특별장❀나비핳❀

169 8 0
                                    

Krekk..

Pintu rumah kak Ain dibuka perlahan. Terus mataku dibuntangkan. Betapa terkejutnya aku tengok rumah ni! Masih dalam keadaan yang sama seperti sediakala. Tak berhabuk langsung, ada orang jagakah?

Aish, baguslah tu tak kotor. Senang hidup aku takyah bersihkan rumah ni!

Rindunya 6 bulan yang lalu! Aku nak sangat jumpa kawan-kawan lama aku! Agaknya diorang ingat aku ke tak eh?

Hmm biar jelah. Mungkin diorang dah mula busy. Kenapa aku nak sibukkan?

Ohya, aku telah selamat tiba di Korea pada pagi tadi! Seronoknya dapat balik sini! Tempat yang amat ku gemari sejak zaman persekolahan lagi.

Aku terus melabuhkan punggung di sofa yang amat aku rindu! Aish sofa, sofa.

Sedang aku leka melayan perasaan, tiba-tiba aku terdengar seperti seseorang hendak membuka pintu pagarku.

Ayam tol. Time petang macam ni lah nak buat aku takut.

Aku mencapai kayu besbol yang elok bersandar pada dinding ruang tamu. Terjengket-tengket aku menuju ke arah pintu keluar untuk mengetuk kepala pencuri itu.

Siap kau, pencuri. Aku belasah kau habis-habis.

Tanpa teragak-agak aku membuka pintu dengan sepantas kilat dan terus menghayunkan kayu besbol itu.

"Auch!" raung seseorang yang baru sahaja aku menghayunkan kayu besbol.

"Omo! Jungkook!" aku terus membuka pintu pagar dan membantunya bangun. Serta merta itu aku memapah Jungkook masuk ke dalam rumahku untuk dirawat.

Aish budak ni macam hantu.

***

"Noona tak bagitahu pun nak balik! Kookie rindu sangat dengan noona tahu tak?" aku meletakkan plaster pada lengan kirinya.

"Done!" aku tersenyum melihatnya.

"Noona bukannya taknak bagitahu. Cuma noona rasa macam menyusahkan. Kookie dan yang lain macam mana? Sihat?" soalku sebaik sahaja memasukkan alatan-alatan tadi ke dalam bekas.

"Yang lain sihat aje. Cuma Seokjin hyung je macam selsema sikit. Rindu noonalah tu." sakatnya. Heh ada-ada je lah dia ni.

"Ceh. Ni ha lupa nak tanya, macam mana Kookie boleh ada kat depan rumah noona tadi?"

"Oh, macam ni cerita dia. Kookie lalu tadi sebab nak check rumah ni. Masa noona tengah cakap dengan Taetae kat airport haritu, Farisha noona suruh tengokkan rumah. Lepastu tadi masa nak tengok, tiba-tiba je pintu rumah terbuka. Kookie ingat pencuri, bila Kookie nak masuk je tiba-tiba ada benda keras terhantuk dekat lengan kiri Kookie. Rupa-rupanya kayu besbol yang Namjoon hyung bagi haritu kat korang." terang Jungkook panjang lebar. Terus tawaku tergetus yang dari tadi menahan. Punyalah lawak dia kata terhantuk.

"Alolo mian sayang. Noona tak tahu." ucapku sambil tersengih.

"Nae. Noona nak tak pergi rumah kitorang? Mesti diorang semua rindukan noona. Lagipun Kookie rindulah dengan masakan noona. Asyik hyung je, muak dah." kutuk Jungkook terhadap Seokjin. Allahu budak ni nak kutuk pun bertempatlah.

"Boleh ke? Tak kacau diorang? Noona takut noona menyusahkan dioranglah. Mesti diorang busy sekarang." ucapku dengan nada yang sayu. Aish, sungguh aku rindu dorang!

"Noona. Apa noona cakap ni? Tahu tak diorang semua hampir setiap hari sebut nama noona sebab rindu. Diorang selalu throwback masa noona ada dulu. Diorang mesti rindu noona sekarang ni."

"Hmm.."

"Noona jangan fikir negatif sangat tau. Dah jom kita pergi rumah Abangtan yang di gilakan ramai perempuan tu." ajaknya sambil menarik-narik lenganku. Ceh di gilakan ramai perempuan.

[C] GotBangtanWhere stories live. Discover now