Ji Hyo yang teruja mengembara di dalam hutan leka mengambil gambar alam sekitar.
Sementara UnPretty pula berjalan di hadapan sekali kerana mereka leka bergurau senda sesama mereka sehingga tidak sedar ketua mereka yang jauh ketinggalan di belakang.
Hutan yang mengandungi pelbagai khazanah alam yang begitu indah begitu menarik minat Hyo.
" Wahh cantik nya hutan ni. Nyaman pula tu. Kalau aku tahu keindahan hutan ni dari dulu pasti aku akan pergi dengan UnPretty. " Song Ji Hyo terus mengambil gambar.
Semakin lama dia semakin jauh daripada kumpulan pelajar lain.
Namun dia tidak sedar kerana terlalu leka mengambil gambar.
Ji Hyo akhirnya tersedar apabila dia tidak lagi mendengar suara pelajar lain.
" Ehh. Mana semua orang? Yahh Jidam, Heize, cheetah, Jessi! Korang kat mana? Asal korang tinggalkan aku!" Ji Hyo mula mencari rakan rakannya yang lain.
Namun tiada sahutan daripada rakan rakannya. Ji Hyo mula resah. Matanya mula bergenang air mata.
" Ottokae! korang jangan main main lah. Korang kat mana ni apasal tinggalkan aku sensorang?" JiHyo berjalan jalan tidak tentu arah .Dia tidak sedar langkahnya menyebabkan dia semakin jauh kedalam hutan dan jauh daripada kumpulan pelajar yang lain.
Tiba tiba dia melihat semak samun bergerak gerak.
" Nuguya? " Ji Hyo menapak ke belakang.
Semak samun itu bergerak semakin kuat.
Ji Hyo yang berasa takut mengambil keputusan untuk berlari.
Ji hyo berlari dengan laju. Sesekali dia menoleh ke belakang.
Tiba tiba
Debushh!
JiHyo jatuh tergolek apabila dia tersadung akar kayu yang berselirat .
Dia mengaduh kesakitan. Kakinya terasa sakit.
Matanya mula mengeluarkan air mata.
" Omma , appa . Sakit. Tolong Hyo. Hyo takut. Hik hik. " Ji hyo menangis sambil memegang kakinya yang sakit.
Tiba tiba semak samun sekali lagi di hadapannya. Ji Hyo berundur ke belakang . Namun dia tidak dapat bangun kerana kakinya yang sakit.
Akhirnya Ji Hyo memejamkan matanya. Pasrah.
Air mata membasahi pipinya.
" Omma appa oppa Unpretty. Saranghaeyo." - Ji Hyo.
" Ji Hyo sshi?" Kedengaran satu suara yang tidak asing di telinga HYo.
" Mwo? Sehunnie! Tolong aku. " Ji Hyo terus memeluk Sehun kuat.
" Wae awak tak ikut kumpulan kami tadi? Awak jalan sorang sorang kenapa?" Sehun bertanya kepada Ji hyo.
" Aku tak sedar. Aku asyik ambil gambar sebab tu aku tak sedar orang lain semakin ke hadapan." Ji Hyo melepaskan pelukannya pada Sehun.
Mukanya memerah .
" Owh! Sebenarnya saya dari tadi ikut awak. Saya takut awak sesat. " Sehun bersuara sambil menggaru kepalanya.
" Iya? So mari kita pergi kat kawan kawan kita. Kaja! " Ji Hyo bangun namun langkahnya terhincut hincut menyukarkan pergerakannya.
" Dan sebenarnya saya pun tak tahu jalan balik ke tapak perkhemahan kita." Sehun tersengih.
" Mworago! Ottokae!" Ji hyo terus meraung.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] My Naive Boy
FanfictionDia sangkakan bahawa dia wanita paling bijak. Bijak menakluk si lelaki yang naif dan kacak. Bijak mengatur strategi yang licik agar lelaki tersebut jatuh dalam genggamannya. Agar malam dan siang lelaki itu hanya ingat sentuhannya. Belaiannya, suara...