat blok pejabat tu time kelas malam" terang Inseong dengan panjang lebar. "Dari mana kau dengar citer ni?" soal Eunwoo. "Cikgu Sera la cerita haritu, takkan kau dah lupa?" balas Inseong. "Bila masa pulak?" Eunwoo hairan.
"Bulan lepaslah. Ohhh baru aku teringat, time tu kau tak datang sekolah patut ahh kau tak tahu" kata Inseong. "Kalau kisah tu kisah benar, kenapa Eunseo tak kata Si Suzy tu yang follow kita dan kenapa dia sorang je boleh nampak?" soal Eunwoo lagi. "Masa Cikgu Sera cerita tu, dia cerita kat gang2 kita je. Eunseo dengan gang-gang bergosip kat belakang sebab tu dia tak tahu. Aku pun tak tahu kenapa dia sorang je boleh nampak. Tu mungkin imaginasi dia" jelas Inseong. Malam itu, Eunseo tidur agak lewat kerana sibuk menyiapkan kerja kursusnya. Diarinya diletakkan di dalam laci meja. Dia masih ragu-ragu untuk membaca diari itu atau tidak. Akibat perasaan ingin tahu yang tinggi, dia mengambil diari itu dan membacanya. Matanya terbeliak. Petang keesokan harinya, ibu dan bapa Eunwoo keluar membeli barang dapur. Eunwoo berada di dalam bilik sementara Eunseo leka menonton televisyen di ruang tamu. Senja menjelang tiba, hari makin mendung, ibu bapa Eunwoo masih belum pulang. "Mama dan Papa belum balik lagi ke?" soal Eunwoo sambil menuruni tangga. "Belum" balas Eunseo ringkas.
Eunwoo duduk di atas sofa bersebelahan Eunseo. Eunseo memerhatikan sahaja wajah tampan Eunwoo. Eunwoo perasan Eunseo asyik memandangnya sejak tadi. "Kenapalah Eunseo pandang aku semacam ni" desis hati kecil Eunwoo. Sedang mereka leka menonton televisyen, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. Bekalan elektrik terputus. Eunseo terkejut dan terus memeluk tubuh Eunwoo akibat terlalu panik. "Jangan risau, saya ada. Tunggu sini eh, saya nak pergi ambik lilin" kata Eunwoo. "Nak ikut" pinta Eunseo. Eunseo mengekori Eunwoo dari belakang. Eunwoo menggunakan telefon bimbitnya sebagai lampu suluh untuk ke dapur. "Awak tahu lilin kat mana?" soal Eunwoo. "Dalam laci tu" jawab Eunseo ringkas. Eunwoo terus menggeledah laci di dapur untuk mencari lilin. Sedang asyik Eunwoo mencari lilin, Eunseo tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di tingkap. "Mungkin sebab angin" Eunseo berfikiran positif. Bunyi ketukan itu tidak berhenti. Yang peliknya, Eunwoo langsung tidak mendengar bunyi ketukan itu. Eunseo memberanikan diri menoleh ke belakang untuk melihat tingkap tersebut.
YOU ARE READING
The Diary [Malay FF]
FanfictionKehidupan Eunseo berubah 360 darjah setelah kematian ibu bapanya. Mujurlah dua sahabat baiknya, Eunwoo dan Inseong sentiasa berada di sisinya. Namun begitu, kejadian misteri mula menimpa Eunseo setelah dia menemui bukan satu tapi dua diari dalam mas...