Kerana stress dengan masalah yang berlaku pada dua hari yang lepas iaitu kejadian di sekolah.. Haffy pantas mengambil kunci motor Kawasakinya .. Dia malas nak berjalan kaki menuju ke tempat biasa dia melepak..
Setibanya di tasik itu, dia meletakkan motornya jauh dari tempat itu. Yelah takut terserempak dengan orang yang mengenalinya tetiba bawa motor berkuasa tinggi kan?
Dia berjalan perlahan menuju tempat yang terletak betul betul menghadap tasik. Kalau dulu dia akan melepak kat situ bersama abangnya Hain. Tapi abang nya sibuk. Takpe lagipun dia biasa dah sendirikan? Nama pon dah loner so no wonder lah sorang sorang.
Haffy melemparkan pandangannya ke tasik cuba bermuhasabah. Cuba memikirkan kejadian alam yang Allah jadikan untuk hamba-hambanya.
Namun,pada masa yang sama.. Hatinya seperti meronta-ronta ingin menyuruhnya melihat ke arah sebuah pondok yang terletak di tepi pokok todak jauh dari tempatnya tadi. Dia menoleh dan terlihat satu figura manusia yang amat-amat dikenalinya. Hatinya meronta ingin mendekati figura tersebut.
Lalu dia mengambil langkah untuk menuju ke arah figura tersebut.
Di otaknya hanya satu nama sahaja yang dapat menjelaskan situasi itu.
Isma.
"ISMA!" dia memanggil dengan sekuat hatinya. Dia berlari anak ke arah figura itu.
Manusia tersebut terkejut dan menoleh ke arah seseorang yang memanggilnya tadi. Pelik mungkin.
'Eh,asal dia tu nampak macam berlari ke arah aku?' fikir nya.
"Isma..Isma mana kau pergi selama ni??" Gadis yang bertudung litup itu terpinga-pinga melihat orang tidak dikenalinya tiba-tiba memeluknya.
Namun begitu, tangkai hatinya terasa sesuatu apabila gadis yang berpakaian seperti lelaki itu dan lebih mengejutkan rupa mereka seiras itu memeluknya. Dia terasa mengenali orang itu dah lama.
"Kenapa kau diam,Is? Kau tak kenal aku ke? Aku Isya lahh..!" Haffy melepaskan pelukan setelah gadis yang bertudung itu seperti terkaku dan seolah olah tidak mengenalinya.
"Siapa awak? Saya Fatin bukan Isma." kata-kata gadis itu membuatkannya seperti kecewa. Takkan gadis yang memperkenalkan dirinya Fatin itu ingat nama dia sendiri. Haffy memandangnya.
Tanpa disedari,air mata sedang berlinangan di tubir mata Haffy.
Laa.. Rupanya tau nangis. Author ingatkan tak tau nangis.
*sobsob*
' Kejam ko author '
*gelak jahat huahaaahaha*
Ok stop let back to story.
"Eh eh kenapa awak nangis tetiba?"
"Takde pelah. Sorry salah orang."kata Haffy yang masih menahan sendu.
Haffy berlalu dari situ.
Fatin terasa bersalah dan sedih bila melihat gadis yang kelihatan tomboy itu menangis. Entah tiba-tiba saja hatinya diragut rasa sedih bila melihat wajah gadis yang menyerupainya itu menangis.
Siapa dia?
Kenapa dia panggil aku Isma?
Kenapa dia macam serupa dengan wajah aku?
Kenapa aku terasa rindu tetiba setelah lihat wajah dia?
Semua soalan berlegar-legar di kepaa otaknya.
Dia hanya mampu memandang ke arah Haffy yang pergi membawa diri.
---------------------------------
'Kenapa dia tak kenal aku?'
'Ke aku salah orang'
'Tapi kenapa aku rasa Fatin tu dia?'
"Arghh..aku yakin tu Isma. Is, aku rindu kau." katanya sendirian.
Dia rasa sedih sangat bila dia mengetahui gadis itu bukan Isma.
Sejak dia balik dari tasik tadi dia asyik memikirkan Fatin.
#ops perhatian Haffy bkan les eh jgn fkir bkn-ii baling kang ngan lidi baru tauu..
Hatinya kuat mengata itu Isma namun dia pelik kenapa dia tak mengenali dirinya.
Tok!
Tok!
Tok!Kedengaran pintu biliknya diketuk. Mungkin Mak Jah kot fikirnya.
"Masuk je tak kunci." jeritnya dengan perlahan. Dia bangkit dan duduk di tepi katilnya.
"Sayang,kenapa ni? Ayahanda tengok Isya tak tegur ayahanda pon tadi?" tanya Tengku Ismail. Jarang ayahandanya bertanya tentangnya. Walaupon ayahandanya selalu oustation tapi ayahandanya tak pernah abaikan dia.
"Bonda kata Isya terperap je dalam bilik. Kenapa? Anything wrong my baby girl?" Tengku Ismail memeluk bahu Haffy agar duduk lebih rapat dengannya. Haffy lah satu-satunya anak gadisnya setelah kembar Haffy hilang 5 tahun dulu. Kesedihan dihatinya juga terkesan. Kalau dibanding dia dengan Haffy mungkin Haffy merasakan lagi terkesan kerana Haffy kembar seurinya. Namun,sudah ketentuan Allah dia tak mampu berbuat apa apa tapi dia akan usaha untuk mencari anaknya itu.
"Ayahanda, boleh Isya bagitau sesuatu tak?" tanya Haffy.
"Hah bagitau lah. Ayahanda dengar." jawab Tengku Ismail.
"Petang tadi,Isya pergi ke tasik naik motor kawasaki yang ayahanda hadiahkan tu.Pastu Isya ternampak seseorang macam muka Isma ayahanda. Isya pergi dekat dia Isya peluk dia kata kat dia Isya rindu dia tapikan.... Dia langsung tak kenal Isya malah kata nama dia Fatin." teresak-esak dia menceritakan hal petang tadi.
"Haffy ada tanya dia mana dia tinggal tak sayang?"
"Tak."
'Takpe sayang, ayahanda akan cari Isma ye.' kata hatinya.
Dia mengusap kepala Haffy yang sedang menangis.
----------------------------------
"Hello,aku nak kau siasat seorang budak ni. Nanti aku bagitau nama dia. Aku nak kau bagitau aku kalau ada perkembangan atau info tentang budak tu."
"Baiklah Dato' Tengku."
Tut,tut,tut. Talian diputuskan.
'Ayahanda harap tu kamu,sayang."
-bersambung-
#thanks kat sapa yang dah vote.
Muahhhh 😘😘 aku boring tu yang aku update kuhkuhkuh.. Hehe jangan luPa vote n komen.Nak promote jap buku kawan rapat gila aku ni jap.
Tajuk : Cinta, dendam, sahabat
Author : ace_asya•jangan lupa follow sekali
YOU ARE READING
Loner Tomboy Itu Anak Tengku,Sweetheartku
General FictionTengku Haffy Isya seorang tomboy yang selalu sendiri, dia tak pernah pedulikan hal org kecuali hal penting.Dia juga seorang yang rendah diri yang tak pernah menghebohkan dirinya adalah anak kerabat diraja. Syed Zafrie Al-Luqman Adalah jejaka yang b...