16ㅡ태, 꾹이, 침침

146 7 0
                                    

Nabihah P.O.V

Aku berjalan ke rumah bersama maknae line iaitu Jungkook, Jimin dan Taehyung. Maklumlah aku baru tahu yang diorang ni jiran dengan aku je.

Tapi yang aku pelik, perlu ke diorang nak pakai mask bagai ni? Bukan Bangtan dah bubarkan group dia ke sebab nak sambung belajar?

Pelik, pelik.

"Noona, Kookie rasakan Seokjin hyung suka noona." Jungkook bersuara seperti budak-budak. Halah dia ni comel je!

"A'ah betul tu. Dia selalu puji kau kat rumah. Aku je dah naik nyampah asyik dengar 'Nabihah' 'Nabihah' 'Nabihah'!" gumam Jimin. Jeles lertu? Haktuihh.

"Biha tak suka Seokjin, Biha suka Taetae je." kata V sambil jalan dengan bongkaknya. Hm korang ni comel lah. Macam adik beradik aku tengok.

Hm aku pun tak tahu nak pilih siapa. Tae ke Seokjin? Dua dua macam adik beradik aku!

"Kookie janganlah cakap macam tu. Takde maknanyalah okay?" aku menafikan apa yang dikatakan oleh Jungkook. Dia terus menjuihkan mulutnya sampai muka bertukar macam itik.

Eh tak aku gurau je. Dia dah officially arnab takkan nak bertukar itik pulak.

"Eh Biha, kau takde perasaan kat hyung kitorang tu ke?" tanya Jimin.

"Takdenya dia nak ada perasaan kat hyung bibir besar tu. Biha nak kat Taetae je." sampuk Taehyung. Amboi selamba badak je kau cakap macam tu kan. Dahla kutuk hyung sendiri.

"Bagitahu hyung Taetae kutuk hyung!" ugut Jungkook sambil menyorok belakang aku. Halah halah ni yang comel ni!

"Kookie bagitahu hyung, Taetae taknak kawan Kookie." ugut Taehyung pula. Amboi main ugut-ugut tak ajak aku. Jimin pula hanya menggulingkan matanya sebab dirinya dianggap tidak wujud.

Tiba-tiba langkah aku terhenti. Begitu juga dengan Jimin. Budak berdua yang main nyorok-nyorok dengan aku sampai menyampah aku dibuatnya terus berlanggar dengan aku.

Fuh, nasib baik budak 2 ekor ni tak himpap aku.

"Wae?" tanya Taehyung dan Jungkook serentak. Mereka pun memandang ke arah aku dan Jimin pandang.

Aku hanya kaku melihat tubuh seseorang yang sangat aku kenali tiba-tiba memeluk seorang yeoja. Perit hati aku dibuatnya.

"Tu..tu.. h-hyung kan?" tanya Jungkook sambil menundingkan jarinya ke arah sisa tubuh yang sedang berpelukan itu.

"Takkanlah.." jawab Jimin pula.

Aku semakin sebak. Lelaki itu adalah.. Seokjin yang sedang berpeluk dengan seorang yeoja yang berskirt pendek paras lutut. Jujur aku cakap yeoja tu amat lawa walaupun dari jarak jauh.

Aku hanya menahan air mata dari jatuh berguguran. Haih hati, sudahlah kau jangan nak berdrama kat sini.

Apakan daya seorang perempuan. Tahan air mata kuat mana sekalipun, tetap air mata nak jatuh jugak.

"Gwenchaneyo?" tanya Taehyung sambil memegang bahuku. Kemudian dia memalingkan tubuhku menghadapnya.
Air mata yang tadi aku tahan dari jatuh berguguran, akhirnya jatuh jua.

"Wae wae? Biha kenapa ni?" tanya Taehyung cemas.

"Noona, mata dengan hidung noona merah!" kata Jungkook dengan nada sedikit kuat.

"Jom jom bawak dia masuk." ajak Jimin pula. Aku hanya mengikuti mereka. Mujurlah kami berhenti berhadapan dengan apartment rumah kami.

Aku hanya melangkah longlai memasuki perkarangan rumah. Dia kata dia suka aku, tapi.. tapi kenapa dia peluk perempuan lain? Takkan aku tak bagitahu yang haram sentuh perempuan bukan mahram.

[C] GotBangtanWhere stories live. Discover now