Ain Farisha P.O.V.
"Ha masalah apa pulak ni? Penat aku datang jauh jauh" kata Mark dengan poyonya. Gosh.. ni semua Jimin punya pasal!
"Eleh hyung datang pun sebab nak jumpa Farisha noona kan? Kalau tak berbaik, takdenya nak datang!" Yugyeom memerli Mark sehingga Mark terasa deep yang mendalam. Hm, hiperbola.
"Eh kau! Mana ada!" Mark menafikannya. "Eh dah dah. Kita datang ni nak bincang masalah bukannya nak tengok lakonan korang yang dah lapuk ni!" Kata Jimin. Mark dan Yugyeom berjelingan antara satu sama lain.
"So mana Biha?" Tanya Taehyung. "Haah, mana Farisha noona? Kita kat rumah diorang but diorang takde. Apa ni??" Tanya Jungkook pula.
Semua Bts dan Got7 berpandangan. "Abis.. cana kita masuk rumah diorang ni?" Tanya Jin Young keliru.
Justeru, bunyi kunci kendengaran. Kesemua mereka memandang ke arah Jimin yang sedang memegang kunci dan menggoyangkannya.
"Kau Jimin?" Tanya Mark. "Aku ambik dari beg Farisha tadi time rehat" Jimin menunjukkan muka poyonya kerana berjaya mengambil kunci rumah aku. Cis, tak guna!
"Eh kau! Sukati je selongkar beg girlfriend orang!" Mark memukul Jimin. "Aww! Sakit la hyung!" Jimin meronta kesakitan dan menggosok tempat yang dipukul Mark.
Jungkook menggelengkan kepalanya. "Hyung.. tak baik tau curi orang punya" kata Jungkook. "Tah kau ni!" Namjoon mengetuk kepala Jimin. Ha kau kena setepek lagi...
"Kita kan dah janji nak jadi baik?" Marah Namjoon. "Hm.. sorryla" kata Jimin dengan sayu.
"Buat apa mintak maaf dekat kitorang? Mintak maaf dekat Farisha.." kata Namjoon tegas. Cewah, leader sorang ni.
"Yelah.. tapi bagus kan aku ambil kunci dia. Boleh la kita buat surprise kat Farisha and Biha kan bila diorang masuk nanti. Kan?" Tanya Jimin teruja. Got7 dan Bts segera membuat muka 'apa yang kau merepek ni?'.
"Okay.. mungkin tak." keluh Jimin.
"Ya Kookie! Mana Seokjin hyung? Dia tak sibuk nak ikut korang ke?" Tanya Yugyeom kepada Jungkook.
"Kitorang tipu dia.. kitorang kata nak pergi library pastu dia taknak la ikut sebab dia penat." cerita Jungkook.
"Korang pergi library?" Yugyeom ketawa. Jungkook yang disebelahnya menjeling maut.
"Kenapa?? Tak pernah dengar orang pergi library ke?" Tanya Jungkook dalam nada annoying.
"Takde la, tanya je. Korang pergi library? Macam lawak je" Yugyeom masih tergelak. Kurang asam betol!
"Hello, kitorang budak-budak baik okay!" Sampuk Suga. "Eh yeke? Bukan ke kita benci library?" Tanya V. Aduhhh, V ni tak reti cover la!
Semua ahli BTS memandang ke arah V dan memberi pandangan maut.
"What?" Tanya V sambil membuat muka innocent.
"Dahla semua tu tak penting. Yang penting sekarang, Farisha dengan Nabihah ni mana?" Tanya Youngjae yang dari tadi mendiamkan diri.
"Taktahu.. tapi semalam kan kita dah bagitahu dorang nak jumpa?" Kata Hoseok.
"Mark.. cuba call" cadang JB. Mark membuat muka terkejut.
"Na(saya)?" Tanya Mark. "Yelah, takkan la Jin Young pulak" sindir Jackson.
"Hyung manalah ada nombor Nabihah" kata Mark blur. Aduhhh dia ni mesti tak makan ubat lagi, tu yang blur tu. Haih, nasibla sayang.. eh?
"La.. tak suruh pun call Nabihah. Call la Farisha" kata Namjoon. "Tah Mark hyung ni! Call la girlfriend kesayangan dia tu!" Sakat Jimin.
"Oh okay okay" kata Mark lalu mengeluarkan telefonnya. Dia mendail nombor aku.
YOU ARE READING
[C] GotBangtan
Fanfiction+kalau dah ada jodoh, memang tak ke manakan? collabs idea with; @anfrsha + ; 131016 - ; 111116