Nabihah P.O.V
Pelajaran pertama aku pun dimulakan. Kelas pertama yang aku belajar ialah kelas muzik!
"Okay guys. Seperti yang kamu semua tahu, kita ada pelajar baru. Jadi, saya nak jemput pelajar baru itu untuk ke depan dan perkenalkan diri dia." kata miss Hae Jin.
Miss Hae Jin, aka cikgu muzik di kelas kami memanggilku. Aku dengan malu malu kucingnya bangun dari tempat dudukku. Aku berdiri di depan dan mula memperkenalkan diriku.
"Annyeonghaseyo, my name is Nabihah. Just call me Biha. Please treat me well, thankyou." kataku sambil tersenyum mesra.
"Wuuuuuu~~~". Aku memandang si Jin. Apa wuuu wuu ha? "Piwittt!" sakat Min Yoongi pula. "Woahh!" jerit GOT7 dan BTS serentak.
"Aduh, memekak la wuuu wuuu. Tak pernah tengok orang perkenalkan diri ke?" ha amek kau setepek sindiran Kak Ain. Jin yang duduk didepannya memandang ke belakang dan memberi menjelingan maut ke arah Kak Ain.
"Goodjob kak Ain!" kataku di dalam hati.
"Okay guys. So lepasni, jangan buli dia. Siapa cikgu tahu buli dia, kamu semua siap!" Miss Hae Jin memberikan amaran.
"Okay Biha, awak boleh duduk." kata miss Hae Jin mesra. Aku mengangguk dan kembali ke tempat aku iaitu disebelah Jin.
"Kak, hebat ah kak tadi" kataku sambil memusingkan badan menghadap kak Ain dibelakang.
"Hebat? Apa yang hebatnya Biha?" tanya kak Ain sambil tangan sibuk menulis nota.
"Yelah, akak melawan si Jin bibir gajah tu. Gentle iler!" kata aku begitu kagum.
"Alahai si syaiton tu? Dengan dia memang kena kasar-kasar sikit. Kalau tak, naik kepala. Ha Biha jangan terfall in love dengan dia pulak eh!" sindir Kak Ain sambil menjeling ke arah Jin yang sedang meletakkan kepala di atas meja.
Aku terdiam. "Eh takkan punya la. Asal pulak akak cakap macam tu?" aku berkerut memandang kak Ain.
"Yelah, akak tengok Biha senyum-senyum je pandang dia." kata kak Ain sambil tersenyum sinis.
"Ish, akak ni merepek la!" Aku memukul perlahan tangannya.
"Khayalan akak je tu." tambah aku lagi. Aku tak pandang dia okay! Apa kak Ain ni -_-
"Mungkin ye, mungkin tak. Nanti kita tengok je la hehehe." sakat kak Ain. Aku terus memandang ke hadapan tanpa membalas apa-apa. Apa maksud kak Ain?
Ah! Lupakan jelah. Aku segera mengeluarkan buku nota dan penselbox aku. Aku terus fokus kepada pembelajaranku.
***
Nabihah P.O.V
"Okay, untuk harini tu je. Jumpa di kelas lain." kata miss Hae Jin sebelum keluar dari dewan kuliah.
Aku segera menyimpan buku-buku aku. First class..... not bad ah! Cikgu dia pun sporting!
"Akak... biha rehat dengan akak.. boleh?" tanyaku kepada kak Ain. Aku membuat muka comel + mintak kaki. Comel okay!
"La.. boleh la. Apa salahnya?" jawab Kak Ain. "Lepastu lepas rehat kita pergi pusing pusing U nak?" Kak Ain mengofferku.Aishhh gila taknak?!
Aku membulatkan mataku."Wuish! nakkkk!!" kataku teruja.
"Amboi terujanya." kak Ain tergelak kecil. "Sekarang ni kita pergi makan dulu, akak dah lapar ni." Kak Ain memegang perutnya.
Patutlah kak Putri dulu cakap, kak Ain ni kalau pergi mana-mana mesti kena makan dulu. :')
"Ish kak Ain ni asyik makan je! Pipi tu dah tembam." aku mencubit pipinya yang tembam.
YOU ARE READING
[C] GotBangtan
Fanfiction+kalau dah ada jodoh, memang tak ke manakan? collabs idea with; @anfrsha + ; 131016 - ; 111116