LTIATS 2

6.2K 284 14
                                    

"Ku Isya, bangun Ku Isya. Bonda Ku Isya suruh turun ada benda nak dibincang katanya." Pekik Mak Ejah dari luar bilik Haffy.

"Ye, nanti Isya turun! And satu lagi mak, jangan panggil Isya Ku Isya lagi ye! "Jerit Haffy dari dalam bilik.

"Ha yelahh, sayang. Cepat turun tau!" Jeritnya lagi. Mak Ejah ialah orang gaji keluarga Haffy Namun keluarga Haffy tak pernah sekali pon menganggap Mak Ejah ni orang gaji mereka.

Sepuluh minit kemudian..

"Ku Isya, meh sini kejap sayang." Ujar bondanya,Engku Aida yang terkenal dengan keramahannya dan butik muslimahnya yang sangat pesat diseluruh negara.

Haffy menuju ke meja makan dan menyalami kedua-dua orang tuanya. Haffy yang comel yang hanya menggenakan hodie dan seluar slack berwarna hitam itu duduk menghadapi kedua orang tuanya.

"Ye,ade ape bonda?" tanyanya sejurus melabuhkan punggung duduk di kerusi.

Haffy yang sememangnya nakal terus mengambil pinggan dan mengambil sebanyak banyak yang mungkin mee goreng kegemarannya ke pinggannya.

Bonda dan Ayahandanya hanya menggelengkan kepala.

Dah terbiasa dengan perangai anak mereka~~

"Cuba makan tu pelan-pelan sikit Ku Isya."ujar Tengku Ismail.

"Ayahanda, please don't call me KU ISYA again. Isya tak suka lah" kata Haffy dengan muka yang speechless.

Haffy memang tak suka dipanggil kerana itu telah membongkarkan identitinya. Di sekolah pon hanya pengetua sahaja yang tahu identitinya. Dan guru-gurunya lain hanya mengenalinya sebagai Haffy Isya.

"Ok ayahanda takkan panggil macam tu lagi but please don't like that again. Kita ni keluarga diraja tahu ,mesti ada adab." bebel Tengku Ismail.

Dia makan tanpa menghiraukan apa yang diperkatakan oleh ayahanda tercintanya.

"Isya, bonda dengan ayahanda sebenarnya nak Isya ubah perangai Isya. Esok pergi sekolah naik dengan Pak Hamid takpayah naik bas dah. Beg Isya tu tukar okay? Dah lusuh sangat bonda tengok." kata Engku Aida kepada anaknya.

Engku Aida tahu yang anaknya itu tak suka menunjuk-nunjuk. Anaknya itu degil. Sampaikan nak dibelikan beg baru,kasut baru, baju baru dia taknak. Alasannya, baju ni masih elok kasut ni masih elok beg ni masih elok lagi boleh guna lagi tak baik membazir katanya.

"Ala bonda, beg Isya masih lagi boleh guna lah." ujarnya dengan muka yang cute semacam. (author pon terasa nak muntah)

Engku Aida mengeluh.

Penat agaknya memujuk anaknya yang degil itu.

Haffy melihat ke arah jamnya. Jarum telah menunjukkan jam pukul 8:30 pagi.

Dia bangun dari kerusi. Dan meminta izin pada bonda dan ayahandanya untuk keluar sekejap mengambil udara yang segar tepi tasik.

Seperti biasa, dia akan memakai topi hipsternya dan berjalan sambil mencelukkan jari nya ke dalam kocek seluar slack nya.

Terserlah 'kemachoannya'.

Pada masa yang sama di tempat yang sama...

Zafri berjalan menghampiri tasik yang amat jernih dipandangnya.Secara tak sengaja dia terpandang susuk badan seseorang yang amat dikenali and yes! Boleh teka right?

Siapa lagi kalau tak Haffy..?

"Eh,dia duduk kat sini ke? Setahu aku dia tu bukan kaya pon."gumamnya sendirian. Mungkin pelik agaknya.

"Baik aku pergi tanya dia."ujarnya lagi.

Sedang menghampiri Haffy, Zafri terpijak ranting dan mrngeluarkan bunyi 'kreekk' , berubah terus muka Zafri namun Zafri tahu mengawal wajahnya.

Haffy berpaling. Berpaling kemana? Of coz lah berpaling ke arah seseorang yang mahu mengacau mood termenungnya itu. Setelah melihat siapa gerangan itu terus dipalingkannya pandangannya ke arah tasik yang biru.

"Aduiii,boleh lak terpijak ranting kecik molek ni." sambil menggaru kepalanya yang banyak sangat kutu padahal takde pon haha. Ok fine author mengarut.

"Kau nak ape?" kedengaran suaran gadis tomboy itu menyapanya.

"Nak kau boleh?"dengan secara tetiba ayat tu terkeluar dan Zafri menepuk mulutnya beberapa kali.

'aduh,aku ni menempah maut ke apa dah lah budak tu kasar'getus hatinya.

Haffy diam. Tiada respon.

"Eh,sory aku gurau ja. Kau buat apa kat sini? Kau tinggal sini ke? Takkan orang miskin macam kau duduk kat perumahan orang kaya kot." kata kata itu seperti memerli. Namun Haffy kelihatan diam sahaja.


"Hoi,kau dengar tak aku tanye ni?" tanyanya dia lagi.


"Salah ke?" soalan yang dibalas dengan soalan. Hm susah juga nak cakap dengan Haffy ni. Ada emas 100 kg kot dalam mulut dia.


"Salah kot sebab kau miskin. Sebab kat sini hanya orang kaya macam aku je. Melainkan kau orang kaya bolehlah." terangnya dengan begitu angkuh sekali. Belum dia tahu yang Haffy itu anak Tengku, kalau tahu mungkin dia beruk yang tergolek golek dekat tengah jalan kot.

Haffy berdiri. Dan berjalan dengan machonya. Haha maklumlah dia tomboy kan. Boyish gitu. Tapi comel.

"Weyh,kau nak pergi mana tu?" jeritnya bila melihat Haffy makin jauh.

"Balik." sepatah kata keluar dari mulutnya. Malas gamaknya bercakap dengan mamat poyo itu.

Zafri hanya melihat sahaja. Mungkin bersalah dihatinya kerana mengutuk gadis itu.

Haffy sengaja pulang menggunakan jalan yang jauh untuk berjaga jaga dengan lelaki itu agar tidak terbongkar rahsianya.


-bersambung-

Loner Tomboy Itu Anak Tengku,SweetheartkuWhere stories live. Discover now