"Klia, here i come!"
Harini merupakan hari yang paling berbahagia bagi insan yang bernama Nabihah bt Saahal. Ha kau, sastera bm terus.
Alhamdullilah, dengan apa yang telah dicapainya dalam keputusan spm, dia dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di Universiti Korea!
"Biha! Cepat turun, teksi dah sampai" Jerit mak Nabihah dari bawah.
"Ye ma! Dah siap dah" jawab Nabihah. Padahal tangan masih sibuk mengepin tudungnya.
"Ok, jom!". Nabihah mengambil beg tangannya, beg sandangnya dan beg luggagenya. Ha beg apa lagi?!
Langkahnya laju menuruni anak tangga menuju ke arah bawah.
"Haih, anak dara anak dara. Tak sah kalau tak siap lambat" bebel ayah Nabihah, Encik Saahal.
"Ala yah, biasalah perempuan kan, kenala lawa lawa" jawab Nabihah.
"Tak payah lawa sangat la. Kamu tu je dah lawa" puji Encik Saahal dan itu membuatkan Nabihah kembang.
"Ha kembang ler tu. Ha dah la, tu teksi dah sampai tu" kata Mak Nabihah.
"Hehehe, mana ada. Okaylah, Biha pergi dulu". Biha mengambil tangan maknya untuk disalam.
"Kamu jaga diri dekat sana. Ingat, awak tu sorang sorang je kat sana, dah la perempuan" pesan Mak Nabihah.
"Ala ma, si Biha ni bukannya kecik lagi. Pandai la dia jaga diri" kata kakak Nabihah.
"Takpa ma jangan risau. Pandai pandai la Biha jaga diri"
"Pa, Biha pergi dulu" Nabihah menyalam tangan bapanya pula.
"Belajar elok elok tau. Duit tu kalau tak cukup cakap. Dah sampai sana nanti, call tau" kata Encik Saahal.
"Hehehe okay yah"
Pemandu teksi yang telah ditempah untuk menghantar Nabihah ke KLIA itu pun mengambil beg-beg Nabihah dan dimasukkan ke dalam bonet.
Nabihah berjalan bersama ahli keluarganya ke teksi buat kali terakhir sebelum dia berlepas ke Seoul, Korea.
"Em... hug?" Tanya Nabihah sambil tersengih.
Keluarganya memandang sesama sendiri dan tersengih.
"Okay, jom". Mereka semua pun berpeluk pelukan sebelum Nabihah berangkat ke Korea.
"I'll miss you all" kata Nabihah seperti ingin menangis.
Lerai sahaja peluk, Nabihah tidak dapat menahan sebaknya untuk meninggalkan keluarganya. Air mata terus mengalir dipipi putih gebunya.
"Aih, Biha apa nangis ni?" Mak Nabihah mengelap air mata anak perempuannya.
"Nanti Biha rindu korang.." Nabihah menangis teresak esak.
"Ai, jangan nangis. Sepatutnya Biha happy la dapat lanjutkan pelajaran. Ni tak, sedih pula. Takpa la, Biha kan pergi untuk belajar bukannya suka suka pun" nasihat Mak Nabihah.
"Dah, pergi sana. Pemandu tu dah tunggu". Nabihah pun mengelap air matanya sebelum masuk ke dalam teksi.
Nabihah menurunkan tingkap teksi itu.
"Bye, jangan ngorat mamat Korea pulak!" Sakat abang Nabihah membuatkan Nabihah kembali tersenyum.
"Eleh, kalau nak ngorat pun kenapa? Tak boleh?" Jawab Nabihah. Boleh pula menyakat time-time sekarang ye?
"Tak boleh la. Gatal eh kau!"
Nabihah menjelir lidah. "Wekk, biar la. Dahla bye!"
Keluarga Nabihah melambai tangan ke arahnya dan dibalas Nabihah ceria.
YOU ARE READING
[C] GotBangtan
Fanfiction+kalau dah ada jodoh, memang tak ke manakan? collabs idea with; @anfrsha + ; 131016 - ; 111116