"U..um..umi.." kedengaran suara Fatin serak basah kerana tekaknya terasa amat kering.
"Fatin..Fatin sayang,sayang dah lama bangun ke..? Maaf ye sayang umi tertidur tadi." umi menggosok mata nya sambil membetulkan duduknya.
"Na..nak a..ai..air." tersekat-sekat percakapan Fatin kerana keadaannya yang terasa amat lemah sekali segala sendi-sendi tulangnya bagaikan jeli.
"Nah,minum perlahan-lahan." umi menyuakan cawan kepada Fatin.
Fatin lalu meneguknya perlahan-lahan. Air yang diminumnya perlahan-lahan menuruni tekaknya dan membasahi tekaknya yang tadi kering.
"Umi,adik mana umi?" mata Fatin melilau mencari adiknya.
"Adik pergi sekolah dah Fatin. Semalam dia yang jaga Fatin." ujar Umi sambil memandang Fatin yang masih melilau mencari adiknya.
Fatin mengambil nafas yang panjang lalu menghembusnya dengan perlahan.
"Fatin,nak makan tak? Umi ada bawakan bubur ayam untuk Fatin."
"Boleh juga umi,perut Fatin pun dah lapar semacam ni dah macam usus berdangdut dah dalam perut ni hahahahah." tergelak umi mendengar aduan Fatin tersebut.
--------------------------------
"Isya,kenapa muka pucat sangat ni?" Tengku Aida resah melihat wajah pucat milik Haffy.
"Kepala sakit."jawabnya pendek sungguh tak berdaya dia nak menjawab panjang lebar pertanyaan bondanya itu.
Seluruh tubuhnya terasa bagaikan agar-agar dan macam sotong dah lembik tiada daya untuk dia menuturkan kata-kata kepada bondanya.
Kata-kata yang ingin dituturnya seolah-olah tersekat di batang lehernya.
"Isya sayang,jom ke hospital. Tak lama je ye." Tengku Aida berura-ura untuk melangkah keluar dari bilik Haffy untuk memanggil Farhain.
"Bonda,tak tak pe bonda. Haffy ok ni." sedaya upaya Haffy mendudukkan dirinya.
"Ish,Isya ni kan degil sangat dah jom pergi hospital. Tiada bantahan."
"Farhain!!!! Farhainnnn!!" Farhain yang tengah sarapan dibawah terkejut beruk bila mendengar bondanya memanggil namanya dari atas.
"Ya bonda!! Kenapa jerit-jerit tu?" Farhain terus meluru ke atas terkocoh-kocoh dia berlari naik ke tingkat atas mungkin takut apa apa terjadi dengan Tengku Aida.
Sesampai di tingkat atas Farhain melilau mencari bondanya.
"Bonda! Mana bonda ni? Tadi terjerit-jerit." Farhain menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Farhain! Ya Allah,budak ni apa tercegat kat situ meh angkat adik kamu ni hantar pergi hospital pucat sangat muka adik kamu ni." Farhain terus meluru ke arah bilik Haffy.
Farhain terkejut melihat wajah Haffy yang bagaikan tiada darah wajah yang teramat pucat dan lesu.
"Ya Allah, Adik kenapa ni?" terus diangkatnya tubuh langsing milik Haffy itu menuruni tangga dengan berhati-hati.
"Farhain hati-hati bawa Isya tu."
Tengku Aida membantu Farhain untuk membuka pintu kereta dan Farhain meletakkan Haffy dengan selesa pada tempat duduk belakang.
"Bonda tunggu ja kat rumah tau,nanti Hain call ayahanda." Farhain terus menyalami tangan Tengku Aida dan meloloskan diri ke dalam kereta. Dan terus menuju ke hospital.
------------------------------
"Projek yang akan kita bina di Tanjung Batu itu aka-"
Kring! Kring!! Kring!!!
Percakapan Tengku Ismail bersama clientnya terbantut bila telefonnya berbunyi.
Semua clientnya berbisik sesama sendiri.
"Erm sekejap ye,saya minta diri dulu ye." ujarnya sambil bergegas keluar untuk menjawab panggilan dari isterinya.
"Assalamualaikum,sayang kenapa ni? Abang masih ada meeting ni."
"Abang,Isya masuk hospital baru ja Hain hantar dia ke hospital tadi. Muka dia pucat sangat." teresak-esak surau isterinya menuturkan kata.
"Okay,okay abang balik sekarang. Nanti abang ambil Aida kita terus pergi jenguk Adik ye."
"Ye,abang. Abang cepat balik tau."
"Ye,sayang. Dah siap cepat nanti abang ambil. Assalamualaikum." Tengku Ismail terus mematikan telefon apabila isterinya telah menjawab salamnya.
Dia masuk kembali ke dalam bilik mesyuarat.
"Maaf ya semua,saya terpaksa pulang kerana ada kecemasan. Jangan risau,PA saya akan handel semua ini." setelah memohon maaf kepada clientnya. Dia terus meluru keluar.
---------------------------------
Sekejap duduk,sekejap berdiri. Farhain tidak dapat duduk diam bila doktor mengatakan adiknya perut masuk wad.
Dia tengah menunggu doktor memeriksa Haffy didalam bilikwad tersebut. Kemudian dia terpandang yang menarik perhatiannya di kaunter wad tersebut.
Dia seperti mengenali orang itu.
Dia ingin melangkah ke arah orang itu namun pergerakannya terbantut bila doktor yang merawat adiknya keluar.
"Erm Diana macam mana keadaan Isya.??" sambil dia berharap dalam dadanya bahawa Haffy akan selamat.
"Haffy kekurangan darah dan air dalam badan. Tapi sayang bekalan darah 0 positive hospital kami dah habis. So ada tak keluarga awak yang sama jenis darah 0 positive dengan Haffy..?" tanya Dr.Diana yang merangkap kawan sepermainan Hain.
"Takde selain dia." Hain meraup wajahnya dengan kasar.
"Erm kalau mcam tu keadaan Haffy akan menjadi tidak stabil."
Sementara itu,
"Umi,Fatin rasa macam ada benda tertinggallah." Umi menoleh ke arah Fatin dibelakang.
"Apa yang tertinggal Fatin kan semua dah da dalam beg ni."
"Kejap lah umi,Fatin naik lagi ke bilik wad tu kut-kut Fatin ada barang tertinggal." pada masa yang sama Fatin terasa ada sesuatu yang mearik dirinya untuk masuk kembali ke arah wadnya tadi.
Dia pun melangkah masuk ke bilik wadnya tadi nmun langkah nya terhenti bila ada seseorang yang menjerit dan orang itu menyebut nama Isma sama seperti budk perempuan yang memanggilnya di taman haritu.
-bersambung-
Author mengantuk sanggup bersengkang mata sebab nak update 😭 dah bye! Nah for u alls. Bdk nma syaejat dah dah lah sruh updte cpt ..hkak tak larat.. Masuk hospital karang. 😩😪
Assalamualaikum,
Semutgojes 💩💕
YOU ARE READING
Loner Tomboy Itu Anak Tengku,Sweetheartku
Fiction généraleTengku Haffy Isya seorang tomboy yang selalu sendiri, dia tak pernah pedulikan hal org kecuali hal penting.Dia juga seorang yang rendah diri yang tak pernah menghebohkan dirinya adalah anak kerabat diraja. Syed Zafrie Al-Luqman Adalah jejaka yang b...