Ain Farisha P.O.V
Aku melihat Mark yang duduk bersebelahan denganku. Dengan matanya yang sedang mencuba untuk menahan betapa peritnya mengantuk.
Sejak bila dia duduk sebelah aku? Ceni kisahnya, mari kita throwback.
Throwback..
Aku memasuki dewan bersama Nabihah. Masa aku masuk je dewan ni, aku dengar ada orang macam tengah gaduh. Terpekik-pekik, terlolong, sampai aku pun dah naik nyampah.
"Bangunlah! Kau duduk dengan geng kau kan? Apahal kau duduk sini?" teriak pelajar sekelasku, Moon Gayoung.
"Aku punya hal lah yang kau sibuk ni asal?" balas suara yang amatku kenali. Aku berjalan menuju ke tempat dudukku. Jelas sekali aku tak pandang diorang gaduh sebab apa? Kau ingat mak bapak aku kisah ke korang gaduh, berak, makan? Tak, so aku tak pandang semua itu.
Aku terus melabuhkan punggung bersebelahan dengan mamat mana tah cari gaduh. Ni tempat aku. Aku nak duduk belakang Biha.
"Kau tu yang..." mereka masih seperti anjing dan kucing sehingga aku dah naik muak tahap babun kambing lembu ayam itik semua. Tak reti nak mengalah ke diorang ni?
"Hello, maaflah menyampuk ye. Saya nak bagitau ni yang tempat duduk ni adalah tempat duduk.." kata-kataku terhenti apabila lelaki yang duduk disebelah aku tadi memalingkan wajahnya ke arahku.
Gulp! Apa niiiiii! Dahla aku kata dengan gedik segedik-gedik level mak jemah tepi pasar! Aaaa! Maluuuuu!!
"Aw-awak..?" tanya aku gagap sambil menundingkan jari ke arahnya iaitu,
Mark.
"Kenapa berhenti cakap ni, sayang?" tanya Mark dengan nada yang cukup.. menggoda. No, wait! Tak menggoda langsung! Sedarlah diri kau Ain!!
"S-sayang? Hah? Apa awak b-buat kat sini?" riak wajahku sudah berubah. Mungkin pipi aku dah berona merah macam 2 hari lepas semasa berjumpa dengan Bangtan dan Got7.
"Buat apa? Jumpa awak lah. Tak boleh ke awak?" kata Mark seraya senyuman nakal. Aish takleh jadi bila dengan dia. Sejak bila pulak berawak-awak ni? Oh lupa since perpustakaan haritu.
"Kak, lecturer dah dekat depan tu. Nanti-nanti jelah bincang pasal hal rumah tangga eh." sakat Nabihah yang sudah memandangku. Boleh pulak sampai ke situ. Tah bila dia pandang aku pun taktahulah. Haish mati aku satu hari ni bulu roma asyik naik je.
End of throwback..
"Ha! Fikir apa tu?" sergah Mark. Korang nak tahu aku fikir apa? Aku tengah cerita throwback aku kat koranglah!
"Er..takde apa." balasku ringkas. Even dan 3 jam dengan dia ni but aku still malu. Malu sebab apa pun taktahulah!
"Malulah tu." kata Mark sambil merapatkan kedudukannya dengan aku. Aku pun selamba badak pergi cubit dia ha kau rasakan Fire aku. Nak rapatkan? Ha rapatlah lagi nanti free-free je kau dapat cubitan laser aku.
"Nak rapat lagi kan? Ha rapat rapat." sindirku sambil memutarkan 360° cubitan aku.
"Auch! Auch! Sakitlah! Okay, takdah takdah takdah!" raungnya sampai Seokjin yang berada di hadapan Mark pun memandang kami lalu dia mencuit Nabihah. Lepastu, dia memuncungkan mulutnya yang macam belon tu ke arah aku dan Mark.
"Buat apa ha.." tanya Nabihah dan Seokjin serentak serta senyuman nakal diukir. Aku terus melepaskan tangan aku yang menjadi ketam tadi.
