11ㅡ친구 합시다?

149 10 0
                                    

Ain Farisha P.O.V

Lamanya budak ni nak balikk! Makin risau aku dibuatnya! Aku berjalan ke depan dan kebelakang.

Biha! Biha! Boleh dengar akak tak? Biha kat mana? Jumpa tak alamat akak bagitu?

Macam dia dengar Ain oii! -___-

Tok! Tok! Tok!

Aish buat terkejut jela! Harap-harap lah tu Biha! Aish

"Assalamualaikum!" jerit seseorang dari luar rumah. Suara Nabihah!! Aku terus membuka pintu. Kelihatan Nabihah sedang memegang telefon bimbitnya.

"Waalaikumussalam Biha!! Dibuatnya akak risau! Pergi mana ha? Tak bagitahu akak pun? Dengan siapa?"

"Bertubi tubinya soalan kak oi! At least bagilah Biha masuk rumah akak ni dulu ke lepastu akak buat air ke ha. Lepastu ha tanyalah apa nak." sindir Nabihah.

"Yelah masuk masuk." aku menjemputnya dengan riak wajah tak ikhlas. Memang tak ikhlas pon!

"Waa~! Lawa gak en." puji Nabihah. Perli lagi ke..

Aku tidak membalas pujinya sebaliknya aku telah menghilangkan diri ke dapur.

"Nah." aku menghulurkan air kosong kepada Nabihah. Dia memandang aku pelik.

"Apa ni?"

"Seriously? Tadi kata nak air. Nilah air." aku membuat muka -_- apa jadahnya budak ni.

"Oh eh Biha mintak eh lupa pulak hahahaha!" aku mencebikkan muka.

"Eh pasal apa air ni rasa macam air paip? Laaa air kosong je?" rungutnya lagi. Okay serious aku rasa aku nak tampar keturunan jebon ni.

"Tadi Biha kata buat air. Tak kata buat air apa jadi akak pun kasilah air kosong aje." aku membalas sambil mencepuk kepala Nabihah. Dia memberi poker face. Jawapanku tidak dibalasnya.

"Ha jawab pat soalan-soalan akak ni. Biha pergi mana? Buat apa? Dengan siapa?" tanyaku menembak berpelurukan senapang berpandu laser AX370 ceh memandai je author ni. --.--

"Biha pergi minum. Dengan Jin." jawab Nabihah sambil meminum air. Tu je ke kau jawab biha.

"Fuhh ajakkkk! Eh Jin?? Wahhh junior dah bahagia!" kataku sambil menepuk tangan.

"Dia yang ajak ok. Ala akak sibuk je nak ikut." kurang asam pedas punya Biha.. tergamak kau berkata begitu kepadaku.

"Eh akak hot news! Memang akak terkejut punya lah!" kata Nabihah. Aku mencapai gelas yang berada ditangannya lalu ditegup. Aku hanya memandang Nabihah.

"Jin kan.. Jin kan.. Jin.. Jin.."

"Jin! Jin! Jin apa?" sergahku sedikit geram. Budak ni pun satu. Cerita tu biarlah betul betul.

"Jin masuk Islam!" jawab Nabihah berserta laju. Naik roma aku bila dengan budak ni. Biar tembikai? Tembikai? Saje tembikai, dah selalu dengar betik so kita tukar sikit.

"Kau biar benar Biha?" aku menampar pipinya lembut.

"Aish betul seh! Nanti kat U, akak tanya dia sendiri." jawab Nabihah. Gila ke..

"Tapikan Biha, akak rasa macam nak berbaik dengan diorang lah. Tak elok bermusuh musuh ni." kataku. Betul apa. Takde niat lain k..

"Biha pun rasa macam tu. Jom kita berbaik nak? Even diorang yang salah but biarlah kita yang mengalah. Mengalah bukan tanda kalahkan?" aku mengangguk sambil tersenyum. Hm apa akan jadi eh nanti? Diorang terima tak? Banyak persoalan dalam minda aku.

***

Seokjin membentangkan sejadah untuk menunaikan solat Asar. Sejurus itu, dia terus solat tanpa berlengah lagi.

Selepas bertemu dengan Allah, dia mengangkat tangannya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Kau ampunilah dosa-dosa adik-adikku ya Allah. Kau berilah hidayah kepada adik-adikku sebagaimana kau beri hidayah kepada aku ya Allah. Kau berilah hidayah kepada mereka untuk menerima agama Islam yang Indah ini ya Allah." tanpa tersedar air matanya jatuh berguguran. Sungguh dia berasa begitu tenang menghadap kepada Tuhan yang Maha Esa.

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mendengar ya Allah. Maka kau ampunilah dosa-dosaku ya Allah. Sungguh aku jahil tentang agama ya Allah. Sungguh aku ingin mencari ketenangan dari dulu hingga sekarang ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Engkau telah menemukan aku dengan seorang insan yang amat baik ya Allah. Insan yang memperkenalkan aku erti agama ini Ya Allah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin." tanpa tersedar, readers pun membaca doa ini. Seokjin melipat sejadahnya. Dia mengesat lembut air matanya yang gugur tadi. Selepas itu dia keluar dari biliknya untuk memasak buat adik-adiknya untuk makan malam.

"Jin-hyung, hyung buat apa tadi?" tanya Namjoon atau Rap Monster. Semua mata memandangnya hairan.

"Hyung tunduk-tunduk tadi sembah apa?" tanya Suga aka Min Yoongi.

"Tadi Hope ada dengar hyung sebut.. apa eh.. ha! A-Al-Allah?" J-Hope atau Hoseok pula menanya.

"Aku dah jumpa ketenangan yang aku cari selama ni." jawab Seokjin tenang.

"Jinjja?" serentak semua bertanya. Mereka ber-enam mengerlipkan mata tanda tidak percaya.

"Ya dan bermula sekarang panggil aku Seokjin dan bukan Jin lagi."

"Okay s-seok-Seokjin hyung!" serentak juga mereka menjawab.

"Hyung dah jumpa ketenangan? Ketenangan macam mana tu?" soal Park Jimin.

"Kalau kitorang nak ikut juga boleh?" tanya Kim Taehyung aka V.

"Kookie pun nak!!" jerit Jungkook kebudak-budakkan.

"Ketenangan tu aku belajar dari Biha. Dan ketenangan tu adalah.. aku solat serta berhadapan dengan tuhan aku, Allah." mereka berenam betukar pucat.

"B-Biha? Budak pendek tu?" soal Jimin.

"Kau dengan dia sama je pendek. Takde beza." sampuk V.

Jimin memandang V tak berpuas hati. Bayangkan..

"Yup. Seriously aku cakap, sebenarnya dia tu baik. Cuma perangai dia dengan Farisha macam lelaki. Aku keluar dengan Biha tadi sebab niat aku nak dia bawak aku masuk Islam." wajah-wajah enam reptilia bertukar pucat kembali.

"Korang janganlah benci diorang berdua tu. Kita berbaik dengan diorang tau masa kat U nanti." Seokjin tersenyum melihat adik-adiknya. Namjoon mara ke hadapan sambil tersenyum.

"Kalau itu yang hyung nak, Namjoon sebagai leader, setuju dengan keputusan hyung. Walaupun Namjoon leader, Namjoon tetap hormat Seokjin-hyung sebagai hyung Namjoon." jawab Namjoon sambil tersenyum ikhlas. Seokjin juga membalas senyuman Namjoon.

Hm rasanya diorang terima ke tak eh? Apa yang akan jadi nanti eh?

Bisik Seokjin dalam hati.

[C] GotBangtanWhere stories live. Discover now