Kereta Vios yang telah diubahsuai menjadi seperti kereta lumba itu berhenti dihadapan rumah agam yang agak mewah. Haffy tidak hairan kalau Dr.Diana yang menghantarnya itu mengetahui dimana tempat tinggalnya sebenarnya.
Dihalaman rupanya terbentang luas halaman yang penuh dengan 3 jenis kereta dan 3 buah motobike yang dua daripadanya milik Haffy dan satu milik Farhain.
'Kat rumah rupannya kau,Long.'
"Ok dah sampai." Dr.Diana mematahkan berangan dendam Haffy dekat abangnya.
"Terima kasih,doktor. Doktor taknak naik dulu ke jumpa bonda dengan ayahnda.?" tanya Haffy sedikit kekok walaupun telah mengenali wanita dihadapan ini dari umo dia 8 lagi.
"Sama-sama,takpalah Fie. Lain kali je ye lagipun dah nak malam. Sampaikan salam akak pada mereka ye. Jangan lupa 'salam maut' pada abang Hain ye. Hahaha." kata Dr.Diana seraya ketawa diikuti gelak perlahan dari Haffy. Haffy faham sangat 'salam maut' yang dikatakan oleh Dr.Diana.
Haffy pun turun dari kereta itu. Dia melambai Dr.Diana.
_________________________________
"Assalamualaikum."salam diberi seraya Haffy membuka pintu.
"Waalaikumsalam,Isya. Aik lewat nya balik hospital. Ayahanda dengan bonda baru sampai rumah sepatutnya Haffy dulu datang dari kami kan?" terkocoh-kocoh Tengku Aida berlari anak dari dapur setelah mendengar salam yang diberi oleh anaknya terus dia terkocoh-kocoh ke ruang tamu menyambut Haffy. Haffy menyuakan tangannya untuk menyalami tangan Tengku Aida.
Tengku Aida menyambut dengan muka yang hairan. Tengku Aida tertanya-tanya dengan wajah muram Haffy.
Muka Haffy jelas kelihatan muram serta geram.
"Bonda,tanya along tu. Isya naik dulu. Nak mandi." Haffy terus naik tangga dengan menyembunyikan rasa yang geram.
Tengku Aida mengerutkan dahinya. Pelik dengan kelakuan Haffy yang tiba-tiba angin monsunnya menyerang.
"Kenapa suruh tanya along ni? Mesti along ada buat hal ni." fikirnya.
"Eh,mana along? Kenapa Isya sorang je yang masuk. Kalau along tak ambik ni mesti along lupa ambik Isya ni. Oh baru faham,mesti Isya bengang tunggu lama dekat hospital tadi sebab tunggu along ambik.. Along.. Along.. Siaplah kamu." monolog panjang nampak si Tengku Aida ni.
"Haihh,yang. Yang kamu ni dah kenapa buat tabiat bercakap sendiri depan pintu ni. Cepatlah tutup pintu tu.. Dekat waktu maghrib dah ni." tegur Tengku Ismail yang baru nak ke bilik solat lalu melihat isterinya mengomel sorang-sorang. Seram dibuatnya lalu ditegur.
Tengku Aida terkejut dengan teguran suaminya lalu tersengih ke arah suaminya yang tengah menggelengkan kepala.
"Yelah bang,nak tutuplah ni." ditutupnya pintu yang terbuka dek Haffy lupa menutup pintu tadi.
_______________________________
"Haffy!,Hain..! Meh turun makan sayang.." kedengaran suara Tengku Aida melaung nama-nama anak kesayangannya.
Haffy yang baru sahaja habis solat itu membuka telekungnya dan menyidainya di dalam almari kecil yang khas untuk menyimpan telekung. Sejadah dilipat dan hanya didamparkannya di atas katil sahaja. Dia menuju ke cermin untuk membetulkan rambut pendeknya.
Haffy membuka pintu dan kebetulan juga Farhain turut membuka pintu. Haffy hanya melintas Farhain seolah-olah Farhain tidak wujud disitu. Yelah bila dah geram memang macam tulah gayanya.
Farhain hanya terpinga-pinga dengan kelakuan adiknya yang dingin. Buat dia macam tak wujud saja disitu. Masa perjalanan turun ke meja makan,Farhain asyik memikirkan kesalahan sampai adiknya begitu dingin dengannya.
"Adik.. Awat hang dingin dengan aku?" soalannya dibiar sepi hanya angin sepoi-sepoi bahasa jepun je lalu..
Krik. Krik.
"Ha duduk lah Isya,kenapa berdiri lagi..?"soal ayahanda tercinta.
"Isya tak nak duduk dekat dengan beruk nyanyuk ni ayahanda." dijeling sinis diberikan kepada alongnya yang tengah buat muka blur.
"Hey,apa cakap macam tu kat along.?" tegur ayahandanya. Lalu Haffy membuat muka.
"Meh duduk dengan bonda sayang." Haffy berlalu ke kerusi yang bersebelahan dengan bondanya itu.
"Adik marah dengan along ke?"
"Copp. Makan." hanya dua patah perkataan dari mulut cute Haffy dapat mematahkan bunyi bising dari mulut Farhain.
Hanya bunyi sudu dqn garfu berlaga dengan pinggan yang kedengaran.
_______________________________
Setelah selesai makan malam bersama,Tengku Ismail dan Tengku Aida duduk di ruang tamu sambil makan dessert yang disediakan oleh Tengku Aida sendiri. Haffy dan Hain tidak bertegur sapa selepas Haffy tidak menyahut teguran dimeja makan.
Hain duduk bersebelahan dengan ayahandanya. Matanya menghala ke arah Haffy yang termenung tapi matanya seolah-olah melirih ke televisyen. Dengan gaya memeluk tubuh.
Hain mula membuka mulut untuk menegur Haffy yang diam tanpa kata.
"Isya,kau marahkan along ke?" soalan Hain hanya dijawab dengan jelingan tajam dari Haffy.
Tengku Aida hanya menggeleng kepala melihat kerenah anak-anaknya itu.
Hain pun mengerutkan dahi dengan jelingan Haffy dan kemudian mata Hain dilirih ke arah bondanya sambil mengangkat kening yang bermaksud 'kenapa dengan adik?' dan Tengku Aida menggerakkan mulutnya tanpa mengeluarkan suara.
Makin berkerut dahi hain apabila dia tidak memahami isyarat mulut dari Tengku Aida.
"Okaylah bonda,ayahanda..Isya masuk bilik dulu ye? Nanti Isyak panggilkan Isya dibilik,menyampah pula lama-lama menghadap manusia nyanyuk tu." sinis sahaja Haffy menuturkan ayat itu yang jelas-jelas ditujunya kepada Hain.
Sekali lagi Tengku Aida tergeleng kepala dengan tindakan Haffy yang sememangnya tengah marah sangat dengan abangnya,Hain.
-Bersambung-
-Maap le syg smua,author trlmpau bz anta ayah author ke hsp setiap bulan. Doakan ayahh author sihat mcm biasa ya.
YOU ARE READING
Loner Tomboy Itu Anak Tengku,Sweetheartku
Aktuelle LiteraturTengku Haffy Isya seorang tomboy yang selalu sendiri, dia tak pernah pedulikan hal org kecuali hal penting.Dia juga seorang yang rendah diri yang tak pernah menghebohkan dirinya adalah anak kerabat diraja. Syed Zafrie Al-Luqman Adalah jejaka yang b...