"Salahkandiasebabdudukrapatsangat!" jawabku dengan laju. Seokjin dan Nabihah membuat muka blur lalu berpandangan sesama sendiri dan membuat muka 'tak payah layan dia tu' 'apa dia cakap tu?' sambil menggeleng. Dan lepas membuat muka, diorang terus menyambung menulis.
"Gwenchanayo? (Awak tak apa-apakah?)" tanyaku kepada Mark sebaik sahaja mereka memandang ke hadapan.
"Gwenchana. (Saya tak apa-apa.)" balasnya sepatah sambil tersenyum nakal.
"Wae?"
"Well, caring jugak awak ni kan? Dah buat orang tapi tetap tanya okay ke tak." dia tersenyum senget. Kalau boleh senget lagi sampai otak kau senget pun takpe.
"Diamlah nak buat kerja." aku menghentakkan pensilbox aku dengan kasar.
"Aku nak cakap ni."
"Apa?"
"Habis je kelas nanti jumpa aku dekat taman. Ada hal." aku memandangnya yang sudah tertumpu pada bukunya. Wae? Wae? Wae? Kenapa tak bagitahu sekarang je?
***
Nabihah P.O.V
Selepas aku memandang kak Ain yang tengah ber'sweet' dengan Mark tu, aku terus menyambung notaku. Haish lecturer botak ni kalau boleh setiap hari nota, nota, nota! Takde benda lain ke.
"Biha.." panggil orang disebelahku. Siapa lagi kalau bukan Seokjin?
"Ha.." jawabku.
"Bosan.."
"Sama.."
"Nak buat apa ni.."
"Salin nota.."
"Taknak.."
"Kena jugak.."
"Okay.."
Inilah dinamakan sebagai student. Siapa je tak bosan asyik nota, nota, nota. Silap hari bulan aku sumbat jugak nota aku dalam mulut lecturer botak ni sebab satu hapak pun tak faham.
Sudah 3 jam setengah berada dalam dewan kuliah yang sama. Lecturer yang sama. Orang yang sama. Meja yang sama. Pen yang sama. Buku yang sama. Banyak benda yang sama. Mama! Nak balik! Lagi 30 minit dan habislah kelas ni aish tak sabar.
Aku meletakkan kepalaku di atas meja. Tak tahan dah ni nak tidur. Ngantuk pulak tengok lecturer botak ni. Kenapa aku tak bawak kaca hitam yang swag gila yang Suga bagi tu.
"Oi! Bangunlah taknak balik ke?" kejut Seokjin sambil mengemas barangnya. Eh balik? Dah balik ke? Aku mengerling ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 1.10 tengah hari.
"Kak Ain mana.." tanyaku mamai sambil tangan sibuk mengemas barang.
"Tak tahu dia. Tengok-tengok je dia dengan Mark dah hilang."
"Oh Mark? I see." aku tersenyum senget. Datingler berdua tu.
"Nabihah.." okay for the first time dalam ff ni Seokjin panggil aku dengan panggilan 'Nabihah'.
"Hm?" soalku lagak biasa. Padahal hati dah macam jumpa hantu.
"Lepas Biha solat Zohor, tunggu saya dekat bangku tepi surau tu. Tunggu sampai saya datang. Ada hal nak bagitahu." kata Seokjin sebelum berlalu pergi meninggalkan aku. Sempat lagi di depan pintu keluar, dia mengerlipkan sebelah matanya ke arahku.
"Dah kenapa dia tu? Kena rasuk dengan jin manalah tu." selorohku sendirian sambil menggalas beg. Tapi, dia buat tu mesti ada apa-apa. Tahtah nak prank kau dengan pakaian badut macam dalam YouTube tu tak..
Eh takkanlah. Tahtah dia nak bertukar jadi Jin yang menyeramkan.. eh takkan takkan sebab tu dekat dengan surau. Hm apa eh dia nak?
Aku terus menuju ke surau untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang muslim.
YOU ARE READING
[C] GotBangtan
Fanfiction+kalau dah ada jodoh, memang tak ke manakan? collabs idea with; @anfrsha + ; 131016 - ; 111116