LTIATS 19

3.9K 180 0
                                    

Kau pergi mana tadi,Rul? Dah pukul 9 malam baru kau nak balik."tanya Ikmal. Ikmal merupakan kawan baiknya sejak kecil merangkap sepupu. Yelah Ikmal memang selalu dengannya.

"Aku tak pergi mana pun pehal kau tanya..?" balas Fakhrul. Ikmal gelak sinis erm kalau didengar gelak tu memang sinis sangatlah. Alah kira macam gelak jahat tapi lebih sinis.

Macamlah dia taktau Fakhrul ni pergi mana.

"Eleh,kau jangan tipu aku lah bro. Aku bukan kenal kau dua tiga jam tadi. Aku kenal kau dari kecik bro." katanya sambil menepuk bahu Fakhrul.

"Kau pergi intip si Haffy kan..? Bro,lupakan je dia. Cukup kau buat dia benci kau dulu. Sekarang dia benci kau taknak tengok kau dah."nasihat Ikram padanya. Degil betul si Fakhrul ni.

Apa yang Fakhrul dah buat pada Haffy ni?

Fakhrul mengelamun setelah mendengar kata kata sahabatnya itu. Dia meraup wajahnya.

"Ikram,aku rasa aku nak pergi bawa diri ke luar negara untuk beberapa tahun dan setelah aku kembali aku akan buat benda yang aku patut buat." sambil dia mengukir senyum yang penuh makna.

Senyum dengan penuh makna?

Apa yang dia nak buat ni lepas dia kembali nanti?

"Kau nak buat apa Rul? Bawa bertaubatlah Rul. Kau baik sebenarnya Rul tapi ego kau tinggi sangat Rul. Jangan macam ni. Jangan jadi psiko" kata Ikram sambil menepuk lembut bahu Fakhrul. Dia taknak Fakhrul membuat benda bukan bukan.

"Hm,tengoklah. Oklah bulan depan aku akan pindah ke Hokkaido,Jepun.Dan bulan ni last aku sekolah di sekolah tu. Haffy takkan jumpa aku biar dia rasa tenang dulu."katanya sambil tersenyum sinis lalu menuju ke bilik tidurnya.

Kedengaran pintu biliknya ditutup. Ikram hanya mampu menggeleng kepala melihat tingkah laku sahabatnya. Dari kecil lagi tak pernah berubah. Apa dia nak buat dia akan tunaikan.

Dia menyambung menonton bola sepak di tv.

----------------------------------

Fakhrul menggengam sekeping gambar dengan geramnya. Seperti mahu melepaskan geram di gambar tersebut.

Dia membuka balik sekeping gambar yang renyuk itu dan mengambil marker permenant lalu dipangkahnya dimuka seseorang yang berada di dalam gambar itu.

Rambutnya kelihatan sangat kusut dan berserabai. Dah macam orang psiko maybe?

"Kau rampas dia dari aku. Kau patut mati. Kau tak layak untuk dia. Kau tak layak hidup dengan dia. Tak layak. Tak layak!" sambil dia menghempuk meja dengan kuat.

Nasib juga biliknya itu kalis bunyi. Takdalah Ikram dengar bunyi hempukan meja yang kuat tadi.

Setelah itu gambar yang dicontengnya tadi,direnyukkannya kembali. Diambilnya pula sekeping gambar yang lain tapi kali ini gambar Haffy yang tengah duduk di atas Kawasaki Ninja.

Fakhrul tersenyum bila melihat gambar Haffy namun senyumannya tiba-tiba mati.

"Kau juga patut mati Haffy. Kalau aku tak mampu nak jadikan kau milik aku.. Jantan itu pun takkan dapat kau,sayang. Kau kasar ganas tapi aku suka." gumamnya sendiri. Lalu dikoyaknya gambar Haffy dan gambar yang direnyukkanya tadi lalu dibakarnya kedua dua gambar itu.

"Kau berdua patut mati sama macam kembar kau dulu Haffy. Hahahahahahaha." ketawa sinis atau lebih tepat ketawa jahat memenuhi ruang didalam bilik itu.

Sungguh psiko itu mamat.

Dia lalu merebahkan badannya di atas katil sambil melipat kedua tangannya untuk menampung kepalanya*pepandai korang la imagine*.

"Aku akan buat hidup korang dua orang musnah. Kalau boleh korang mesti mati." dia lalu melelapkan matanya.

Loner Tomboy Itu Anak Tengku,SweetheartkuWhere stories live. Discover now